SHOUT HERE

11 July 2012

Syria: Hidup Mulia atau Mati Syahid


Adakah kita tahu? Selain daripada pembunuhan dan penyembelihan yang berlaku di Hama sehingga mengorbankan lebih 40 ribu Sunni di Syria suatu ketika dahulu, rakyat Sunni Syria tidak akan lupa juga pembunuhan dahsyat di Bandar Tadmurr, Syria 30 tahun yang lalu.  


Tentera khas regim Asad telah membunuh ribuan pemuda/i terutamanya daripada kalangan masyarakat ilmuan di kota tersebut. Ia bertujuan untuk menjadikan kejahilan terus meratai rakyat dan atas perkiraan tersebut supaya tiada lagi penentangan dari jenerasi seperti mereka di masa akan datang. Pembunuhan yang dilakukan oleh tentera rejim secara amat kejam dan sadis tersebut tidak mampu dibayang oleh akal manusia yang waras. Sudah puluhan ribu rakyat Syria terutamanya dari kalangan ilmuan dan generasi ulama' telah menjadi korban kedengkian golongan Syiah ini. Kerana atas segala penderitaan dan tekanan yang telah mereka tempuhi selama lebih 50 tahun ini, apakah mereka tidak berhak bangkit mengubah nasib mereka seperti mana yang berjaya dilakukan rakyat Mesir? 


Memang sedih apabila ada yang mengatakan kebangkitan mereka adalah ditaja oleh Barat. Apa yang pasti, mujahidin ini tidak akan pernah berundur. Samada mencapai kemenangan ataupun gugur syahid.

Seni mengenali seseorang




Orang yang gagah itu ialah mereka yang mampu menahan marahnya ketika mana dia sedang marah. Orang yang hebat itu ialah bila mana mereka mampu memberi kebaikan dan masih bersikap baik ketika mana berurusan dengan orang yang membencinya. Manakala orang yang matang pemikirannya ialah mereka yang mampu menerima pandangan orang yang berbeza pandangan dengannya. :)

Perempuan arab




Orang perempuan Arab memang hebat, boleh angkat gas, membantu bekerja sara keluarga dan tak banyak mengungkit. Sebab itu dari rahim mereka boleh lahir para pejuang, mujahiddin, dan sang penakluk....Sesetengah perempuan Melayu pula sibuk bekarya/berpuisi menanti bakal Imam solatku, bakal tukang bayar shoppingku...lepas tu dok tengok gambar artis kahwin kat Mekah sambil bergedik...ohhh sweetnyeee...eee bestnyer..jelaousnya....Hempuk sekali tong gas atas kepala baru hilang kesawanannya ! via ustz emran ahmad
;)


10 July 2012

Jangan menitiskan air mata

Siapakah lagi yang mampu memberi keampunan yang seluas-luasnya selain Allah SWT? Sekalipun dosa-dosa kita memenuhi bumi dan langit, apabila kita memohon keampunan dari Allah dengan penuh keikhlasan, maka Allah akan beri keampunan. Tidak ada perantaraan antara seorang manusia itu dengan Allah jika dia ingin kembali kepadaNya. Jika anda merasa tiada lagi harapan, kecewa terhadap diri sendiri kerana dosa yang banyak. Maka saksikan ini...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls