SHOUT HERE

15 March 2012

Buat kamu,


Buat kamu,
Bila hati dibuka untuk cinta manusia, hati juga telah dibuka untuk diluka dan terluka.

Tahajjud & sujud penawarnya. Tak pasti samada ia suratan atau kebetulan, teori atau kenyataan. Tapi, ia berkesan. Buat dirimu lebih tabah, walau hati retak-pecah.


08 March 2012

JANGAN dalam Islam

• ☑ JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
• ☑
JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
• ☑
JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
• ☑
JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
• ☑
JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
• ☑ 
JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
• ☑
JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
• ☑
JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
• ☑
JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
• ☑
JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
• ☑
JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
• ☑
JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
• ☑
JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
• ☑
JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
• ☑
JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
• ☑
JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda....

06 March 2012

TARBIYAH DIRI

░T░A░R░B░I░Y░A░H░░D░I░R░I░

• ☑ Biar buta mata daripada melihat kemungkaran.

• ☑ Biar bisu daripada menfitnah orang lain.

• ☑ Biar pekak daripada mendengar pekara yang tidak elok
.
• ☑ Biar kudung kaki daripada melangkah kelorong maksiat.

• ☑ Biar tiada tangan daripada menjadi pencuri.

• ☑ Biar miskin daripada kaya andai sombong dan riak.

• ☑ Biar orang lain membenci kita asalkan ALLAH sayang pada kita....



Syria Satu Pengharapan Masa Hadapan

Al-Imam Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi dalam khutbahnya pernah menyatakan keyakinan beliau bahawa akan tiba suatu ketika nanti beliau akan berkhutbah di Masjid Umawi, Damsyiq sempena menyambut kemenangan rakyat menjatuhkan rejim Bashar Asad.

Baru-baru ini ulama' ada menyatakan juga bahawa kebangkitan rakyat di Syria merupakan penutup kepada kebangkitan-kebangkitan rakyat di dunia Arab menumbangkan kezaliman.

*****************

1) Nabi Isa akan turun ke negara Syria di akhir zaman.

إِذْ بَعَثَ اللَّهُ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ شَرْقِىَّ دِمَشْقَ بَيْنَ مَهْرُودَتَيْنِ وَاضِعًا كَفَّيْهِ عَلَى أَجْنِحَةِ مَلَكَيْنِ إِذَا طَأْطَأَ رَأَسَهُ قَطَرَ وَإِذَا رَفَعَهُ تَحَدَّرَ مِنْهُ جُمَانٌ كَاللُّؤْلُؤِ فَلاَ يَحِلُّ لِكَافِرٍ يَجِدُ رِيحَ نَفَسِهِ إِلاَّ مَاتَ وَنَفَسُهُ يَنْتَهِى حَيْثُ يَنْتَهِى طَرْفُهُ فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ بِبَابِ لُدٍّ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يَأْتِى عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ قَوْمٌ قَدْ عَصَمَهُمُ اللَّهُ مِنْهُ فَيَمْسَحُ عَنْ وُجُوهِهِمْ وَيُحَدِّثُهُمْ بِدَرَجَاتِهِمْ فِى الْجَنَّةِ

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq ( di Syria ) dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di syurga. “ (HR. Muslim no. 2937)

Ibnu Katsir berkata, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih bagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab saya baca beliau turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Kerana di Damsyiq tidak dikenal ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana beliau ( Isa AS ) turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat.” ( An Nihayah fil Fitan wal Malahim, Ibnu Katsir )

2) Nabi Isa akan turun di Syria dalam keadaan peperangan.

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ يُسَوُّونَ الصُّفُوفَ إِذْ أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ فَأَمَّهُمْ

“Dan ketika mereka sedang mempersiapkan PEPERANGAN dan sedang merapikan barisan, tiba-tiba datanglah waktu solat, dan turunlah Nabi Isa bin Maryam, lalu ia mengimami mereka.” (HR. Muslim no. 2897). 


Ikrar rakyat Syria: "Demi Allah, sekiranya mereka mampu meletakkan matahari di tangan kanan kami dan bulan di tangan kiri kami agar kami meninggalkan revolusi ini, maka kami tidak akan sesekali meninggalkannya."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls