SHOUT HERE

23 February 2012

Madah si Individu Muslim utk Baitul Muslimnya...



Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan


15 February 2012

Syria: Kebangkitan Rakyat - Anda perlu ambil tahu

PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ). Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafe Al- Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA - Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH: Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah "RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN". Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini  (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANGBERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni. 84% daripadaposisi kepimpinan Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6 daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel.

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI... FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya maka dia syahid ; barangsiapa
terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" - hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim
Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya., Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua Negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.... 
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlak di SYRIA.

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini
mempunyai ramai yang,menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al- Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al- Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA. Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI" dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ;
"Sesungguhnya negeri yang batil
tu sekejap sahajA sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda- benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal
perbandingan.




07 February 2012

Sehingga para pemuda mengerti...

Bahawa kamu dicipta untuk melaksanakan tujuan peribadatan kepada Allah, tunduk patuh kepadaNya, serta berserah diri kehadratNya dalam setiap musibah yang menimpa dan menakutkan.

"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu" (Az Zariyat: 56)

Bahawa kamu dicipta untuk mengikut manhaj rabbani (cara hidup yang diperintahkan oleh Allah), yang selama-lamanya tidak dimasuki kebatilah daripada hadapan mahupun belakangnya, suatu penurunan daripada Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.

"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" (Ali Imran: 85)

Bahawa kamu diciptakan supaya memberikan wala' (kesetiaan) dan ketaatan hanya kepada Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin.

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)" (Al Maidah: 55)

Adapun tugas terbesar yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t, dan kamu dicipta kerannya ialah;

1. Menegakkan hukum Allah di atas muka bumi,
2. Mengeluarkan hamba-hamba Allah daripada penyembahan sesama hamba kepada penyembahan Allah yang Maha Esa.
3. Mengeluarkan mereka dari kesempitan hidup dunia kepada keluasannya, daripada kezaliman kekafiran kepada keadilan Islam.

Kemudian, adakah kamu tahu wahai para pemuda, bagaimanakah kamu mahu merelaisasikan tugasan ini?

Ianya akan terlaksana dengan lima sifat asas yang perlu kamu hiasi dirimu dengannya, serta perlu kamu simpulkan hemah untuk memperteguhkan dan mendalamkannya.

1. Keimanan yang teguh yang tidak bergoncang dan tidak pula rapuh.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar" (Al Hujurat: 15)
2. Keikhlasan yang benar, tidak mengenal kepura-puraan mahupun menunjuk-menujuk.
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus" (Al Bayyinah: 5)

3. Keazaman yang teguh, tidak mengenal takut mahupun gentar.
"Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka hanya takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan" (Al Ahzab: 39)

4. Amalan (gerak kerja) yang berterusan, tidak mengenal erti lemah mahupun lesu. 
"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang Ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan" ( At Taubah: 105)

5. Pengorbanan yang tinggi, yang hanya memilih sama ada kemenangan ataupun mati syahid.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang  yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Al Baqarah: 214)

Ketahuilah bahawa asas keimanan adalah hati yang tajam, asas keikhlasan jiwa yang suci, asas keazaman ialah perasaan yang kuat, asas amalan merupakan kehendak yang muda, asas pengorbanan pula akidah yang teguh. Dan ianya tidak terdapat kecuali di dalam jiwa para pemuda Islam.

Untukmu pemuda, inilah Uqbah bin Nafi', yang telah berdiri di penghujung barat, di persisiran pantai Lautan Gelap (Lautan Atlas) dia berkata sambil melangkah mengharungi air laut:

"Ya Allah, Tuhan Muhammad. Kalaulah tidak kerana lautan ini, nescaya aku akan membuka dunia, di jalan meninggikan kalimahMu. Ya Allah, saksikanlah!"




03 February 2012

Kisah Ukasyah Ibnu Muhsin

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahwa setelah dekat waktu wafatnya, Rasulullah memerintahkan Bilal supaya azan. Memanggil manusia untuk sholat berjama'ah. Maka berkumpulah kaum Muhajirin dan Anshor ke Masjid Rasulullah saw. Setelah selesai sholat dua raka'at yang ringan kemudian beliau naik ke atas mimbar lalu mengucapkan puji dan sanjung kepada Allah swt, dan kemudian beliau membawakan khutbahnya yang sangat berkesan, membuat hati terharu dan menangis mencucurkan air mata. Beliau berkata antara lain: 

"Sesungguhnya saya ini adalah Nabimu, pemberi nasihat dan da'i yang menyeru manusia ke jalan Allah dengan izin-Nya. Aku ini bagimu bagaikan saudara yang penyayang dan bapa yang pengasih. Siapa yang merasa teraniaya olehku di antara kamu semua, hendaklah dia bangkit berdiri sekarang juga untuk melakukan qishas kepadaku sebelum dia melakukannya di hari Kiamat nanti"

Sekali dua kali beliau mengulangi kata-katanya itu, dan pada ketiga kalinya barulah berdiri seorang laki-laki bernama Ukasyah Ibnu Muhsin. Ia berdiri di hadapan Nabi s.a.w sambil berkata: "Ibuku dan ayahku menjadi tebusanmu ya Rasullah. Kalau tidaklah karena engkau telah berkali-kali menuntut kami supaya berbuat sesuatu atas dirimu, tidaklah aku akan berani tampil untuk memperkenankannya sesuai dengan permintaanmu. Dulu, aku pernah bersamamu di medan perang Badar sehingga untaku berdampingan sekali dengan untamu, maka aku pun turun dari atas untaku dan aku menghampiri engkau, lantas aku pun mencium paha engkau. Kemudian engkau mengangkat cambuk memukul untamu supaya berjalan cepat, tetapi engkau sebenarnya telah memukul tulang rusuk ku; saya tidak tahu apakah itu dengan engkau sengaja atau tidak ya Rasul Allah, ataukah barangkali maksudmu dengan itu hendak memukul untamu sendiri? ´Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukulkamu."

Kemudian Nabi menyuruh Bilal supaya pergi ke rumah Fatimah, "Supaya Fatimah memberikan kepadaku cambukku" kata baginda. Bilal segera ke luar Masjid dengan tangannya diletakkannya di atas kepalanya. Dia heran dan tak habis fikir, "Inilah Rasulullah memberikan kesempatan untuk diambil qishas terhadap dirinya! Diketuknya pintu rumah Fatimah yang menyahut dari dalam : "Siapakah di luar?", "Saya datang kepadamu untuk mengambil cambuk Rasulullah" jawab Bilal. "Duhai bilal, apakah yang akan dilakukan ayahku dengan cambuk ini?" tanya Fatimah kepada Bilal."Ya Fatimah! Ayahmu memberikan kesempatan kepada orang lain untuk mengambil qishas terhadap dirinya." Bilal menegaskan.

"Siapakah pula gerangan orang itu yang sampai hati mengqishas Rasulullah?" tanya Fatimah kehairanan. Biarlah hamba saja yang menjadi ganti untuk dicambuk." Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan cambuk tersebut, Bilal pun mengambil cambuk tersebut dan membawanya masuk Masjid, lalu diberikannya kepada Rasulullah, dan Rasulullah pun menyerahkannya ke tangan Ukasyah. 

Suasana mulai tegang. Semua sahabat bergerak. Semua berdiri. Jangankan dicambuk, dicolek saja, ia akan berhadapan dengan kami. Mungkin begitu mereka bicara dalam hati. Semua mata merenung. Memandang Ukasyah dan sebilah cambuk. Saat itulah, Abu Bakar dan Umar r.a. bicara, "Hai Ukasyah! kami sekarang berada di hadapanmu, pukul qishas-lah kami berdua, dan jangan sekali-kali engaku pukul Rasulullah s.a.w!" Mungkin saat itu Umar meraba pedangnya. Seandainya saja, diizinkanakan aku penggal kepala orang yang menyakiti Rasulullah. Rasulullah menahan dua sahabatnya. Berkata sang pemimpin yang dicintai ini: "Duhai sahabatku, duduklah kalian berdua, Allah telah mengetahui kedudukan kamu berdua!" 

Kemudian berdiri pula Ali bin Abi Tholib sambil berkata. Kali ini lebih garang dari sahabat Abu Bakar : "Hai Ukasyah! Aku ini sekarang masih hidup di hadapan Nabi s.a.w. Aku tidak sampai hati melihat kalau engkau akan mengambil kesempatan qishas memukul Rasulullah. "Inilah punggungku, maka qishaslah aku dengan tanganmu dan deralah aku dengan tangan engkau sendiri!" 

Ali tampil ke muka. Memberikan punggungnya dan jiwa serta cintanya buat orang yang dicintainya. Subhanallah, dia tak rela sang Rasul disakiti. Ia merelakan berkorban nyawa untuk sang pemimpin. Nabi pun menahan. "Allah swt telah tahu kedudukanmu dan niatmu, wahai Ali!" Ali surut, bergantianlah kemudian tampil dua kakak beradik, Hasan dan Husein. "Hai Ukasyah! Bukankah engkau telah mengetahui, bahwa kami berdua ini adalah cucu kandung Rasulullah, dan qishaslah kami dan itu berarti sama juga dengan mengqishas Rasulullah sendiri!" Tetapi Rasulullah menegur pula kedua cucunya itu dengan berkata. Duduklah kalian berdua, duhai penyejuk mataku." 

Dan akhirnya Nabi berkata: Hai Ukasyah! pukullah aku jika engkau berhasrat mengambil qishas!" "Ya Rasul Allah! sewaktu engkau memukul aku dulu, kebetulan aku sedang tidak lekat kain di badanku," Kata Ukasyah. Kembali suasana semakin panas dan tegang. Semua orang berfikir, apa maunya si Ukasyah ini. Sudah berniat mencambuk Rasul, dia malah meminta Rasul membuka baju. Kurang ajar sekali si Ukasyah ini. Apa maunya orang ini. Tanpa bicara.Tanpa kata. Rasulullah membuka bajunya. Semua yang hadir menahan nafas. Banyak yang berteriak sambil menangis. Tak terkecuali. Termasuk Ukasyah. Ada yang tertahan di dadanya. 

Ukasyah segera maju melangkah, melepas cambuknya dan kejadian selanjutnya tatkala dia melihat putih tubuh Rasulullah dan tanda kenabian beliau, ia segera mendekap tubuh Nabi sepuas-puasnya sambil berkata : "Tebusanmu adalah Rohku ya Rasulallah, siapakah yang  sampai hatinya untuk mengambil kesempatan mengqishas engkau ya Rasul Allah? Saya sengaja berbuat demikian hanyalah kerana berharap agar supaya tubuhku dapat menyentuh tubuh engkau yang mulia, dan agar supaya Allah swt dengan kehormatan engkau dapat menjagaku dari sentuhan api neraka." 

Akhirnya berkatalah Nabi saw, "Ketahuilah wahai para sahabat! barangsiapa yang ingin melihat penduduk Syurga, maka melihatlah kepada peribadi llelaki ini." Lantas bangkit berdirilah kaum Muslimin beramai-ramai mencium Ukasyahdi antara kedua matanya. 

Rasa curiga berubah cinta. Buruk sangka berubah bangga. Berkatalah mereka : Berbahagialah engkau yang telah mencapai darjat yang tinggi dan menjadi teman Rasulullah s.a.w di Syurga kelak! Ya Allah! Demi kemuliaan dan kebesaran Engkau mudahkan jugalah bagi kami mendapatkan syafa'atRasulullah s.a.w di kampung akhirat yang abadi! Amien...




02 February 2012

Ya Badrotim...Sheikh Wali Muhaddisth Abdul Rahman Ad Diba'ie

 
يا بدر تم

يا بدر تم حاز كلّ كمل ¤ ماذايعبّر عن علا ك مقالى
انت الّذى اشرقت فى افق العلى ¤ فمحوت بالانواركل ضلال
وبك استنارالكون ياعلم الهدى ¤ بالنّوروالانعاموالافضال
صلى عليك الله ربى دائما ¤ ابدامع الابكاروالاصال
وعلى جميع الال والاصحاب من ¤ قد خصهم رب العلا بكمال

Lirik Ya Badrotim

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Famahauta bilanwari kulla dholali

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wabikastanarol kaunu ya ‘alamal huda
Binnuri wal in’ami wal ifdholi

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Abada ma’al ibkari wal asoli

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashabi man
Qod khossohum robbul ‘ula bikamali

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli

Terjemahannya
Wahai Nabi yang tampan bercahaya indah laksana bulan mengambang penuh yang telah meraih segala kesempurnaan #
Bagaimana kata kataku mampu mengungkapkan tentang ketinggian sifat sifatmu?

Engkaulah yang telah terbit mentari ilmumu di ufuk ketinggian dan kemulian #
lalu dengan cahaya syariatmu telah engkau lenyapkan segala kesesatan.

Dengan kelahiranmu alam semesta terang bersinar wahai 'Gunung Petunjuk' # Bersinar dengan cahaya kenikmatan dan pelbagai kurnia.

Semoga Allah Tuhanku melimpahkan rahmat keatasmu selama lamanya #
Di waktu pagi dan petang sepanjang masa.

Semoga rahmatNya dilimpahkan jua ke atas seluruh keluarga dan sahabatmu iaitu orang orang yang #
telah diistimewakan dengan kesempurnaan oleh Tuhan yang memiliki sifat ketinggian dan kemuliaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls