SHOUT HERE

01 August 2012

Sabar itulah Islam


Perancangan Allah penuh dengan rahsia. Allah pisahkan kita dengan sesuatu kerana Allah tahu apa yang lebih kita perlukan. Allah pisahkan kita dengan seseorang kerana Dia tahu siapa yang lebih memerlukan dan menghargai kita. Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya tidak pernah putus. Cuma manusia yang tidak pandai menghargai. Kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah. Yang dilihat ialah apa yang dia mahu, harus diperoleh! Ada juga mereka yang selalu tersalah tafsir apa yang berlaku ke atas diri mereka. Lalu, terjadilah putus asa dan yang paling teruk ada yang terus membunuh diri dan kurang dari itu, tidak sudah mempercayai rahmat Allah.

Bukankah setiap ujian itu tanda bahawa Allah sedang berbicara dengan kita? Bukankah ujian itu satu peluang untuk kita membuktikan keimanan yang kita miliki. Jangan lihat setiap kesusahan itu sebagai sesuatu yang menyusahkan. Kesusahan itu boleh menjadi kemanisan buat kita. Andai kita tahu cara untuk menjadikan ianya suatu yang manis. Ramai orang yang mempunyai harta yang banyak, duit bertimbun-timbun tapi tetap tidak merasa kebahagian yang  sebenar. Ramai orang yang hidup dalam kesusahan, makan sekadar mencukupi, penuh dengan kekurangandan kedaifan, namun mereka tetap bahagia ceria bersama anak-anak dan keluarga. Merasa cukup dengan apa yang mereka miliki, dan bebas dari belenggu hutang yang tidak berkesudahan. Allah telahpun memberikan ayat-ayatnya dan janji bahawa setiap kesusahan ada kesenangan. Jadi, untuk apa khuatir dan berputus asa? Seharusnya kita perlu berterima kasih kepada Allah kerana memberi kita ujian kerana dari ujian itulah yang akan mematangkan kita dan menjadikan kita seorang hamba yang kuat. Ada juga hamba Allah yang menjadi amat risau apabila dia tidak mendapat ujian atau kesusahan selepas 3 hari. Dia khuatir kalau dirinya sudah tidak dipandang oleh Allah. Maka, dia berdoa agar Allah memberikannya ujian supaya dia lebih dekat dengan Allah.

Bawalah kesabaranmu itu dengan bersama-sama keikhlasan. Apabila Allah memberi 1 ujian, Allah juga memberi 1001 jalan keluar.

Kanak-kanak Palestine bermain syahid-syahid kerana keadaan mereka yang begitu.

Dugaan itu adalah tanda kasih Allah pada hamba-Nya.

Salam Tarbiyah dan Mujahadah.buat yang selalu saja bersedih ♥

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls