SHOUT HERE

07 August 2012

Buatmu...

Khusus untuk insan yang amat dihargai,

Jangan terlalu bersedih dengan apa yang berlaku, dikhuatiri kamu berputus asa nanti. Tidak semua kecewa itu sengsara. Nabi SAW juga pernah bersedih kerana kehilangan insan yang amat bermakna dalam hidup dan dakwah baginda. Tapi Nabi SAW tidak sedih lama-lama sebab dia tahu ada suatu istimewa yang Allah akan berikan sebagai penganti.

Percayalah pada Allah. Selalulah bersangka baik padanya. Kerana sehelai daun yang gugur itu juga atas izin dan perhatianNya. Allah ingin beri yang terbaik kepada hambaNya, namun jalan yang sukar pasti ada agar kelak apa yang diperoleh daripada kesusahan itu menjadi satu nikmat yang mendamai jiwa dan mententeramkan hati.

Orang yang hidupnya miskin, apabila menjadi kaya dengan jalan yang diredhai dia pasti tahu menghargai wang walau sesen pun. Kerana dia tahu nilai duit sesen itu ketika dia miskin dulu. Mereka yang selalu menghadapi kesedihan, apabila mereka menemui kebahagian pasti mereka akan menjadi seorang yang amat menghargai. Sebab itulah jalan mujahadah sangat menyukarkan akan tetapi ada kebahagian yang disembunyikan. Ubat itu pahit bukan? Tetapi ia menjadi asbab kepada sembuhnya sakit yang dihadapi. 


Tidak semua yang duka itu derita, tidak semua yang kecewa itu sengsara, kerana disebalik duka dan kecewa ada bahagia kurnia yang Maha Esa.

Jadilah seorang hamba Allah yang kuat dan tabah walau hati amat pedih mengharunginya.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls