SHOUT HERE

07 February 2012

Sehingga para pemuda mengerti...

Bahawa kamu dicipta untuk melaksanakan tujuan peribadatan kepada Allah, tunduk patuh kepadaNya, serta berserah diri kehadratNya dalam setiap musibah yang menimpa dan menakutkan.

"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu" (Az Zariyat: 56)

Bahawa kamu dicipta untuk mengikut manhaj rabbani (cara hidup yang diperintahkan oleh Allah), yang selama-lamanya tidak dimasuki kebatilah daripada hadapan mahupun belakangnya, suatu penurunan daripada Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.

"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" (Ali Imran: 85)

Bahawa kamu diciptakan supaya memberikan wala' (kesetiaan) dan ketaatan hanya kepada Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin.

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)" (Al Maidah: 55)

Adapun tugas terbesar yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t, dan kamu dicipta kerannya ialah;

1. Menegakkan hukum Allah di atas muka bumi,
2. Mengeluarkan hamba-hamba Allah daripada penyembahan sesama hamba kepada penyembahan Allah yang Maha Esa.
3. Mengeluarkan mereka dari kesempitan hidup dunia kepada keluasannya, daripada kezaliman kekafiran kepada keadilan Islam.

Kemudian, adakah kamu tahu wahai para pemuda, bagaimanakah kamu mahu merelaisasikan tugasan ini?

Ianya akan terlaksana dengan lima sifat asas yang perlu kamu hiasi dirimu dengannya, serta perlu kamu simpulkan hemah untuk memperteguhkan dan mendalamkannya.

1. Keimanan yang teguh yang tidak bergoncang dan tidak pula rapuh.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar" (Al Hujurat: 15)
2. Keikhlasan yang benar, tidak mengenal kepura-puraan mahupun menunjuk-menujuk.
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus" (Al Bayyinah: 5)

3. Keazaman yang teguh, tidak mengenal takut mahupun gentar.
"Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka hanya takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan" (Al Ahzab: 39)

4. Amalan (gerak kerja) yang berterusan, tidak mengenal erti lemah mahupun lesu. 
"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang Ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan" ( At Taubah: 105)

5. Pengorbanan yang tinggi, yang hanya memilih sama ada kemenangan ataupun mati syahid.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang  yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Al Baqarah: 214)

Ketahuilah bahawa asas keimanan adalah hati yang tajam, asas keikhlasan jiwa yang suci, asas keazaman ialah perasaan yang kuat, asas amalan merupakan kehendak yang muda, asas pengorbanan pula akidah yang teguh. Dan ianya tidak terdapat kecuali di dalam jiwa para pemuda Islam.

Untukmu pemuda, inilah Uqbah bin Nafi', yang telah berdiri di penghujung barat, di persisiran pantai Lautan Gelap (Lautan Atlas) dia berkata sambil melangkah mengharungi air laut:

"Ya Allah, Tuhan Muhammad. Kalaulah tidak kerana lautan ini, nescaya aku akan membuka dunia, di jalan meninggikan kalimahMu. Ya Allah, saksikanlah!"




1 comments:

Azri Othman said...

menarik petikan buku ni :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls