SHOUT HERE

09 January 2012

Tiada Masa Dengan Allah?

Dalam kesibukan menyambut bulan peperiksaan, saya kurang merasai kesibukannya berbanding sahabat-sahabat yang lain. Mereka bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran kerana jadual peperiksaan yang begitu padat. Sampaikan ada sahabat yang terpaksa menghadapi peperiksaan tanpa ada 'gap' hari. Bagi saya itu adalah rezeki mereka dan pasti dalam kesibukan itu Allah letakkan 1001 hikmah buat mereka. 

Berbeza dengan saya pula, dua paper yang pertama 'gap' harinya ialah seminggu. Housemate agak jealous,  mereka kata tak adil. Hehehe... nak buat macam kan...dah memang itu jadualnya. Namun, untuk dua paper seterusnya pula dalam satu minggu.

Saya cuba untuk mengisi masa yang ada dengan perkara-perkara yang positif seperti memberi kuliah di surau siswa, pergi ke wacana ilmu, melawat sahabat yang sakit, menghadiri kuliah maghrib, meneroka pengetahuan am dan mengetahui perkembangan isu-isu semasa. Bagi saya itu mesti agar diri ini tidak terus dalam kelalaian.

Kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,
"Jangan kita BERKIRA DENGAN ALLAH, nanti Allah berkira dengan kita. Jangan kita TIADA MASA DENGAN ALLAH, nanti Allah tiada masa dengan kita"

Jesteru, walaupun ada yang berpendapat bahawa masa yang panjang itu sebaiknya digunakan untuk mengulang kaji pelajaran dengan semaksimumnya. Saya bersetuju, namun saya ingin menambah bahawa saya wajar meluahkan masa kerana Allah agar Allah sentiasa ada masa untuk saya ketika saya susah atau senang, dan ketika saya memerlukanNYA. Dan saya tahu bahawa ada banyak cara untuk saya meluahkan masa keranaNYA. Wallahu 'alam... :)



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls