SHOUT HERE

23 September 2012

Tips Mengundi dalam Pilihanraya, by Dr MAZA

Tips 1: Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. 


Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan.

Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih.

Tips 2: Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.

Tips 3: Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab.

Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.









07 September 2012

Tuhan...Aku hanya manusia

Allahu rabbi,

Semua manusia ingin berubah kepada yang lebih baik. Aku juga ingin berubah dan bertahan dalam perubahanku.  Begitulah fitrah seorang manusia yang mahukan kehidupan yang baik, diredhai dan selalu berada dalam kasih sayang Allah. Sejahat manapun insan itu, sampai masanya dia pasti mendambakan fitrah asalnya iaitu Islam. 


Sekiranya seorang insan itu ingin kembali kepada Allah, dia tidak perlu perantara. Siapapun dia, apa jua keturunnya, siapapun datuk atau neneknya, di mana pun asalnya, sejahat manapun dia...jika dia ingin kembali kepada Allah, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Ikrimah anak kepada Abu Jahal telah menjadi sahabat Nabi yang dekat walaupun dia pernah bersama-sama bapanya menentang Nabi SAW. Saidina Umar Al Khattab juga pernah berniat untuk membunuh Nabi SAW, namun semua itu berubah apabila cahaya Iman masuk ke hati. Penentang menjadi pembela.

Hanyatilah kalam Allah dalam surah An Nisa', ayat 100.

"Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu...? Dan apabila sesuatu itu tidak dapat aku perolehi, maka aku pulang kepada sikapku sebelum aku berubah. Mudah berubah lagi dalam sekejap."

Betapa besarnya mujahadah untuk bertahan dalam perubahan. Apa yang akan menjadikan kita bertahan dalam perubahan ialah apabila perubahan itu diringi dengan hati yang IKHLAS. Ikhlas beerti seseorang itu tetap istiqamah apabila dia kehilangan apa yang dikejar atau dihajatinya. Sahabat-sahabat, jangan berputus asa dalam berhijrah. Biarlah kita selalu terkenang akan dosa yang silam agar kita tidak jemu untuk terus bertaubat. Jangan kita kenang amalan baik kita yang lalu, kerana itu akan membuatkan kita menjadi leka.

Allah tahu kita seorang manusia. Dia tahu bahawa kita bukannya malaikat. Dia juga sangat tahu bahawa kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan walaupun ia berulang kali. Kerana Dia yang menciptakan kita. Sebab itu dia buka pintu taubat-Nya seluas-seluasnya pagi dan petang. Jangan berputus asa sehingga Allah menjemput kita. Biarlah kita mati dalam perubahan daripada mati dalam keadaan terus melakukan dosa.

Aku mahu berubah.



04 September 2012

Kini aku di semester akhir

Alhamdulillah

Kini aku sudah hampir melangkah masuk ke semester akhir pengajianku dalam level degree. Sekali imbas, begitu cepat aku sampai ke semester akhir. Macam-macam yang sudah aku lalui dalam semester lalu. Berbagai-bagai perasaan sudah dilalui sepanjang aku berada di Merbok, Negeri Kedah. Sahabat-sahabat pun makin bertambah dan mereka banyak membantu ketika aku dalam kesusahan malahan kami berkongsi kegembiraan bersama. Inilah hikmah mengapa Allah menghantar aku ke sini. Agar bisa aku merasai manisnya ukhuwah walaupun ujian datang melanda. 


Kini, aku sudah bersiap sedia untuk melalui semester akhir yang tinggal beberapa hari lagi. Azam dan persiapan mental sudah aku siap sediakan walaupun persiapan fizikal masih ada sedikit kekurangan. Namun akan aku gunakan masa cuti yang berbaki ini untuk memastikan kekuatan fizikal berada di tahap yang maksima. Menjadi pelajar semester akhir tidak sama dengan pelajar di semester 2,3,4 atau 5. Arah tuju yang jelas perlu disediakan agar perjalanan seterusnya tidak terbantut. Fikiran digunakan sepenuhnya untuk merancang arah tuju seterusnya. Tidak ketinggalan juga perbincangan bersama keluarga, rakan-rakan dan orang yang dekat dengan diri ini dilakukan. Ini untuk memastikan agar tidak berlaku kesilapan yang besar kelak. Namun, harus aku akui bahawa aku masih tidak dapat membuat keputusan. Walaubagaimanapun, Istikharah tetap menjadi pilihan utama dalam mencari solusi. Sememangnya, pemikiranku sudah merentasi 30 tahun kehadapan. Belum lagi bergelar graduan, sudah bermacam-macam perancangan, plan A,B,C di benakku. 

Kerap juga aku diusik sahabat-sahabat dengan soal pilihan hati dan jodoh. Biasalah, apabila bersama dengan perjuangan Islam dalam kampus, pelajar semester akhir digalakkan untuk ber'UBM dalam istilah umumnya. Ada juga yang berbicara denganku bahawa dalam dunia moden sekarang, berkahwin awal juga menjadi inisiatif yang terbaik untuk generasi muda.  Apatah lagi mereka yang terjun ke medah dakwah. Ya, aku setuju dengan pendapat itu kerana ianya bukan lagi teori semata-mata. Begitu ramai sahabat-sahabatku yang sudah berumah tangga diusia yang muda. Barakallah! Namun begitu, persoalan ini, biarlah menjadi rahsiaku.... :)

Cabaran menjadi anak sulung sememang amat besar. Tangungjawab berada di bahu setelah ibu bapa. Anak sulung juga menjadi pembela kepada nasib keluarga. Itu yang membuatku menjadi giat berfikir tentang masa depan. Apapun, akan aku lakukan sebaik mungkin.

Bagi aku, semua ini akan menjadikan aku lebih matang dan berfikiran jauh. Namun, roh aku sentiasa dahagakan pengisian rohani. Rindu menjadi-jadi takkala pengisian rohani kurang. Aku sedaya upaya untuk tidak membiarkan hati dan jiwa ini kosong dari pengisian rohani. Itulah sumber tenaga dan kekuatanku untuk terus melalui kehidupan ini. Dalam masa yang sama, aku sentiasa mengharap agar Allah mengurniakan aku insan yang dapat membantuku untuk lebih dekat dengan penciptaku. Bukahkah itu semua harapan para pemuda dan pemudi?

Orang soleh ada masa lampaunya
Si pendosa juga ada masa depannya

Dan aku, ada masa lampau dan ada juga masa depan. Begitu juga dengan anda semua. Mohon doa dari kalian agar aku tetap berada dalam kasih sayang Allah. :)


13 August 2012

Suami Isteri: "Belajar Bercakap"


Isteri A berkongsi, sebagai seorang student yang berjumpa suami jarang-jarang...

"Dah lah jarang berjumpa, bila jumpa, suami tak tanya pun khabar saya.." luah isteri ini yang baru sebulan dua bernikah.

"Suami tahu tak...?" tanya saya.

"Takkan itu pun nak bagitahu...?" jawabnya.

Isteri B pula berkongsi, banyak perkara-perkara 'kecil' yang dia suka suaminya lakukan.. Antaranya,

"Bila keluar pergi kerja, saya suka kalau suami cium dahi saya.."

"Suami tahu tak..?" tanya saya.

"Malulah nak bagitahu..." jawabnya.

Saya bukanlah orang yang arif lagi berpengalaman luas tentang pernikahan, apatah lagi pernikahan sendiri yang baru mencecah usia dua tahun. 'Masih belum menghadap realiti', kata sesetengah orang. Biasanya, setahun dua usia pernikahan dikatakan masih di fasa 'honeymoon', jadi masih banyak perkara yang kita tidak nampak dan lalui.

Saya hanya kongsikan tentang persediaan pernikahan di sini berdasarkan apa yang telah dilalui dan dari pengalaman teman-teman lain yang juga telah berumahtangga.

Jangan abaikan perkara kecil

"Perkara kecil" seperti tanya khabar 'Sayang apa khabar?' dan 'sepotong ciuman' ini adalah antara perkara yang perlu dikomunikasikan, jika tidak hal yang kelihatannya kecil ini perlahan-lahan memudarkan cinta di hati pasangan. Isteri rasa tidak disayangi, padahal banyak lagi kebaikan dan bentuk kasih sayang suami padanya.

Belajar bercakap
"Saya banyak belajar dari perceraian ini walaupun perit.. Di awal-awal perkahwinan dulu kami terlalu sibuk dengan kerja, hingga banyak perkara tidak sempat dikomunikasikan dengan baik. Kami selalu berselisih pendapat..." luah seorang isteri yang berakhir pernikahannya setelah 3 tahun bersama.

"Belajar bercakap..." maka itulah jawapan saya apabila ditanya 'Apakah persediaan sebelum bernikah?' oleh seorang teman yang bakal menginjak kaki ke alam pernikahan.

Kembali kepada 'belajar bercakap', bagi saya ia teramat penting. Bahasa modennya, berkomunikasi.

Sangat-sangat penting. Walau sibuk bagaimana sekalipun, tidak ada kesempatan untuk berdua menatap muka, jika kita ada masa untuk sms client tentang urusan yang berkaitan, untuk emel report dan segala dokumen lain atas urusan kerja, maka gunakanlah segala teknologi ini untuk menyusun seindah bicara mengkomunikasikan harapan dan kehendak pada pasangan. Untuk meneguhkan rumahtangga dalam pelayaran hidup yang sementara.

Bangunkan komunikasi
Sebelum bernikah, ada di antara kita yang begitu 'menjaga', hingga komunikasi tidak dibangunkan. Atau minima sekali. Tidak berbincang dan tidak ada perkongsian tentang apa dan bagaimana kehidupan suami isteri yang diharapkan.

Ada pula yang 'tidak menjaga', terlebih komunikasi – ungkapan rindu sayang bertali arus, hingga komunikasi menjadi begitu intim mengalahkan intimnya komunikasi suami isteri. Malah komunikasi yang keterlaluan membuka hati dan perasaan pada hubungan yang terlarang.

Maka sebelum bernikahan, kita berusaha membangun komunikasi yang pertengahan, bersederhana. Kuncinya, ittaqilah (taqwa). Secara langsung atau tidak langsung.

Ungkapkan harapan dan perancangan hidup kepada bakal suami atau isteri dengan kepercayaan dan ketelusan. Kongsikan latar belakang keluarga, kelemahan dan kekekurangan diri seadanya dalam berusaha membina penerimaan dan kefahaman. Luruskan expectations yang meleset dari jangkauan supaya kelak tidak merasa 'tertipu' dengan penampilan luaran pasangan.

Hal-hal yang dikomunikasikan sebelum dan di awal-awal pernikahan adalah teramat penting dalam menentukan arah tuju kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Kita mungkin biasa terdengar, salah satu faktor utama perceraian ialah kegagalan komunikasi berkesan.

"Komunikasi berkesan... Apakah ini...? Complicated sangatkah?"

Ya, perkahwinanan akan jadi complicated bila kita tidak pandai bercakap. Tidak pandai menyuarakan keinginan dan tidak bijak menyuarakan ketidakpuasan hati tentang rumahtangga dan pasangan.


Bangunkan keserasian
Kita susah untuk serasi bersama suami isteri jika tidak tahu bagaimana menyatakan penghargaan dan kekecewaan. Banyak perkara ingin diluah, tidak terluah. Tidak tahu cara yang betul atau memang tidak suka untuk berkongsi. Dan, banyak juga yang tidak sepatutnya disebut dan diungkapkan, telah menjadi ayat dan bait-bait kata yang mencederakan perasaan pasangan.


Tidak dilupakan juga, lelaki dan perempuan 'bahasanya' berbeza walaupun maksudnya sama. Bukalah buku-buku tentang cara berkomunikasi lelaki dan perempuan.

Pada lelaki, bukalah 'women's dictionary'.

Pada perempuan, belajarlah ayat-ayat yang berhikmah lagi berkesan untuk memuji atau menegur kesalahan suami.

Contoh lain dialog suami isteri:

"Takde apa..ok je.." jawab si isteri walau mukanya menunjukkan 'ada apa-apa'.

"Oklah, kalau tak ada apa-apa, abang pergi dulu, kawan-kawan abang dah tunggu..." maka suami pun 'selamba' meninggalkan isteri yang mungkin ada masalah yang ingin diluahkan kepada suami. Isteri menahan sendu dan airmata, suami keluar dengan rasa tenang hati kerana merasakan 'semuanya ok, tak ada apa-apa'.

Wahai isteri, tidak semua para suami itu mampu membaca fikiranmu... Jawablah dengan bahasa yang difahami lelaki.

Wahai suami, tanyalah penuh perhatian menunjukkan kepedulianmu... Belajarlah sedikit bahasa psikologi seorang isteri.

Tidak perlu salahkan sesiapa, bukan salah sistem pendidikan yang tidak pernah ajar tentang psikologi pernikahan dan hubungan lelaki perempuan, bukan salah ibu ayah kita yang sering bercakap dengan bahasa yang saling menjatuhkan – lalu kita pun mengikut gaya bahasa sebegitu.. tapi..

TAPI.. mulakanlah dengan diri kita, yang akan bernikah dan telah bernikah.

Muhasabahlah cara kita berkomunikasi dengan pasangan, adakah CARA kita bercakap telah membantu menenangkannya, menggembirakan, memujuk, atau CARA kita bercakap sering 'membelasah' dan 'meremeh-remehkan' pasangan walaupun kita tidak berniat untuk meremeh-remehkannya, hingga hatinya terhiris terluka.

Setelah dua tahun bernikah ini, saya masih belajar meningkatkan komunikasi suami isteri. Selama dua tahun bernikah ini, saya juga telah komunikasikan banyak benda kepada suami. Komunikasi secara berdepan, melalui esemes (SMS) , wai-em (YM), emel dan lain-lain cara komunikasi yang ada.

Minggu-minggu terakhir sebelum bernikah, banyak pendedahan-pendedahan dari pihak suami kepada saya (bakal suami waktu itu). Beliau secara telus mengungkap pengharapannya kepada saya bakal isteri, beliau juga tidak segan mengkhabarkan kelemahan dan kekurangan diri buat persediaan untuk hidup bersama. Beliau turut menceritakan perancangan-perancangan jangka pendek dan jangka panjang setelah bernikah.


Ia tidak berhenti di situ. Setelah bernikah, komunikasi itu perlu kita teruskan dengan jujur dan hikmah. Setelah hidup berdua, sebumbung dan sekatil, kita makin mengenali karakter pasangan, kita makin memahami erti hidup berumahtangga.

Komunikasikan lagi apa yang telah kita dapat dari pasangan dan rumahtangga sejak minggu-minggu dan bulan-bulan awal , apa perkara yang kita syukuri pada ALLAH tentang pasangan, apa perkara yang kita ingin diri kita dan suami perbaiki, duduk bersama suami isteri memuhasabah tentang hubungan suami isteri secara berkala – mingguan dan bulanan.

Mulakan dari awal perkahwinan
Di awal perkahwinan, menbina keserasian dengan komunikasi ini sangat-sangat penting. Wajib menyediakan masa untuk bercakap dari hati ke hati. Kita sedang membina sistem rumahtangga, kita sedang mencari kesefahaman, kita sedang ingin menumbuhkan penghormatan dan kasih sayang pada insan asing yang telah bergelar suami atau isteri kita.

Setiap sesuatu sikap dan pemberian yang baik dari pasangan, kita hargai dan berterima kasih. Walaupun ia amat kecil pada kita. Supaya pasangan kita tahu dirinya telah berbuat sesuatu yang baik dan betul sebagai suami dan isteri.

Setiap sesuatu sikap dan tindakan pasangan yang tidak kita sukai, kita perlu luahkan walau kita bimbang dirinya akan berkecil hati dengan teguran kita. Supaya suami atau isteri tahu, dirinya telah berbuat sesuatu yang pasangan tidak selesa dan tidak gemari.

Yang boleh diubah, kita perbaiki. Yang memang tidak boleh atau terlalu sukar untuk diubah, kita terima dengan lapang hati. Ketika itulah rumahtangga mampu menjadi medan kasih sayang dan amal bakti setulus hati. Komunikasi yang baik akan melimpahkan keharmonian dan mendamaikan hati dalam melalui ujian dan dugaan kehidupan seharian.

Sebelum bernikah.. ya, kita tahu di dalam sebuah rumahtangga akan ada elemen kewangan, hubungan intim, mertua-ipar duai, kerjaya, anak-anak, hobi, leisure, aktiviti dan tanggungjawab lainnya... tapi kita hanya akan faham tentang elemen-elemen itu bila ia mula menimbulkan konflik dalam rumahtangga. Bila kita menghadapinya, ketika itulah kita akan mempraktikkan teori tentang pernikahan yang kita tahu.

Maka komunikasi teramat perlu untuk meredakan dan meluruskan konflik yang timbul.

Berkomunikasilah... Bagaimana pendapatan suami isteri dan kewangan keluarga dibahagi-bahagikan. Supaya suami isteri tak bersangka-sangka bahawa mereka hanya menghabiskan duit untuk kepentingan sendiri. Supaya suami isteri boleh bersinergi mengukuhkan bajet keluarga.

Berkomunikasilah... Apa cabaran dan kebaikan dalam pergaulan dengan mertua dan ipar duai. Jika tidak suka atau tidak selesa dengan gelagat mertua atau ipar duai, nyatakan secara jelas dan berhikmah pada pasangan. Jangan sekadar buat muka masam mencuka dengan kehadiran mereka yang tidak disenangi, jangan mencela tak tentu hala, namun duduk berbincang suami isteri, apa jalan tengah untuk meluruskan isu ini.. Perjalanan pernikahan kita masih panjang, tidak mungkin mampu kita hadapi jika perbalahan subur sentiasa.

Berkomunikasilah... Untuk mengindahkan hubungan intim suami isteri, untuk terus menyuburkan cinta kasih sesama pasangan. Harus bagaimana untuk saling memuaskan pasangan, harus bagaimana mencari masa berkualiti untuk bermanja-manja suami isteri sewaktu urusan anak-anak, tekanan kerja dan kewangan tidak pernah jauh dari fikiran.

Pastinya komunikasi tentang hubungan intim bukan di hadapan anak-anak, bukan sewaktu tengah lapar di meja makan, bukan ketika fokus memandu, tapi ketika ada ruang bermesra-mesra, ketika itulah sedikit-sedikit membina keserasian hubungan seksual. Bukankah ada kajian menunjukkan kadang-kadang bertahun-tahun baru suami isteri dapat menikmati hubungan seksual yang memuaskan...?

Namun segala isu ini- kewangan, keluarga mertua, hubungan intim dan lain perkara - kuncinya adalah komunikasi. Supaya timbul istilah menzalimi pasangan dalam hak-haknya. Supaya kita dapat mencicip sedikit kebahagian dalam rumahtangga yang kita bina bersama.
Akui kesilapan sendiri, maafkan pasangan SELALU

Nada bercakap, perkataan dan ayat-ayat yang terungkap dari bibir-bibir kita telah banyak mengguris hati pasangan bukan? Mungkin dengan perkataan-perkataan kita, hati pasangan telah terluka parah atau mungkin kelukaan kecil.

Maka usah bertangguh dan merasa berat memohon maaf, kenali dan akui kesalahan-kesalahan kita pada pasangan.. Mohonlah maaf kerana ALLAH. Maafkanlah pasangan kerana ALLAH. Saya teringat sebuah pepatah:

"Perkahwinan yang bahagia itu, lahir dari suami isteri yang suka memaafkan."

Ya, kerana kita bernama manusia tidak berhenti melakukan kesilapan perkataan dan tindakan. Berusaha yang terbaik memperbaiki diri, dan maafkan saja perkara-perkara yang amat sukar diperbaiki.

Saya rasa seperti baru semalam bernikah, dengan cinta dan rindu yang selalu ada pada suami. Nah, bukan cinta rindu ini sentiasa ada kerana tidak ada konflik, konflik mingguan dan bulanan memang ada untuk kita semua...

Saya juga perempuan seperti kalian, ada masa duduk di kerusi isteri yang bagus lagi menenangkan dan ada masanya di kerusi isteri yang suka membesarkan masalah kerana mengikut melulunya perasaan...

Namun bila sering konflik besar dan kecil datang menduga – bila konflik-konflik ini kita luruskan dengan komunikasi yang baik, kasih sayang akan makin berkembang segar. Kita merasa difahami, pasangan merasai disayangi, malah komunikasi yang baik membawa dua-dua suami isteri melalui kehidupan yang damai dan harmoni walau hujan masalah secara berkala menimpa.

_______________________________
Artikel iluvislam.com
Biodata PenulisNurul Adni Adnan dilahirkan 22 September 1984. Puteri sulung ayahbonda tercinta, Adnan Abdul Manap dan Normah Sabar. Anak ketiga dari sembilan beradik.Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kini menetap di Meru, Klang. Telah berumahtangga dan diamanahkan seorang cahaya mata. Beliau berkongsi karya di http://sisi-kehidupan.blogspot.com




09 August 2012

Lailatul Qadr: 10 Malam Terakhir


Suami Isteri: Bergandingan bahu menuju Ilahi

Sempurnanya Allah mengatur perjalanan hidup manusia, dikurniakannya nikmat dan rahmat yang berterusan pada kita dalam setiap tahap kehidupan. Namun bersama dengan setiap anugerah Allah itu, datang ujian dan tanggungjawab yang berat. Salah satu anugerah Allah yang sangat berharga dalam kehidupan manusia ialah kurniaan suami atau isteri dan pernikahan.

Suami adalah manusia biasa, bukan malaikat, juga berjuang dengan fitrahnya yang sentiasa ingin mencari kebaikan dan kebenaran. Dengan fikiran dan perasaannya yang unik sebagai lelaki, yang semestinya berbeza dari minda dan jiwa seorang perempuan, seorang suami yang mengenal hakikat kehidupan akan berusaha memberi yang terbaik kepada perempuan yang sangat dekat dalam hidupnya, yang bernama isteri.

Dengan kelebihan fizikalnya, suami menjadi pelindung dan peneguh kepada isteri yang juga berjuang mencari kebaikan dan kebenaran. Dengan kekuatan ilmu dan iman, seorang suami mampu menjadi pembimbing, penasihat dan teman terbaik pada isteri. Seorang suami juga bertanggungjawab mengetuai perancangan dan aturan masa depan keluarganya dengan membuat keputusan – keputusan penting untuk kebahagiaan dan keberkesanan keluarga yang dibina, tentunya ini dengan bantuan isteri yang menjadi pendorong utamanya.

Namun realiti waktu kini memaparkan sukarnya mencari lelaki yang mampu menjadi teman terbaik. Umpama mencari sebutir permata di kawasan pasir putih yang saujana mata memandang. Saudara muslimah di sana sini ada yang sering bersedih kerana keadaan suaminya yang nampak macho dan gagah, namun kurang rajin dan tidak produktif dengan tanggunggjawab kerja di luar rumah, juga tidak membantu kepenatan isteri mengurus rumahtangga. Jika pun tidak membantu kerja-kerja rumah, bantulah menghibur emosi isteri dengan pujian dan penghargaan. Jua kata-kata cinta yang menenangkan.

Kerap juga didengari, suami yang diharapkan berkongsi ilmu, sering tersasar dengan perbuatan yang tidak bermanfaat, yang mengundang duka di jiwa isteri. Suami yang diharapkan berkongsi kekuatan iman, rupanya sering lalai menunaikan solat dan tidak berminat mendalami agama, sedangkan jiwa isteri memutik rasa untuk mendalami agama Allah dan RasulNya. Isteri jua makan hati dengan akhlak suami yang kasar dan tidak melayani isteri dengan cara yang sepatutnya.


Tika ini, di waktu hati seorang isteri berasa tawar dan berpasir menghadapi kekurangan suami, di manakah kekuatan kita untuk meletakkan suami sebagai teman terbaik? Teman yang menjadi wasilah meraih syurga...?

Wahai saudara muslimahku, ayuh saya peringatkan diri ini dan kalian, tidak akan sekali-kali diri kita sebagai isteri mampu mengecap kebahagiaan sebenar berteman suami seandainya ALLAH dan Rasul tidak menjadi panduan terbaik. Andainya Al Quran dan As-Sunnah jauh dan bukan kecintaan kita, kegembiraan bersuami terasa hambar dan sebentar cuma.

Ayuh kita memuhasabah dan memperbaiki diri, andai diri ini berkeperibadian seorang isteri yang baik, pasti kita juga ada ruang untuk mengaurakan kekuatan untuk suami menjadi suami yang terbaik, dengan izin Allah pastinya.

" Saya tak biasa, saya sibuk dan tak ada masa untuk membaca dan mentadabbur Al Quran.."

" Saya tidak ada kitab-kitab hadis, saya bukan ustazah nak baca hadis, saya tak mampu beli buku-buku agama.."

"Saya tak 'alim, saya bukan orang yang baik-baik macam isteri si fulan..."

Wahai diriku dan saudaraku, kita memperuntukkan masa untuk berhias, membelek wajah dan tubuh, mengemas rumah, memasak, membersihkan diri dan anak-anak, maka peruntukkanlah masa juga untuk menghidupkan iman di hati dengan tilawah dan tadabbur -[merenung] ayat-ayat Al Quran, dan masa untuk menikmati manisnya hidangan Islam melalui hadis-hadisnya.

Dalam kesibukan bekerja dan mengurus rumahtangga, peruntukkanlah masa untuk belajar dan terus belajar tentang agama Allah yang memberi makna pada kehidupan sementara kita di dunia. Kita akan serabut melalui kehidupan dengan ilmu yang sedikit, kita menzalimi diri jika tidak berniat untuk menjadi isteri yang berilmu.

Carilah jua masa, ruang dan kesempatan untuk kita belajar menghias diri dengan akhlak mulia dan personaliti yang mampu memberi sumber kekuatan pada suami.

Kita merasa lelah berusaha melayan suami dengan terbaik, menjadi teman bersembang, melayan makan minum, menghibur di kamar, menjaga zuriat dan rumahtangganya, namun kebahagiaan kudus tidak hadir sama sekali..?

Kerana kita sedang menukar kebahagiaan pernikahan dengan kesedihan berpanjangan, bilamana Allah dan Rasul masih tidak menjadi cinta, matlamat dan rujukan utama hidup ini.

Apabila telah mengenal Allah dan Rasul, redha menjalani syariatNya, bermujadah mentaatiNya, ketika itulah hati seorang isteri mampu menjadikan suaminya teman terbaik.

Nurani seorang muslimah yang ikhlas kerana Allah dan mengenal Allah sebagai harapan dan cita-cita utamanya, akan mampu mencintai dan mentaati suaminya dalam keadaan berat dan ringan, dalam keadaan suka dan duka.

Seorang isteri beriman sangat lapang dan berbesar hati berdamping dengan suaminya, dalam apa jua ujian dan cabaran berumahtangga. Dia menjadi cermin utama yang membantu suami memperbaiki diri menjadi lebih baik. Dia mendorong kebaikan suami, maka suami terus istiqamah memimpin diri dan keluarga ke jalan Allah. Dia menjadi pakaian yang melindungi kekurangan dan kesilapan suami, hingga suami yakin dan opitimis menjalani liku kehidupan yang semakin menggugat.

Dengan ilmu dan keimanannya, seorang isteri menjadi peneguh hati seorang suami. Dia bukan sekadar menghargai suami dalam diam, namun membuatkan suami benar-benar terasa dihargai dan difahami. Isteri yang bijak akan meraikan perbezaan suami sebagai seorang lelaki dan memahami karakter sendiri sebagai perempuan hingga apa jua pertimbangan berkaitan rumahtangga tidak semberono mengikut tindakan jua perasaan yang melulu.


Isteri menjadi teman terbaik tatkala dia berilmu untuk memimpin rumahtangga dan anak-anak dan dia juga bersedia membantu kepimpinan suami. Dia menjadi penasihat dan pengkritik yang berhikmah. Dia memberi idea yang bernas dan matang. Dan sesungguhnya kematangan yang sebenar adalah kematangan yang bersumber ilmu, iman dan ketaqwaan.

Apabila suami menjadi teman yang terbaik, suami itulah yang mendapat tempat utama dalam doa, perhatian dan tumpuan isteri yang sejati. Kerana isteri mampu melihat syurga dalam setiap ketaatan dan khidmatnya pada suami.

Tidak mudah untuk mengungkap semua ini, lebih payah untuk saya dan kalian merealitikan. Segalanya ini bukan mudah, perlu mujahadah yang luar biasa namun insyaAllah suami adalah teman terbaik, andai mampu menjadikan Allah rujukan awal yang terbaik. Segala-galanya kerana ALLAH.




______________________________
artikel iluvislam 
Sumber

Biodata Penulis
Nurul Adni Adnan dilahirkan 22 September 1984. Puteri sulung ayahbonda tercinta, Adnan Abdul Manap dan Normah Sabar. Anak ketiga dari sembilan beradik. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kini menetap di Meru, Klang. Telah berumahtangga dan diamanahkan seorang cahaya mata. Beliau berkongsi karya di http://sisi-kehidupan.blogspot.com

08 August 2012

MEMAHAT SEJARAH GEMILANG

Saudaraku…
Kita pasti pernah bermimpi. Mimpi orang muda, orang tua, pejabat, rakyat jelata, dosen dan mahasiswa, pedagang, petani, pengusaha, orang yang masih hidup lajang dan yang sudah menikah tentu berbeda. Demikian pula orang yang tinggi cita-citanya dengan orang yang lemah semangatnya jelas berbeda pula mimpinya. Tapi kita selaku umat Islam memiliki satu cita-cita dan mimpi. Apapun profesi dan jabatan serta status kita. Kita bermimpi, Islam kembali mewarnai dunia. Peradaban Islam kembali berjaya, seperti di zaman Nabi saw dan para sahabat.

Saudaraku...
Pepatah mengatakan "mimpi hari ini adalah kenyataan hati esok." Maka pada saat kita bermimpi bahwa sejarah gemilang umat Islam akan kembali terukir dalam sejarah, itu bukanlah mimpi kosong. Bukan pula isapan jempol belaka. Tidak pula seperti panggang jauh dari api. Selama mimpi-mimpi indah kita tersebut dibarengi dengan ikhtiyar dan usaha maksimal. Selama kita berpegangan kepada Zat Yang Maha Kuat. Selama seluruh elemen kekuatan umat bersatu padu menggapai mimpi. 

Syekh Mustafa Siba'i rahimahullah pernah menularkan pengalamannya kepada kita. Agar peradaban Islam menjadi rujukan bagi kehidupan umat manusia. Ia menulis: Para pemuda, memahat sejarah dengan hati mereka. Para ulama membangun peradaban dengan akal mereka. Dan orang-orang bijak, melukis masa depan Islam dengan ruh mereka. Jika hati, akal dan ruh berpadu dan saling menopang untuk membangun sejarah, tentu akan tercipta peradaban yang tiada padam cahayanya. Seperti api yang tak akan sirna kilauannya. Demikianlah sejarah (gemilang) telah tercipta pada generasi pertama (generasi sahabat, era terbaik umat ini). (Hakadza 'allamatnil hayat). 

Saudaraku...
Pemuda, ahli ilmu dan orang-orang bijak adalah tiga elemen kekuatan yang tangguh untuk mengembalikan kejayaan umat. Syaratnya ketiga elemen itu menjadi pilar dan tiang yang saling menguatkan. Ketika para pemuda, yang biasanya larut mengikuti aliran syahwat. Justru mereka hidup mengikuti arahan hati nurani. Berpikir dan berperilaku sesuai petunjuk hati yang hidup. Beramal dan berjuang serta beraktifitas sesuai dengan suara hati. Maka hal itu merupakan asset berharga untuk mengembalikan kejayaan umat. 

Ketika para ahli ilmu dan ulama, mentransfer ilmu mereka kepada masyarakat. Membimbing umat untuk memahami hakikat hidup dan kehidupan. Menunjuki mereka jalan-jalan kebahagiaan dan kemenangan. Menjauhkan mereka dari jalan kesesatan, penyimpangan dan keteledoran. Memperingatkan mereka akan bahaya mengikuti arus zaman tanpa mengindahkan petunjuk langit. Serta mengingatkan mereka akan tanggung jawab yang harus dipikul oleh masing-masing pribadi, keluarga dan masyarakat di hadaapan Allah swt. 

Dan seterusnya. Para ahli hikmah dan orang-orang bijak, dengan ruhani mereka yang mengkilap dan kental, menerangi umat; jalan-jalan panjang menuju surga. Dan dengan keteladanan dan contoh nyata dalam kehidupan, mereka menjadi semacam lentera di kegelapan malam nan gulita. Menyelamatkan masyarakat dari ketergelinciran ke jurang neraka. Mereka sadarkan umat, bahwa untuk meraih mimpi indah di dunia dan akherat, diperlukan semangat puncak dan usaha yang maksimal. Serta sandaran yang kokoh kepada Zat Yang Maha Perkasa. 

Ketiga elemen kekuatan umat inilah yang dulu, pernah mengembalikan kejayaan umat di masa pemerintahan Muzhafar Qutuz. Yang mampu memukul mundur pasukan Tartar di bawah komando Hulako yang bengis itu. Karena para ulama seperti Ibnu Taimiyah dan orang-orang bijak memberikan andil, peran dan kontribusi yang diharapkan umat. 

Saudaraku...
Sebagai eleman umat, sudahkah kita bermimpi besar tentang masa depan umat Islam ini? Jika belum, bermimpilah. Dan bagi yang telah bermimpi, bangunlah dan segera kejar mimpi tersebut. Semoga sejarah gemilang umat Islam, yang menjadi mimpi kita bersama segera terbangun dan terwujud di alam realita. Dan kita termasuk orang yang mengambil peran dalam perjuangan umat menuju ke sana. Amien. Wallahu a'lam bishawab. 


Riyadh, 04 Agustus 2012 M
Ustadz Ahmad Mustaqim


Si pengemis yang kasihan

Kerap kali apabila aku berjalan-jalan di bandar sandakan untuk membeli barang, atau ketika balik dari kerja terserempak dengan kanak-kanak, makcik yang tua duduk termenung sambil tangan dihulurkan meminta sedekah. Aduh, hati ini terus jadi kasihan melihat keadaan mereka. bagaimanalah mereka mendapatkan makanan, tempat tinggal dan pakaian jika keadaan hidup mereka begini. Kasihan dengan anak-anak kecil yang sabar menanti di tepi-tepi jalan agar diberikan duit untuk mendapatkan makanan.

Pernah juga aku bertanya dengan rakan seoffice tentang keadaan mereka ini. Lalu jawapannya sangat simple, "dorang tu sindiket". Mungkin ada benarnya juga, atau mungkin mereka diperalatkan bagi mendapatkan duit bagi pihak lain. Pernah juga aku tengok movie indonesia yang mengisahkan kanak-kanak yatim yang tiada tempat tinggal diperalatkan dengan mengemis di tengah kota lalu hasil yang mereka perolehi daripada mengemis tadi berikan kepada individu yang menjaga mereka. Kanak-kanak ini hanya diberikan makanan dan tempat tingga sahaja. Bukan seorang dua, tapi berpuluh-puluh kanak-kanak yang diperalatkan. Jadi, kalau benar apa yang dikatakan oleh rakan aku tadi, rasanya situasinya sama dengan movie tadi.

Sepatutnya kanak-kanak ini tempatnya di sekolah atau madrasah dan bukannya di tengah kota dengan pakaian yang amat lusuh, rambut tidak terurus dan badan yang kotor berjalan ke hulu hilir kota meminta duit dari orang ramai. Orang ramai pun ada yang buat tidak kisah saja namun ada juga yang bersimpati dengan menghulurkan seringgit dua. 


Sebelum itu lagi, pernah juga aku bertanya dengan rakan sekerja yang lain (praktikal saja bha aku) tentang hal pengemis-pengemis yang semakin ramai aku lihat di tengah bandar sandakan. Jawapnya, "perdagangan manusia". Oh, bila dia sebut begitu, aku dapat tangkap maksudnya dengan cepat sekali. Ya, mereka adalah mangsa perdagangan manusia. Dibawa dari kampung asal dengan tujuan mencari kerja yang lebih baik tetapi sampai sini dibiarkan saja tanpa dihiraukan. Akhirnya, menjadi  pengemis kerana tiada pekerjaan untuk mereka apatah lagi surat-surat penting dan dokumen pengenalan diri tiada!

Apabila melihat mereka, selalu juga aku terfikir sekiranya aku jadi menteri atau orang yang ada kuasa untuk membuat polisi, apa yang boleh dilakukan untuk membasmi aktiviti mengemis ini dan sekaligus membantu mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Lagipun mereka juga manusia yang ada hak untuk mendapatkan hidup yang lebih baik. Inilah apa yang dijamin dalam hak asasi menurut Islam seperti mana yang dijelaskan oleh Syed Abu 'Ala Al Maududi. 


Fikir...


07 August 2012

Buatmu...

Khusus untuk insan yang amat dihargai,

Jangan terlalu bersedih dengan apa yang berlaku, dikhuatiri kamu berputus asa nanti. Tidak semua kecewa itu sengsara. Nabi SAW juga pernah bersedih kerana kehilangan insan yang amat bermakna dalam hidup dan dakwah baginda. Tapi Nabi SAW tidak sedih lama-lama sebab dia tahu ada suatu istimewa yang Allah akan berikan sebagai penganti.

Percayalah pada Allah. Selalulah bersangka baik padanya. Kerana sehelai daun yang gugur itu juga atas izin dan perhatianNya. Allah ingin beri yang terbaik kepada hambaNya, namun jalan yang sukar pasti ada agar kelak apa yang diperoleh daripada kesusahan itu menjadi satu nikmat yang mendamai jiwa dan mententeramkan hati.

Orang yang hidupnya miskin, apabila menjadi kaya dengan jalan yang diredhai dia pasti tahu menghargai wang walau sesen pun. Kerana dia tahu nilai duit sesen itu ketika dia miskin dulu. Mereka yang selalu menghadapi kesedihan, apabila mereka menemui kebahagian pasti mereka akan menjadi seorang yang amat menghargai. Sebab itulah jalan mujahadah sangat menyukarkan akan tetapi ada kebahagian yang disembunyikan. Ubat itu pahit bukan? Tetapi ia menjadi asbab kepada sembuhnya sakit yang dihadapi. 


Tidak semua yang duka itu derita, tidak semua yang kecewa itu sengsara, kerana disebalik duka dan kecewa ada bahagia kurnia yang Maha Esa.

Jadilah seorang hamba Allah yang kuat dan tabah walau hati amat pedih mengharunginya.



05 August 2012

Tabung Kemanusiaan Muslim ROHINGYA

Kebanyakan daripada kita banyak membantu saudara seIslam kita di Kemboja. Apa kata kali ini gandakan derma kalian!

Bantulah saudara seIslam kita di Rohingya, Myanmar. Dalam masa 3 hari lagi, bantuan akan sampai ke sana melalui Cikgu Azmi, Presiden TERAS.

Selain daripada kutipan dana, kempen kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia harus diperkuatkan.


Semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara kita di sana!

Di bawah ini pula adalah kutipan dana melalui Dewan Pemuda Pas Pusat. Tidak kiralah melalui sesiapapun, asalkan harapan kita, kita mampu menolong mereka sedaya yang mungkin.









04 August 2012

Doa agar Allah bukakan 12 Pintu





!!!اميـــــــــــــــــن
Ya Rabb.

Pinanglah daku kerana dakwah


Salam,
malas juga nak cakap tentang perkara ini. sebab rasa cam tak best plak asyik2 cakap pasal kahwin, sebab kahwin ini wasilah, sedangkan tujuan utama tetap ibadah kepada Allah dan menjadi khalifahNya.

Namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat phenomenan di era mihwar jahriyah ini. Menyebabkan unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berBM ini sedikit dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan duat itu sendiri.

Baitul Muslim ini urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan….?

apatah lagi sebuah baitul dakwah. Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini.
Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali.
dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti.

Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun ( ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.
begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. ada juga yang dah bersedia awal. ada yang belum lagi.
dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak2 antum sendiri. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak2 antum.

Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar?
Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari. bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akh dan juga ukht.

Melamar secara direct.

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri.
Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat sangat rasa offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah. samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

 asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!’

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi.
Manusia ada kelemahannya-kelemahanannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah?
Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi.

di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca blog ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak.
Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini. termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu. ( ini jika pinangan itu direct padamu). walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat, namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.
dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik.
Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah. tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.
tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. kerana Allah dan rasulNya dahulu.

tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya.

Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

itu sahaja sempat saya nukilkan.

aisyahz
glasgow

http://ikramuke.org/muharikah




03 August 2012

Aku yakin, inilah sebabnya mengapa aku boleh sampai ke tahap ini.


Terima kasih ibu. Result exam sdh keluar.. :)

Do'a untuk pengantin

Jika kita rindukan seseorang, pejamkan mata kita dan ucapkanlah..


“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah.. Jauhkanlah daku dari perkara yg membuatkan aku lupa kepada-Mu... Aku semakin mengerti, ‘jarak’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘jarak’ ini untuk menjaga antara aku dan dia.. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan jarak itu kepada aku dan dia.."


Jadi.. jgn bersedih jika terpisah jauh atau tak bertemu dgn nye.. Kerana jarak ini akan membahagiakan kita bukan shja d dunia.. insyaallah.. sehingga ke syurga.. Allah lebih tahu apa yg tersirat dan tersurat d sebalik nye.. wallahualam.. :)

Baitulmuslim untukku.




Berbaik sangka kepada Allah. Dia tidak mengecewakan

Firman Allah SWT (hadith Qudsi),
"Aku mengikuti persangkaan hambaKu terhadap diriKu. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadapKu menurut apa yang disukainya."


Percayakan anda andai saya katakan bahawa bersangka baik terhadap Allah adalah jaminan untuk tidak gagal.


Jika jawanpannya "Ya", anda sudah pasti seorang yang bersangka baik pada Allah. Maha Suci Allah dari segala kekurangan.


Seterusnya, ketika anda berdoa... adakah anda yakin bahawa doa anda akan dimakbulkan oleh Allah? Jika Ya, maka insyaAllah anda termasuk dalam golongan hanbaNya yang berharap pada Allah. Allah tidak suka kepada manusia yang sombong terhadapNya. Sedangkan Syaitan yang sejahat-jahat itu Allah makbulkan permintaannya untuk terus hidup sehingga hari Kiamat, apatah lagi hambanya yang solat. Tentu dia makbulkan. :)


Teruskan berdoa saudaraku, apabila kamu mengharapkan sesuatu yang lebih baik, maka sudah pasti dia akan memberi yang terbaik untukmu. Padahal, sering kali ada di antara kita yang tersalah sangka.


"boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu"


Bilamana Allah menimpakan ujian buat kita, ujian yang amat berat buat kita, dan ujian yang tiada henti. Allah memujuk kita untuk terus bersanka baik terhadapnya,


"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu"


Bersabarlah, kerana sabar menjadikan anda terpuji.


Contoh kecintaan Allah kerana sikap hambaNya yang selalu menaruh harap kepadaNya dan menanti pertolongan dan naungan dan tempat kembalinya, adalah bahawa jalan keluar dari kesulitan itu hanya akan datang setelah hamba itu mengalami kebuntuhan, setelah tidak lagi tahu harus ke mana  ia mengarahkan cita-cita dan keinginannya, setelah pintu harapannya tertutup, setelah kehabisan aqal dan setelah tidak tahu algi bagaimana mengakhiri tekanan dan ujian terhadap dirinya. Untuk apa semua itu?


Agar menjadi pendorong  bagi dirinya untuk mengarahkan harapanya kepada Allah dan agar menjadi peringatan supaya terus memperbaiki prasangka baiknya kepadaNya.


Bila kita mencintai seseorang, sudah pasti kita merasakan dialah yang terbaik untuk kita jadikan isteri ataupun suami. Lalu, kita memandangnya dengan pandangan yang baik dan akibatnya semakin kuat dan bertambah-tambah rasa cinta terhadapnya. Tapi bila mana kita melihat kekurangan dirinya yang mengugat rasa cinta kita, memberi kesusahan kepada kehidupan kita dan perangainya yang menjengkelkan, nescaya kita akan memilih untuk mencari pengantinya.


Namun, apabila kita merasakan Allah adalah yang terbaik buat kita, walauapapun kesusahan dan kepayahan yang diberikan kepada kita, nescaya Allah tetap matlamat kita. Itulah bezanya.


Pemuda Umar
3 Ogos 2012
12.03 PM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls