SHOUT HERE

04 November 2011

HUKUM NIKAH MUT'AH


Pagi ini, agak terkejut menerima satu sms dari remaja kita,
“Salam ustazah, apa pandangan ustazah mengenai nikah mut'ah? Malam kelmarin kawan saya akad melalui nikah mutaah.”

Astargfirullah! Adanya nikah mutaah bermakna adanya pelacuran diatas namakan syariat. Bayangkan kerosakan besar dan penyakit-penyakit berbahaya yang akan merebak dalam masyarakat akibat ‘pelacuran halal’ ini? Nau’zubillah!

Para pendakwah di jalan Allah sekalian,
Kita tidak boleh berdiam diri. Mari sebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat . Banyak benda mereka tidak tahu. Banyak benda mereka keliru. Jangan dicaci dan dicela dahulu. Remaja akan lari dan enggan bertanya lagi.

Apa Itu Nikah Mutaah?
Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة‎ ​ nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan[1] untuk keseronokan[2]), atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai.
Pernikahan ini akan berakhir sesuai dengan batas waktu yang telah di tentukan tanpa talak serta tanpa kewajiban memberi nafkah atau tempat tinggal dan tanpa adanya saling mewarisi antara keduanya meninggal sebelum berakhirnya masa nikah mu’ah itu. (Fathul Bari 9/167, Syarah shahih muslim 3/554, Jami’ Ahkamin Nisa’ 3/169).

Hukum Nikah Mutaah.
Ahli Sunnah Wal Jamaah bersepakat pada HARAM hukumnya.
Nikah mut’ah diharamkan pada saat fathu makkah tahun 8 Hijriyah. Ini adalah pengesahan Imam Ibnul Qoyyim dalam zadul Ma’ad 3/495, Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam fathul bari 9/170, Syaikh Al- Albani dalam irwaul Ghalil 6/314.

Telah datang dalil yang amat jelas tentang haramnya nikah mut’ah, diantaranya: Hadits Ali bin Abi Thalib Radiyallahu ‘anhu: “Dari Ali bin abi Thalib berkata: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam melarang nikah mut’ah dan memakan daging keldai jinak pada perang khaibar.” (HR. Bukhari 5115, Muslim 1407). Hadits Sabrah bin Ma’bad Al-Juhani

Cara-Cara Nikah Mutaah.
1. Tanpa wali, saksi dan perisytiharan.
2. Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
3. Dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan perempuan pelacur sekalipun.
4. Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak.
5. Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun.
6. Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi dari satu dirham.
7. Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja.
8. Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari. Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepadaa lelaki yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun beberapa pada kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun.
9. Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan lelaki yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan akad mut’ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si lelaki bimbang perempuan yang dia lakukan mut’ah dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran maskahwinnya secara beransur-ansur. Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja.

Pengajaran
Remajaku sayang,

Alangkah bagusnya kita bertanya dan mengkaji dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara besar yang kita tidak tahu.

Begitu juga sebelum kawan baik kita ingin mengambil sesuatu keputusan besar, yang dia kurang arif mengenainya, eloklah dirujuk betul-betul kepada orang yang berautoriti.

Zaman sekarang kan canggih. Boleh rujuk laman web berautoriti seperti JAKIM untuk dapatkan maklumat pantas.

Jangan buat dulu baru nak tanya. Bahaya, dik!
Ya Allah, selamatkan kami dan adik-adik remaja kami.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls