SHOUT HERE

23 October 2011

UiTM sasar lahirkan Melayu pertama penerima hadiah Nobel

SHAH ALAM 19 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mensasarkan untuk melahirkan orang Melayu pertama yang menerima Hadiah Nobel melalui bimbingan serta tunjuk ajar saintis tersohor Pakistan Prof. Dr. Atta-ur-Rahman.

Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beliau yakin dengan kepakaran yang dimiliki Dr. Atta-ur-Rahman, UiTM mampu merealisasikan impian itu melalui kajian dan pembangunan yang terperinci dalam bidang saintifik.

"Kita yakin dengan kerjasama yang telah dijalin sejak 2005, UiTM mampu mengorak langkah memperhebatkan kajian dalam bidang sains dan teknologi dengan nasihat dan panduan daripada Prof. Atta-ur-Rahman.

"Malah beberapa penuntut dan petugas UiTM juga telah dihantar ke Pakistan untuk tujuan berkongsi kepakaran dalam bidang berkaitan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Syarahan Perdana oleh Dr. Atta-ur-Rahman di sini, hari ini. - Bernama

Apabila membaca berita sebegini , aku langsung tidak terkejut memandangkan memang Pemimpin UiTM kebanyakan memang insan - insan yang berwawasan besar. Lihat sahaja rancangan menjadikan universiti diraja , anugerah - anugerah akademik yang dimiliki , VC mesra rakyat dan sebagainya. Memang aku mengakui perkara tersebut. Atas sebab itu , warga UiTM amat menyayangi VC UiTM yang sekarang disebabkan sikapnya yang mesra pelajar serta ringan tulang.

Namun dalam hal ini, ingin aku peringatkan bahawa untuk mengecapi taraf yang sangat "hebat" ini, UiTM perlu memikirkan semula peranan universiti. Universiti menurut newman ialah "school of Universal Learning". Ia membawa makna yang cukup akrab dengan aktiviti keilmuan dan puncak kepada platform ilmu dalam sesebuah negara dalam apa jua bidang sekalipun. Universiti juga boleh dianggap sebagai pengukur aras ketamadunan dan ketinggian intelektual masyarakat. Universiti yang baik mampu menghasilkan impak kepada masyarakat umum. Impak yang dimaksudkan adalah memberi jawapan kepada polemik yang wujud dalam masyarakat sama ada bersifat struktural ataupun semasa. Selain itu, universiti juga hendaklah menghasilkan ide - ide yang baru.

Jadi, apabila merujuk kepada perkara di atas, timbul satu persoalan di kepala aku. Adakah universiti kita jauh keterbelakang apabila merujuk kepada perkara di atas? Tidak mengapa, kita tinggalkan jawapan tersebut kepada VC tercinta, akademia dan cerdik pandai.

MAHASISWA, ia membawa beban kepada siswa. "Maha" merujuk kepada 'terlalu besar', 'agung' dan 'terbaik' sedangkan "siswa" tidak sering begitu. Apa kita dapat lihat pada masa kini, kita telah berjaya melahirkan terlalu ramai buruh - buruh dengan kepandaian menaip, menyusun fail dan mencatat minit mesyuarat. Jangan paksa mereka dengan persoalan, kerumitan atau tugas - tugas yang lain kerana ia pasti menyesakkan pemikiran dan tertampung oleh mereka. Sesungguhnya penyakit ini merupakan penyakit nasional. Aku bukan mereka, fakta ataupun membuat cerita, tetapi inilah hakikat yang terjadi.

Suara Mahasiswa terutamanya di UiTM disekat. Mereka dilarang memberikan pendapat dan ide-ide yang bercanggah dengan pihak pemerintah. Jadi, siswa kita tidak mampu lagi menerajui isu. Mereka tidak lebih kepada tukang - tukang sorak kepada isu dan agenda pemerintah kerana dasar kita yang mengajar kepada kepatuhan. Mereka lebih rela menjadi penjilat bontot daripada mengambil isu yang berfikir secara kritikal. Aku bagi contoh paling mudah, universiti kita sibuk memaparkan logo dan menjalakan program 1 Malaysia tanpa mempersoalkan perkara ini kepada mana - mana politikus. Perkara ini siswa tidak boleh mempersoalkan.
Suara yang lantang atau ide yang berbeza pasti akan dicantas dan akan keluar ugutan buang kolej(hostel) daripada pihak atasan dan Hal Ehwal Pelajar yang berwibawa yang aku kira mendukung penuh hasrat aspirasi.

Disebabkan pelbagai sekatan dan kawalan. Siswa tidak lebih daripada robot berparu-paru dan berjantung. Mereka ini akhirnya diprogramkan dan diminta untuk menjalankan kehidupan yang asalnya disediakan. Mahasiswa dan ilmu amat malap. Universiti kita semakin malap dengan penerbitan AUKU disebabkan ketidakpercayaan pihak atasan terhadap Mahasiswa. Katanya, Mahasiswa tidak matang (sila rujuk debat Ibrahim Abu Shah VS Saifuddin Abdullah di Youtube). Kemudian, pelajar sedia ada dilatih menjadi binatang yang boleh bekerja dan dieksploitasi dan pada masa yang sama dungu, menurut, dan fungsi mereka cuma untuk menyokong sistem. Harapan universiti dan ilmu sangat malap...malap..dan malap. Kita tidak dapat melahirkan pemikir yang kritikal, sedangkan akademia juga statik. Dengan kuliah yang mesti diikuti. Seolah - olah daripada zaman sekolah hingga universiti, kebenaran telah tersedia dalam poket doreamon si cikgu dan pensyarah . Jangan persoalankan. Segalanya telah disediakan dan diselia. Berkali - kali diulang jangan persoalan.

Jadi , pada pihak UiTM fikirkan sejenak. Adakah kalian realistik dengan perancangan dan target ini? Dengan adanya AUKU dan Akta 174, adakah kalian mampu melahirkan pemenang nobel pertama bani Melayu? Fikirkan semula impian tersebut.

Impian ini bagus , tetapi bebaskan pelajar....Semua ini aku tulis kerana kasih.
Sumber 

me: What say u readers?


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls