“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawap ke atas apa yang dipimpinnya.” H.R Bukhari & Muslim.
Setiap manusia mempunyai tugas-tugas kepimpinan dan bidang kepimpinan itu amatlah luas. Pemimpin bukan hanya memimpin sebuah Negara, Dalam Islam, pemimpin adalah mereka yang diberi tanggungjawab mengendalikan sesuatu urusan. Oleh kerana setiap orang mempunyai tanggungjawab maka setiap orang itu mempunyai peranan sebagai pemimpin. Seorang manusia ditugaskan menjaga dirinya daripada terjebak ke lembah maksiat, maka dia adalah seorang pemimpin. Seorang ayah bertanggungjawab menjaga hal-ehwal rumah tangga maka dia juga adalah seorang pemimpin terhadap keluarganya. Hal ini sama dengan pemimpin masyarakat, negeri dan Negara. Hakikatnya, suatu masyarakat tidak boleh dibiarkan ibarat seperti anak ayam kehilangan ibunya.
PIMPINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB
Ramai yang tertipu dengan nikmat sebagai pemimpin. Mereka melihat bahawa pemimpin itu suatu keistimewaan. Namun kurang yang melihat bahawa menjadi seorang pemimpin itu adalah suatu tanggungjawab yang besar dan yang akan ditanya di akhirat kelak. Sekiranya mereka tahu betapa besarnya tanggungjawab sebagai pemimpin pasti mereka akan lari daripadanya.
Dengan menjadi pemimpin maka bertambahlah tanggungjawabnya. Jika lebih tinggi bidang kepimpinannya maka lebih luas pula tanggungjawabnya. Apabila tanggungjawapnya menjadi luas maka bertambahlah KEWAJIPANNYA. Soalan-soalan dihadapan Allah .SW.T kelak juga bertambah banyak.
PIMPINAN SEBAGAI DUGAAN
Pimpinan mesti dilihat sebagai tanggungjawap dan bukannya keistimewaan. Dalam memimpin sebuah Negara, kepimpinan mestilah berada di tangan mereka yang berkelayakan dari segi ketaatan kepada Allah (baik hubungannya terhadap Allah S.W.T), baik peribadinya dan kuat jasmani, mempunyai kepintaraan akal dan dihormati oleh rakyat kerana sifatnya yang amanah.
Apabila seseorang yang lemah iaitu lemah dalam melawan hawa nafsunya sendiri, gagal dalam pematuhan terhadap perintah Allah S.W.T maka dia tidak akan terselamat daripada faktor-faktor kehancuran seperti rasuah, maksiat, pecah amanah dan lain-lain perkara yang merosakkan rakyat dan Negara yang diperintahnya.
“Saya berkata kepada Rasulullah S.A.W: Tidakkah tuan melantik saya untuk mengetuai sesuatu urusan? Rasulullah S.A.W menepuk bahu saya dan berkata: “Wahai Abu Zar, engkau adalah lemah, sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan. Melainkan mereka yang mengambilnya dengan haq dan menunaikan kewajipan yang telah ditentukan dalamnya.” H.R Abu Zar al-Ghaffari.
Abu Zar bukanlah seorang yang tidak taat kepada Allah S.W.T dan mudah dikuasai nafsu, tetapi dia adalah seorang manusia yang lemah dalam mengambil tindakan. Dia seorang yang lurus hati dan mempunyai kelemahan-kelemahan yang menghalangnya daripada bersikap tegas terhadap kawan mahupun lawan. Itu pun dianggap oleh Rasulullah S.A.W sebagai lemah, apatah lagi orang yang kalah di hadapan nafsu, jahil dan tidak beramal.
MENGAPA ORANG YANG LEMAH SELALU DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN
Kita telah mengetahui sifat-sifat orang yang lemah untuk diangkat sebagai pemimpin. Namun, keadaan sekarang ini melihatkan betapa banyaknya pemimpin yang lemah diangkat sebagai pemimpin. Mengapa?
1) Berlaku gejala rasuah iaitu tindakan membeli undi ketika berlaku pilihanraya umum dan kecil.
2) Segelintir rakyat gagal menilai individu yang sepatutnya diangkat sebagai pemimpin rakyat.
3) Terdapat 'hidden hand di sebalik Pilihan Raya.
3) Pemimpin menjadi rakus dalam mengaut kesenangan dengan mengekalkan kuasa sedangkan rakyat menghadapi kesusahan dan penindasan.
4) Pemimpin yang dilantik tidak taat kepada Allah dan Rasulullah serta mengutamakan kehendak hawa nafsu dan perintah orang lain (kafir laknatullah) berbanding perintah Allah.



7:35 AM
MOHD MAHATHIR SUGUA


Posted in:
0 comments:
Post a Comment