SHOUT HERE

15 October 2011

JOM SERTAI: KARNIVAL ANAK MUDA (KAMU)


Jemput datang beramai-ramai ke KARNIVAL ANAK MUDA 2011 anjuran GAMIS dan Kerajaan Negeri Selangor. InsyaAllah akan berlansung di Stadium Melawati Shah Alam dan Perbadanan Perpustakaan Shah Alam, Selangor pada 22 hingga 23 Oktober 2011.

"Anak muda amat berperanan dalam menjana rakyat ke arah masyarakat yang dinamik, berintegriti dan bersatu padu. Anak muda merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. Anak muda hari ini juga merupakan gambaran negara pada masa hadapan. Justeru, program ini direncana khusus untuk anak-anak muda sebagai alternatif membentuk jati diri anak muda. Selain itu, program ini juga menyediakan peluang untuk anak muda mengisi masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Kami berharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu melahirkan anak muda Malaysia yang mampu menyumbang bakti kepada negara. Pada Allah sahaja disandarkan harapan agar memudahkan serta melancarkan program yang bakal dilaksanakan nanti."
Objektif :
i. Melahirkan anak muda yang berdaya saing dari segi keilmuan, ekonomi, sosial, kemasyarakatan dan tenaga kerja.
ii. Menjalinhubungkan serta mencapai kesepaduan utuh dalam aspek berkaitan diantara gerakan-gerakan anak muda dalam & luar negara.
iii. Mendidik anak muda berkepimpinan serta cakna perkembangan isu semasa dalam & luar negara.
iv. Merakyat anak muda secara sepakat dalam mendokong agenda dakwah.
v. Menyuburkan semangat bersukan dan beriadah di kalangan anak muda.
vi. Berkongsi pandangan dan pendapat antara anak muda dalam segenap aspek berkaitan & kepentingan umum.
vii. Mendekati anak muda pelbagai latar belakang serta menjiwai segenap lapisan masyarakat.
viii. Menyuntik semangat bersatu padu antara anak muda pelbagai agama & bangsa.


TENTATIF PRGORAM:-
HARI PERTAMA
22 OKTOBER 2011 (SABTU)
9.00am – 1.15pm: Sidang Meja Bulat Gerakan Mahasiswa
9.00am – 1.15pm: Sidang Dewan Mahasiswa (MajlisPerwakilanMahasiswaNasional)
1.15pm – 2.30pm: Solat Zohor & Rehat
2.30pm – 4.30pm: Bergerak Ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
4.30pm – 5.00pm: Solat Asar & Rehat
7.00pm – 9.00pm: Solat Maghrib, Kuliah Ust Ridhuan, Solat Isya', Solat Hajat
9.00pm – 11.00pm: Sembang Santai Pimpinan Anak Muda bersama“Facebookers”& “Bloggers”
9.00pm – 11.30pm: PERASMIAN KAMU '11 oleh MB,
Sembang Santai Pimpinan Anak Muda bersama “Facebookers” & “Bloggers”, Persembahan Santai Shahir AF.

HARI KEDUA
23 OKTOBER 2011 (AHAD)
8.00am-5.00pm: Futsal “Anak Muda Sayang Malaysia”
9.00am-1.15pm: Simposium Dakwah Kampus (SIMDAK)
11.30am-1.30pm: Bengkel Personaliti Anggun
1.30pm-2.30pm: Solat Zohor Berjemaah & Rehat
2.30pm-4.30pm: Forum "Syurga Cinta"
4.30pm-5.00pm: Solat Asar
5.00pm-6.00pm: Penyampaian Hadiah Futsal, Anugerah Tokoh Atlit Mahasiswa
7.00pm-9.00pm: Solat Maghrib, Cakna Palestine, Oleh: Ustaz Syed Mohd Norhisyam, Solat Isya’
9.00pm-11.00pm: Konsert Kesenian “Gegar Anak Muda”, Penyampaian Anugerah (AnugerahTokohMahasiswa)
PERASMIAN PENUTUP KAMU’11, oleh: YB. Dr. Hjh HalimahBinti Ali

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah sempena Karnival ILMU ANAK MUDA 2011. Ayuh! daftarkan team anda segera
Hubungi Anas (013 7973680)
Tarikh tutup penyertaan pada 18 Okt 2011.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls