SHOUT HERE

05 October 2011

[i-Business] - Buku teks usrah 'Apa Ertinya Saya Menganut ISLAM': Fathi Yakan

Adik-adik MIG sekalian, kali ni a.maha nak mempromosikan satu buku berjudul "APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM" karangan Fathi Yakan. Buku ini amat popular bagi mereka yang menjalankan atau mengikuti Usrah kerana topik-topik yang di sentuh dalam buku meliputi asas-asas yang mesti difahami oleh seseorang yang bergelar Muslim.

Tapi, buku ini tidaklah tertakluk buat mereka yang mengikuti Usrah sahaja. Mana-mana yang berminat untuk membacanya pun boleh memilikinya. Inilah buku yang dimaksudkan:-

maza ya'ni intima' fi Islam (arabic)

Mungkin ada yang mengenali siapa sebenarnya Al Ustaz Fathi Yakan ini. Baik, saya akan berkongsikan serba sedikit mengenai perihal beliau.

Fathi Yakan
Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh perjuangan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan pergerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah perjuangan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi pembela Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference). 
Pada 13/6/2009 beliau telah menemui Rabnya pada usia 76 tahun disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius dihadapi oleh beliau. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat ummat Islam kerana seluruh negara mengenali beliau sebagai  diantara Mujahid ulung kerana komitmennya terhadap perjuangan membela Islam semasa hayatnya.

Jadi, kalau ada sesiapa ingin memiliki buku ini bolehlah menghubungi saya (019-8967828). Tapi terhad untuk pelajar UiTM Kedah yang berada di Merbok, Semelling, KTU dan sekitarnya. Maklumlah, kalau jauh sangat susah juga. (^_^)

Harga: RM13.90
Penghantaran terus ke lokasi anda. ^^
sebuah buku yang tidak akan tengelam oleh arus zaman.
ISI KANDUNGAN BUKU INI:-
1. Saya mestilah Muslim di sudut 'Aqidah
2. Saya mestilah Muslim di sudut 'Ibadah
3. Saya mestilah Muslim di sudut Akhlaq
4. Saya mestilah Muslim di sudut Berkeluarga
5. Saya mestilah mampu mengawal diri
6. Saya mestilah yakin bahawa masa depan di tangan Islam.

"Read, you will conquer the world"






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls