Tidak mungkin aku dapat melupakan tragedi serangan tentera Israel ke atas Mavi Marmara, 31 Mei 2010. Tidak sekali-kali! Wajah-wajah mereka yang dibunuh kejam dan brutal itu tetap segar dalam ingatan, lebih-lebih lagi tatkala melihat gambar susuk Mavi Marmara. Senyuman mereka, kesungguhan mereka, pengorbanan mereka… masyaAllah! Ingatan seperti itu sering membuatkan air mataku menitis.
Saudara-saudaraku yang mulia — Ibrahim Bilgen, Haydar Bengi Ali, Cevdet Kiliçlar, Çetin Topçuoglu, Necdet Yildirim, Yaldiz Fahri, Songür Cengiz, Akyüz Cengiz, dan Furkan Dogan — insyaAllah bumi Palestin tercinta dan masjid al-Aqsa yang mulia akan menjadi saksi kepada darah yang tertumpah dan jiwa yang terkorban.
Semoga Allah memuliakan kamu semua bersama para syuhada. Semoga Allah memberi kekuatan dan kemuliaan kepada keluarga yang kamu ditinggalkan, orang-orang yang kamu cintai dan yang mencintai kamu.
Dan aku? Ya Allah! Tetapkanlah aku bersama perjuangan mereka dengan penuh ikhlas, sehingga nanti bumi Palestin dan masjid al-Aqsa juga menjadi pembela di hari hisab. (cacatan dari seorang peserta LL4G)
![]() |
| Dalam ingatan~korban serangan tentera Zionis ke atas Mavi Marmara |
Pelancaran Mavi Marmara di Istanbul
![]() |
| burung merpati dilepaskan sebagai simbolik 'kemanusian' dan 'kebebasan' dari kezaliman |
Inilah pelayaran yang dipenuhi dengan ketaatan dan pengharapan pada Allah! Majlis tazkirah, Usrah, Solat berjamaah, bacan Al-Ma'thurat, Majlis Al Quran, kelas bahasa Arab dihidupkan. Subhanallah!!! (Rujuk buku karangan Ustazah Fatimah Syarha dan Suaminya, Dr Farhan Hadi Mohd Taib 'Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang!'.
![]() | ||
Israel menyerang di waktu subuh yang gelap di tengah lautan luas (perairan antarabangsa). Namun Istael mendakwa Mavi Marmara menceroboh perairan mereka. Israel juga mendakwa mereka diserang terlebih dahulu tetapi sebenarnya merekalah yang mula-mula menlontarkan bos asap ke dalam kapal Mavi Marmara. Apabila pertolongan Allah datang pada waktu tersebut (angin laut meniup keluar asap-asap tersebut) tentera-tentera Zionis mula memanjat kapal (tentera yang menaiki bot) dan menurunkan komando-komando mereka yang sememangnya pengejut juga (tentera yang menaiki helikopter).
Mereka diserang (ditembak mengunakan senjata automatik) dan dibunuh hanya kerana ingin membantu manusia yang dizalimi di Gaza.
Trajedi Mavi Mara akan menjadi bukti pada dunia akan kekejaman Zionis laknatullah!
Haluan Palestin
Haluan Palestin



8:11 AM
MOHD MAHATHIR SUGUA




























































Posted in:
1 comments:
ya Allah... :'(
hidup palestin ! hancur yahudi !
Post a Comment