SHOUT HERE

14 September 2011

SUSULAN SITT AL WUZARA: NGO MOHON MENGHADAP AGONG SERAH MEMORANDUM

KUALA LUMPUR: Satu badan bukan kerajaan (NG0) hari ini memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan memorandum berhubung isu murtad dan memesongkan akidah umat Islam di laman sosial.

Ketua Koordinator Sekretariat Jingga 13, Fariz Musa, menyerahkan surat permohonan itu kepada Pegawai Pentadbiran/Keselamatan Polis Istana Negara Asisten Superintendan Shaharuddin Yunus di pintu masuk Istana Negara di sini pada 11.05 pagi tadi.

Beliau berkata pemilik laman sosial itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dengan menghina, memaki dan mencerca Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Agama Islam.

"Kes-kes murtad yang semakin meningkat serta tindakan pemesongan akidah, penyelewengan fakta dan penghinaan terhadap Islam yang sangat bahaya, memerlukan campur tangan secara serius oleh Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat itu yang turut dihadiri kira-kira 20 anggota Jingga 13.

Fariz berkata pihaknya meminta Seri Paduka Baginda mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu yang bertanggungjawab demi menyelamatkan akidah umat Islam serta mengangkat maruah dan kesucian Islam yang merupakan agama rasmi negara.

"Setakat ini kami berjaya mengumpul sebanyak 5,000 petisyen secara online yang membantah perkara itu. Kami akan mengumpul lebih banyak lagi sebelum diserahkan bersama-sama memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya. >>>SUMBER 

Komen saya:
Alhamdulillah, ada juga pihak yang berani dan bersungguh-sungguh melawan kumpulan murtad yang semakin ghairah membuat penghinaan terhadap Allah, Rasulullah dan Islam. 

Saya kagum dengan NGO 'Jingga 13' yang sedaya upaya membawa isu ini. Sebelum ini, mereka telah pergi ke pejabat JAKIM untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai di sana, namun pihak polis yang datang dan menerima memorandum tersebut. Hal ini kerana isu penghinaan tersebut bukan di bawah bidang kuasa JAKIM. Kalau begitu apa bidang kuasa Jakim sebenarnya? JAKIM TOLAK MEMORANDUM




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls