SHOUT HERE

13 September 2011

KUTIPAN CUKAI 6% DITANGGUHKAN


Setelah ramai penguna meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan syarikat telekomunikasi (TELCO) mengenakan cukai perkhidmatan 6% terhadap penguna prabayar, semalam pihak TELCO telah bersetuju untuk MENANGGUHKAN kutipan cukai tersebut sehingga perbincangan semula dibuat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Cukai perkhimatan sebanyak 6% bukan sedikit. Sejak isu ini timbul saya selalu dengar orang mengeluh. 'Kalau beli topup RM30 selepas dikenakan cukai menjadi RM 31.80. Alahai, berapa banyak syarikat tersebut akan perolehi hasilnya dan begitu juga dengan kerajaan ;). Siapa lagi kalau bukan duit hasil cukai tersebut pergi kepada kerajaan pusat. 

Saya hairan, kenapalah suka sangat bebankan rakyat dengan cukai begini. Dilaporkan ekonomi bertambah baik dan maju, tapi cukai datang mencurah-curah.  Itu belum kira GST lagi. Oh Malaysia ku~!


TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar: Rais
2011/09/12

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.
"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).

Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Khamis ini. Berita Harian.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls