SHOUT HERE

17 September 2011

Nota kasar dari aku

Stop being a LOSER lah weyh!!! Diri sendiri pun xboleh nak lawan, inikan perjuangan nak bawak ISLAM konon..!!!

Nak perjuangkan humaniti..hahaha...Dahla tuh, nak jadi IMAM masa solat pun nak kena main tolak2..xlayak jadi imam katanya, banyak dosa..Heh..klu nk jd imam solat pun nk kena paksa, inikan nak jadi IMAM masyarakat???

Imam UMAT ISLAM??? Engkau BANGGA sangat mengaku DIRI engkau tu DA’IE, syabab, srikandi Islam lah…tp dah dapat amanah lepas tu rasa xlayak lah…xcukup ilmu lah…bla..bla..

Then, bila rasa diri tu dah cukup ilmu, dah cukup BAGUS, mulalah nak rasa RIAK…mulalah rasa diri tu alim, fikrah & tarbiyah Islam lagi kuat dr orang lain…

Rasa diri ko tu suci sangat sbb bercampur dgn orang alim2, yg rajin g masjid/surau... sampai xnk bercampur langsung dgn yg jahil, pengaruh buruk kononnya…

Mentang-mentang rajin pergi rumah Allah, hafaz Al-Quran, hadith, xtinggal Qiyamullail, puasa sunat setiap minggu, berkawan dengan geng-geng kopiah, tudung labuh je, yang baik2, thiqoh2 je,berada dalam lingkungan jemaah, bila pandang orang lain buat slek, terus being JUDGEMENTAL..melihat, mencebik, mengeji dengan pandangan menghukum! Downgraded orang lain!

APE KEJADAHNYA??!!!
Padahal tangunggjawab korang yang bangga sangat mengaku dai’e tu ialah bawak diorang tu balik kenal Allah!!! Balik kenal TUHAN diorang! Ikat hati diorang dengan kasih sayang, ukhwah kerana Allah.
Ini nak terus menghukum orang lain tanpa cuba kenal diorang dulu..dah rasa diri tu bagus sangat kan???!!! Nak terus jumud berada dalam ruang lingkup golongan-golongan yang korang rasa alim, suci, baik, confirm ahli syurga!

Alasan sebab kalau bercampur dengan diorang, berkawan dengan diorang nanti korang terpengaruh dengan perangai buruk diorang…alasan paling xbleh pakai!!! Memanglah kena berdamping dengan orang2 yang soleh, yang berilmu, akhlak baik supaya kita pun baik mcm diorg, tapi janganlah lupa insan2 yg jauh dr Islam dowh!!! Padahal iktiraf diri tu dai’e (penyeru ke arah kebaikan)…Da’ie apa macam tu???hahahaha…

Weyh manusia, jangan sampai kat akhirat nanti diorang dakwa depan Allah korang yang xnak sampaikan risalah Islam kt diorang, korang sombong dengan diorang! Xnak bercampur dgn diorang, xnak kenalkan diorang dgn keindahan Islam..Jangan sampai diorang tarik korang masuk neraka sekali dengan diorang sbb korang dah xde hujah nak lawan masa tu…Masa tu lenyap semua ilmu, amalan, pahala, jariah…HAMBEK KO!!!

HAH… lepas tu dah baca note ni ade pulak yang cakap dalam hati, eh..aku xmacam ni..
aku kawan dengan semua orang..orang suka aku…aku pandai tarik orang..hah..mula nak riak lagi…Lepas baca ni tolonglah reflect, cermin balik diri ko..siapa ko??hebat sangat ke???Come on lah!!! DON’T MAKE YOURSELF TOO EXCLUSIVE!

(Pesan seorang akak pada aku…
Ko ingat ko sorang je berhak rasa SYURGA Allah??? Orang lain xde hak??? Blah la weyh!!! Jangan rasa diri tu bagus sangat!!!

Jadi pemimpin yang berjiwa besar, mesra, depan masyarakat, tp jadi hamba yang hina lagi jijik dan mengkejikan bila mengadap Allah…Buang rasa ego dan riak engkau tu!!!

*“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Riwayat Bukhari &  Muslim)
**“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.”
Sahih Bukhari: 5552
***Tidak diragukan lagi bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.
(An-Nahl: 23)

Maaf salah silap....Wallahu'alam

nota kaki: pedas2...tp cukup mengingatkan para da'ie. ^^

Kecut askar tu tgk bdk kecil ni bw M16 Mainan...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls