SHOUT HERE

26 September 2011

KISAH SI PENGEMIS

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis yang daif itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberikan makanan kepadanya. Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh pada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu. "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?"

Rupa-rupanya sikap si suami berbeza dengan sikap si isteri. Dengan suara yang lantang dan kasar dia menjawab , :"Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutupkan pintu!"

Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis tersebut.

Tidak lama selepas itu, perniagaan si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bankrap. Dia terpaksa menanggung banyak hutang. Selain itu, disebabkan oleh sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumah tangga mereka menjadi huru hara dan akhirnya mereka bercerai.

Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula. Kali ini dia berkahwin dengan ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia. Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya, pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka, ternyata tetamu yang tak diundang itu ialah seorang pengemis yang daif. Lantas dia berkata pada suaminya. "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?"

"Ya, berilah makanan kepada pengemis itu."

Selepas memberi pengemis itu makanan, si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan, si suami bertanya, "Mengapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruhmu memberi daging ayam kepada pengemis itu?"

Si isteri menggeleng-gelengkan kepalanya, lalu berkata dengan sedih, "Saya sedih dengan perjalanan taqdir yang menakjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis yang di luar tadi? Dia adalah bekas suamiku."

Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut, tetapi dia bertanya lagi, "Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suamimu? Saya adalah pengemis yang dahulu dihalaunya!"

Allahu Akbar! Siapa yang mengatur peristiwa ini? Tentulah Zat yang pastinya maha berkuasa ke atas semua ciptaannya. Kita dan semua peristiwa yang berlaku dalamnya tunduk pada ketentuan Tuhan.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls