SHOUT HERE

22 September 2011

Al-Quran: Perumpamaan untuk anda

Semua orang tahu ayat-ayat Al-Quran itu ialah kalam Allah. Tapi berapa ramai pula yang ambil tahu bahawa dengan membaca kalan-kalam Allah itu, tersedia baginya pelbagai nikmat yang Allah janjikan. Hadis yang diriwayatan oleh Daru Quthi dari Anas r.a Rasulullah menjelaskan,


"Perbanyakkanlah membaca Al-Quran di rumahmu, sesungguhnya di dalam rumah yang tidak ada orang membaca al-Quran, amatlah sedikit dijumpai kebaikan dan akan banyak kejahatan serta penghuninya selalu merasa sempit dan susah."


Manakala dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w ada menyatakan tentang kelebihan orang yang membaca al-Quran.


Sabdanya, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat, orang mukmin yang tidak suka membaca al-Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tetapi manis rasanya. Orang munafik yang membaca al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum tetapi pahit rasanya dan orang munafik yang tidak membaca al-Quran, tidak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya begitu pahit."


Jesteru, ambillah peluang untuk membca al-Quran.


Al-Quran, petunjuk sepanjang zaman




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls