SHOUT HERE

04 September 2011

AL-FATIHAH BUAT NORAMFAIZUL MOHD NOR - Jurukamera 'BERNAMA'

Ketika kebanyakan rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan sanak-saudara masing-masing, terdapat beberapa orang yang menyambut Aidilfitri di suatu tempat yang asing, tidak ada saudara-mara dan penuh dengan konflik serta bahaya. Sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada doktor, media dan beberapa sukarelawan lain bergadai nyawa dan keselamatan datang ke Somalia bagi memberikan 'talian hayat' kepada rakyat somalia yang kebuluran. Sejak sekian lama, negara somalia tidak henti dari menjadi mangsa krisis makanan. Sebelum Malaysia memberikan bantuan di sana, negara Turki telah menjadi pemula kepada misi bantuan makanan di sana.

Namun, negara kita digemparkan dengan kematian seorang jurukamera dari 'BERNAMA' iaitu Almarhum Noramfaizul Mohd Nor. Menurut berita, beliau ditembak curi ketika dalam misi bantuan di Mogadishu dan sedang membuat liputan di sana.


Menurut sumber, misi bantuan ke Somalia bermula 28 Ogos 2011 yang lepas dan akan berakhir pada 7 September 2011.

Kita doakan semoga roh almarhum Noramfaizul ditempatkan oleh Allah SWT bersama-sama dengan golongan syuhadah. Beliau adalah seorang wira dan kematian almarhum adalah sebagai syahid kerana kematiannya berlaku ketika sedang menjalankan kerja-kerja kebajikan membantu mereka yang kebuluran dan kesusahan. Ditambah lagi apabila almarhum menemui Rabb-Nya di hari yang Mulia iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Buat keluarga almarhum, saya mengucapkan takziah dan harapan saya supaya mereka dan bersabar, redha dan tabah menghadapi pemergian Noramfaizul.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls