SHOUT HERE

30 September 2011

Aku singgah sebentar



Aku singgah sebentar diperpustakaan.

Bahan-bahan terkandung Ilmu terus dijadikan tempat ‘dipeluk’ dadaku ketika mata layu kerana asyik menyelami keindahan menuntut ilmu. Sehingga ada yang menyebut, ''Sesungguhnya dakwat pena dari seorang yang berilmu lebih ‘bernilai’ hebat berbanding darah seorang pejuang'' Terlintas dihati ketika mencari tempat duduk diperpustakaan.

“Wah, cuma dengan satu kad matrik, kita boleh menjejaki segala ilmu.’’ Hmm, aku pandang sebelah kananku, ternyata buku, aku pandang sebelah kiriku. Aduh! Buku lagi. Bayangkanlah andai jika ilmu kita hanya diumpamakan setitis air dari lautan. Apatah lagi yang Mengajarkan segala ilmu..

“Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." Surah Al Kahfi: 109

Nyatakan cinta tidak semestinya dari lafaz tetapi juga melalui sebuah perhatian. Begitu juga ilmu, kemekaran ilmu hanya bila dipraktik. “Kewajipan muslim adalah tuntut ilmu tapi selain tuntut, kita juga jangan lupa apa ‘tujuan’ kita menuntut ilmu”.

Lagu dendangan ‘For the rest of my life’ terus bermain ruangan hatiku. Iramanya penuh dengan kesaksian erti dan makna sebuah cinta pada yang setia. Masya 'Allah...! Aku begitu ‘asyik’ melayan lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain penyanyi berasal dari Sweden tersebut..

Salah satu dari liriknya, terungkap penuh maksud.

“Youre my wife, Youre my friend, and my strength...” Romantiknya hati orang beriman. Alangkah indahnya jika ilmu dicintai begitu sekali..

Orang berilmu diari ilmu mereka segalanya dimulakan dengan kerana jatuh cinta pada ilmu, akhirnya juga ditamatkan dengan atas nama cinta dengan menyampaikan kemanisan menyintai ilmu.

Allah! Aku melayan akal dan naluri hati mencari sebab kenapa ramai yang masih jauh dari ilmu sedangkan ada sesetengah insan tersebut rajin belajar. Hati terus disoal bertubi-tubi.

Adakah belajar hanya bukan sekadar tahu, tapi mesti faham...? Atau kekurangan ‘bateri cinta...’ terhadap ilmu..?

Hmm..
Aku terbayang seketika.. wajah seorang wanita yang begitu menyejukkan hatiku ini. Astafirullah!

‘Aduhai...! jaga imanmu wahai diri...” aku berkata pada diri sendiri...

Aku meneruskan menyoal bicara, kenapa ilmu semakin layu disaat majunya zaman...?

Zaman Jahiliah memanglah terkenal dengan ‘jahil’nya. Memang masuk akal ,tapi zaman yang ada ‘Degree, Master, PhD..’ dan lain-lain lagi yang dikejar setiap digelar pelajar.

Tapi ia tetap mengotori air yang jernih. Kenapa masih berlakunya ‘kejahilan’? Bukankah semakin berilmu, kejernihan hati semakin mengalir...?

“Kenapa aku masih jahil sedangkan ilmu ada didada...?” seutas jawapan lahir dari lubuk hati... Rupa-rupanya kesilapan diri manusia adalah ketika menuntut ilmu adalah kerana ‘terpesong’nya niat..

Bukan kerana Dia tapi kerana selain Dia.

Aku menutup diariku dengan sebuah lafaz dari kekasih setia Tuhan yang tercinta..
“Kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid ( ahli ibadah ) adalah seperti kelebihanku dengan orang paling rendah darjatnya dikalangan kamu.” Riwayat al Tirmidhi.

Lalu aku bergerak, menuju kejalanNya terus menerus kerana andai aku berhenti. Ertinya, ‘Aku masih Jahil...’.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls