SHOUT HERE

28 September 2011

7 Kebahagian Dalam Hidup

Bersyukur kerana masih dipanjangkan hayat usia kita. Hari ini, sebagaimana yang anda juga tahu adalah penghulu segala hari. Banyak keberkatan yang ada pada hari ini. Baiklah, mengambil berkat hari Jumaat, satu ilmu yang cuba untuk aku kongsikan ini adalah berkenaan dengan kebahagian hidup. Semua manusia inginkan kebahagian dalam hidup. Namun apakah kebahagian yang kita kecapi hari ini menepati ciri2 kebahagian hidup yang dituntut oleh agama kita??

PERTAMA : pasangan hidup yang soleh. Sebabnya sudah tentulah sifat solehnya itu akan mewujudkan suasana aman tenteram dalam rumah kita sekaligus menciptakan keluarga yang soleh. “Solehkah kita untuk pasangan kita? Persoalan tu macam kena kat batang hidung aku sendiri. Anda, bagaimana? Saya pasti anda soleh untuk pasangan anda…”

KEDUA : Kebahagian yang dituntut adalah memiliki qalbu yang yang sentiasa mensyukuri. Mensyukuri nikmat yang diperoleh dan redha dengan segala apa ujian dan musibah daripada Yang Mencipta. Jika sifat ini ada dalam diri kita, nescaya kita mudah memahami sifat2 ALLAH.

KETIGA : Memiliki usia yang berkat. Semakin alam kubur memanggil kita semakin banyak amal yang kita lakukan. Semakin banyak amal yang kita lakukan semakin rindu kita untuk bertemu denganNYA. Memetik bait indah dalam lagu “Sepohon Kayu”

“….. walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya”

KEEMPAT : Iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah. Amal ibadah kita seharian adakah mencukupi untuk membalas cinta ibu bapa kita? sememangnya kita sendiri dituntut dan dipertanggungjawab kepada ibu bapa kita untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Sebagaimana yang anda tahu, doa anak2 yang soleh dimakbulkan ALLAH.

KELIMA : Berada dalam ruang lingkup rakan-rakan yang mampu menambahkan keimanan kita dan bukannya yang merosakkan jiwa dan pegangan agama kita. Rasulullah sendiri menganjurkan kita agar selalu berdamping dengan orang2 yang soleh.

KEENAM : Sentiasa terangsang untuk mendalami ilmu-ilmu Allah. Membezakan antara seseorang adalah ilmu yang dimiliki. Ilmu itu pula seharusnya diamalkan dan dikongsi bersama bukannya diRAHSIAkan.

KETUJUH : Memiliki harta yang halal. Tiada guna jika harta yang bertimbun tetapi datangnya dari sumber yang haram dan berbahagilah anda dengan harta yang sedikit tetapi dari sumber yang halal. namun begitu, tidak beerti Islam melarang umatnya daripada mengejar kekayaan. Orang yang memiliki harta yang halal, doanya mudah dimakbulkan








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls