SHOUT HERE

25 August 2011

Program pengajian berkaitan 'kekeluargaan' wajar diwujudkan di IPTA/S?


Kali ini saya cuba untuk memberi pandangan berkaitan tajuk di atas. Namun, saya yakin sudah ada IPTA/S atau mana-mana institusi pengajian telah menawarkan program pengajian tersebut. Walaubagaimanapun, terdetik di hati saya untuk mengutarakan pandangan kewajaran program seperti ini ditawarkan. 

Keluarga Muslim
Imam Hassan Al Banna sudah mengariskan 6 matlamat jihad bagi sesebuah gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin (diasaskan sendiri oleh beliau). Matlamat yang kedua selepas  pembentukan individu muslim (matlamat pertama) ialah pembentukan keluarga muslim. Apa yang dimaksud oleh beliau dalam membentuk keluarga muslim ialah sebuah keluarga yang patut kepada perintah Allah S.W.T, mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W, menyeru manusia kepada kebaikan dan menegah manusia dari kemungkaran serta senantiasa mahu berkorban di jalan-NYA. Sebuah keluarga muslim yang berjaya dibentuk pasti akan menyumbang kepada pembentukan masyarakat muslim (iaitu matlamat ketiga). Kegagalan daripada pembentukan sebuah keluarga muslim pula pasti akan mewujudkan masyarakat yang ingkar terhadap perintah dan larangan Allah S.W.T. Oleh itu, pembentukan sebuah keluarga muslim amatlah penting bagi sesebuah negara. 

Ramai yang tidak melihat bahawa faktor kekeluargaan memainkan fungsi yang besar dalam melahirkan individu yang soleh/solehah. Sebuah keluarga yang dibentuk bertapakkan 'takwa' insya-allah akan melahirkan zuriat yang baik, soleh serta berakhlak baik. Apabila perkahwinan yang dijalinkan hanya bertujuankan nafsu mungkin akan menyebabkan masalah kepada zuriat dan rumah-tangga. 

Masalah keluarga
Saya bukanlah seorang yang berpengalaman dalam bidang kekeluargaan kerana saya sendiri belum berkahwin dan belum lagi mengetahui secara mendalam bidang ini, namun Allah S.W.T telah memberi mata untuk melihat segala kejadian-kejadian yang berlaku di sekitar sama ada kejadian yang baik atau buruk. Tidak salah saya katakan bahawa konflik di dalam sesebuah keluarga banyak mengundang kepada penceraian. Mari kita lihat statistik penceraian di Malaysia bagi tahun 2007, 2008 dan 2009. 

Bagi tahun 2007, menurut JAKIM kes penceraian yang direkodkan ialah sebanyak 20,529 kes, manakala pada tahun 2008 iaitu sebanyak 20, 289 kes dan pada tahun 2009 pula ialah sebanyak 27, 116 kes. (myMetro Online). 

Walaupun kadar kes penceraian pada tahun 2008 rendah berbanding tahun sebelumnya, tetapi kes yang direkodkan pada tahun 2009 jauh meningkat sehingga 7000 kes. Agak meruncingkan apabila melihat statistik di atas. Saya tidak berminat untuk mengulas lebih dalam punca-punca yang membawa kepada kes penceraian yang semakin meningkat itu.

Program pengajian kekeluarga tidak mempunyai peluang pekerjaan
Agak sedikit mencuit hati apabila ada segelintir pengguna FB yang melihat program ini hanya untuk mereka yang mahu berkahwin dan susah untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Ini mengambarkan betapa ceteknya pandangan mereka terhadap bidang kekeluargaan ini. Mungkin mereka melihat ianya sebagai kerja-kerja mengurus anak, memasak utk suami dan keluarga, menguruskan rumah dsb. Tidakkah anda melihat betapa luasnya bidang kekeluargaan ini. Sebagai contoh, bidang kekeluargaan boleh meliputi undang-undang sama ada daripada perspektif syariah ataupun civil, pengurusan kewangan, pendidikan anak-anak, family health and medicine, akhlak, perkhidmatan kauseling/consultancy dsb. Apabila kita menilai dari sudut marketing, saya setuju kalau bidang ini kurang di pasaran namun perlu berani untuk mencipta pasarannya. 

Walaupun tidak ada fakta menunjukkan penawaran bidang ini dapat menyelesaikan 80-99% masalah kekeluargaan termasuk membasmi kes penceraian, namun saya yakin ia mampu mengurangkan konflik kekeluargaan yang membawa kepada penceraian sekaligus mampu menyelesaikan perkara-perkara menjadi pertikaian dalam sesebuah keluarga. Sebagai contoh, mereka yang graduated  daripada jurusan pengajian kekeluargaan boleh menyediakan family counselling  servis kepada mana-mana keluarga yang memerlukan yang berkaitan dengan family-dispute resolution, family fanancial management, pendidikan anak-anak secara berkesan dsb. Sebenarnya kalau kita mengkajinya secara mendalam kita akan melihat bahawa bidang ini bukan sahaja dapat membantu dalam pembentukan sebuah keluarga muslim yang baik, tetapi buat mereka yang menceburi bidang ini, pasti peluang pekerjaan terbentang luas di dalamnya. Cuma kita yang perlu mencari inisiatifnya.  

Institusi pendidikan di luar negara sudah memulakannya
Di laman sosial Facebook, saya ada mengutarakan beberapa contoh institusi pendidikan di luar negara yang sudah mewujudkan program pengajian berteraskan kekeluargaan. Saya petik semula apa yang telah saya utarakan,

"Bidang kekeluarga bukan satu bidang yang kecil. Nmun ramai yang melihatnya sedemikian rupa. Saya boleh katakan bidang kekeluargaan merangkumi undang2 kekeluargaan (syariah / civil), kesihatan, kewangan, ethic / akhlak, dispute resolution dsb...
 

Saya bagi contoh, di Monash University sudah mewujudkan Diploma in Family medicine, manakala di Australia  pula terdapat satu institute iaitu Australian Institute of Social Relation telah menwujudkan satu lagi bidang pengajiannya yg bagi saya penting dan relevan juga apabila melihat keadaaan skrg ini. Bidang yang di tawarkan oleh institute yang saya maksudkan tadi ialah Diploma of Family Dispute Resolution.

Selain itu, di german pula, Dublin Business school telah menwujudkan bidang yang berkaitan kekeluargaan juga iaitu Diploma in Family Law. Ada juga program yang ditawarkan pelik bunyinya namun agak relevan juga di Malaysia sebab memang ada orang asli kan? Universiti of Manitoba ada menawarkan program diploma kanak-kanak orang asli dan perkhidmatan keluarga.

American university in cairo pun ada menyediakan program diploma in family counselling jelas menunjukkan bidang kekeluargaan bukanlah suatu skop yang kecil. Saya bagi contoh yang terakhir, Independent College Dublin juga ada menyediakan program Diploma in Family History-Geneology.

Bagi saya, keluarga yg berjaya akan membantu dalam pembentukan sebuah negara idaman"  


Kesimpulan
Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah penekanan terhadap pendidikan berteraskan kekeluargaan. Saya  menyokong penuh sekiranya ada mana-mana institusi pendidikan yang bersedia menawarkan program berbentuk pendidikan kekeluargaan kerana seperti mana yang saya utarakan di atas, sesebuah keluarga yang baik akan membantu kepada pembentukan sebuah masyarakat yang baik dan sebuah masyarakat yang baik akan membentuk sebuah negara yang baik. Dan saya melihat institusi pendidikan sebagai medium untuk memperkasakannya. Namun saya jauh lebih menyokong sekiranya program kekeluargaan yang ditawarkan berpandukan Islam.


pemuda umar
25 Ogos 2011
15:32


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls