SHOUT HERE

26 August 2011

PEPERANGAN INTELEK


Kali ini saya terdetik untuk membincangkan perihal 'Perang Intelektual'. Istilah ini saya temui di dalam karya Harun Yahya yang bertajuk 'Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam'. Cukup menarik untuk kita bincangkan perihal 'perang intelek'. Namun begitu, saya bukanlah seorang yang pakar mengutarakan/membincangkan sesuatu secara detail. Namun saya sedang 'berjinak-jinak' dengannya dan insya-Allah akan cuba untuk menghuraikannya dengan baik. 

Nabi SAW ada bersabda di dalam satu hadith, "Sesungguhnya hikmah itu milik orang-orang yang beriman. Maka sesiapa yang menjumpainya maka dia berhak ke atasnya". Daripada pembacaan saya berkaitan hadith ini, apa yang di maksudkan oleh Nabi S.A.W 'hikmah' ialah ilmu pengetahuan. Saidina Ali pernah berkata ketika beliau ditanya berkenaan ilmu dan harta. Salah satu jawapan yang beliau berikan ialah, ilmu itu menjaga tuannya sedangkan harta tuannyalah yang terpaksa menjaganya. Betapa ilmu itu tinggi darjatnya dan meninggikan darjat si empunya. 

Ilmu batil
Semalam saya ada menghuraikan sedikit berkaitan Agama batil dan dalam perenggan ini saya cuba untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai 'ilmu batil'. Ilmu batil boleh difahami sebagai satu fahaman yang songsang, membawa kemudaratan kepada mereka yang mempelajarinya dan orang lain. Semestinya ilmu batil membawa mereka ke kancah kemusnahan intelek dan keruntuhan sahsiah. Ini kerana suatu ilmu/hikmah yang baik pasti akan membawa kemaslahatan kepada empunya dan orang lain serta mampu memperbaiki diri dan meningkatkan darjat di sisi Allah SWT. Namun ilmu batil menjauhkan manusia dari Allah dan memadamkan cahaya Iman di hati.

Mempelajari ilmu hitam, mempercayai perkara-perkara khurafat, tahyul, menganuti ideologi-ideologi sesat seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, darwinisme (dasar kepada komunisme-darwinisme), dan sebagainya semua itu adalah ilmu batil yang menyesatkan. Harun Yahya di dalam karyanya  'Jihad menentang agama batil'  menjelaskan bahawa semua ideologi-ideologi tersebut sebagai 'agama batil' dan melalui perspektif intelek itu merupaka ilmu batil.

Peperangan Intelek
Kebiasaannya, di dalam peperangan apa sahaja, terdapat sedikit 'mutual understanding' di antara kedua pihak yang sedang berperang. Mungkin ada tertanya-tanya 'mutual understanding' apa yang wujud ketika mana dua pihak sedang berusaha mengalahkan pihak yang lain. Mudah sahaja untuk menjelaskannya, apabila peperangan berbentuk ketenteraan (military attack)  di lancarkan oleh satu pihak, maka pihak yang kedua turut melancarkan perang ketenteraan. Maka ia dikira sebagai 'mutual understanding indirectly'. 

Maka apabila hendak berjihad, maka kita mestilah mengetahui bentuk jihad yang perlu kita lakukan. Ini berdasarkan kemampuan dan persekitarakan kita. Said Hawwa dalam karyanya iaitu 'Jundullah' mengariskan beberapa cara jihad, iaitu jihad dengan lisan, jihad dengan pendidikan dan pengajaran, jihad dengan tangan dan jiwa, jihad harta dan jihad politik (siyasah). Kemudian, Harun Yahya dalam karyanya berjudul 'Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam' menengaskan bahawa perlunya ada perang intelek (jihad dengan intelek).
 
Hal ini kerana para orientalis barat menyerang ummat Islam melalui lapangan ilmu sehinggakan mereka berjaya meragukan segelintir ummat Islam terhadap agama Islam. Contohnya, di antara slogan yang sering mereka laungkan bagi menyokong dasar pentadbiran ketenteraan George W. Bush ialah 'Islam tersebar mengunakan pedang'. Maka masyarakat antarabangsa akan melihat Islam sebagai agama keganasan (terorisme). Ini di tambah pula konspirasi global iaitu keruntuhan menara berkembar World Trade Center di U.S.  Selain itu, ada banyak ideologi-ideologi, fahaman-fahaman yang menyesatkan dan sengaja diwujudkan demi memastikan pemikiran ummat Islam terpesong dari ketuhanan. Mereka yang lemah intelektualnya pasti akan terpengaruh. 

Anda mungkin pernah terdengar istilah 'free thinker'. Free thinker adalah golongan ilmuan yang berfikiran sekular (pemikirang yang memisahkan agama dengan urusan kehidupan). Bagi mereka, agama adalah agama dan urusan kehidupan adalah urusan kehidupan dan tidak wajar dikaitkan dengan agama. Kebiasaannya golongan free thinker dikaitkan dengan golongan aties (tidak mempercayai agama tuhan dan menolak agama). Kumpulan free thinker ini selalunya berada di institusi-institusi pengajian tinggi seperti universiti dan sebagainya.

Selain itu, para orientalis zionis pula telah menyerang ummat Islam dengan ideologi nasionalisme. Nasionalisme beRerti suatu fahaman fanatik terhadap negara sendiri (semangat kebangsaan) sehingga mengabaikan tanggungjawap terhadap negara lain. Saya boleh sebut ianya merupakan strategi golongan orietalis zionis dalam memastikan sistem pemerintahn Khilafan tidak wujud dan tidak dihidupkan lagi. Maka apabila semangat nasionalis menebal di kalangan para pemimpin negara, ia akan menjadikan pemimpin tersebut 'tutup mata' apabila ada ummat Islam di negara lain yang dibantai. Kononnya itu urusan dalaman negara mereka seperti apa yang berlaku di Chechnya dan Palestine.

Maka dari itu, perlunya satu peperangan intelek di mana segala fahaman-fahaman dan ideologi sesat dikuburkan melalui hujah, fakta, kajian saintifik dan sebagainya. Sebagai contoh, Di awal munculnya buku 'the origin of species' yang ditulis oleh Charles Darwin, begitu ramai yang menerimanya bulat-bulat. Kononnya, alam dan segala hidupan di dalamnya melalui satu proses evolusi tanpa ada yang menciptanya. Namun, tahun berganti tahun, akhirnya teori ini dibatalkan oleh sains apabila kajian demi kajian dilakukan dan hasilnya teori itu tidak dapat disokong oleh mana-mana penemuan saintifik. Malangnya, golongan ateis yang sekian lama mencari dasar/ tapak kepada ketidak-percayaan mereka kepada Tuhan mengambil peluang ini dengan menjadikan teori evolusi yang diasaskan oleh Darwin sebagai dasar fahaman mereka iaitu komunisme-sosialisme dan materialisme. 

Bagi mereka yang jahil, pasti tidak akan menyedari akan hal ini dan boleh jadi secara tidak sedar mereka sendiri terikut-ikut dengan fahaman sesat seperti mana yang saya utarakan di atas. Hal ini boleh kita buktikan dengan melihat anak-anak muda sekarang ini. Budaya hedonisma semakin berleluasa, materialisme menjadi tumpuan anak-anak muda dan tidak kurang pula yang sudah berumur. Culture shock telah membunuh sahsiah anak-anak muda, lelaki dan wanita. Inilah dinamakan sebagai serangan saraf dan serangan ini tidak akan mereka ketemui kecuali setelah mereka mengkaji kelemahan-kelemahan ummat Islam. Mungkin kita pernah dengar, " Islam tidak boleh ditundukkan dengan mengunakan pedang, namun mereka mampu ditundukkan dengan membuang Rubbubiyyah di dalam diri mereka. 

Kesimpulan
Mungkin ada yang kurang bersetuju akan 'perang intelek' sama ada ia adalah suatu kewajipan, keterdesakan atau selainnya. Namun apa yang saya ingin tekankan di sini ialah jihad intelek adalah perlu dan tidak semua yang mampu menceburinya. Ada sesetengah dari ummat Islam yang mampu melakukannya kerana mungkin disebabkan minat mereka terhadap lapangan keilmuan. Bagi saya, Harun Yahya adalah salah seorang Mujahid Intelek selain dari Dr Zikir Naik kerana kepakarannya dalam bidang sains dan al-quran (beliau pernah berdebat dengan penulis buku sains yang digunakan di IPTA/S iaitu Dr William Cambell). Wallahu 'alam...

Pemuda Umar
26 Ogos 2011
23:15



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls