SHOUT HERE

23 August 2011

Pelajar IPTA cedera rakan kelar leher


SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok di sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli berumur lingkungan 20-an sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.
“Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek tersebut rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berkfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.
“Dipercayai suspek baru putus tunang sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali telah mengelar leher mangsa,”katanya.
Hashim berkata mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.
“Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh,” katanya.
KOMEN:
Terkejut bila dapat tahu berita ini. Apatah lagi tempat kejadian merupakan tempat saya belajar sekarang. Disebabkan cuti semester bagi pelajar 'degree', maka saya tidak berada di sana. 
Namun yang menjadi persoalan saya ialah, mengapa pelajar itu berani melakukannya? 
Dikatakan pelaku melakukan jenayah tersebut disebabkan tekanan akibat dari 'putus tunang' lalu mengelar si mangsa. 
Tapi apa kaitan si mangsa dengan masalah 'putus tunangnya'? Dan kenapa si mangsa yang menjadi mangsa si pelaku? Semoga jawapan segera ditemui....
Pesanan: apabila amarah menguasai diri, segala kebaikan tidak lagi beerti...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls