SHOUT HERE

25 August 2011

Hati yang diibaratkan sebagai Rumah


Ada tiga macam rumah, Pertama Rumah raja, di dalamnya ada simpanannya, tabungannya serta perhiasannya. Kedua Rumah hamba, di dalamnya ada simpanan, tabungan dan perhiasan yang tidak seperti yang dimiliki seorang raja. Ketiga adalah adalah Rumah kosong, tidak ada isinya.

Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya? Apabila anda menjawab, ia akan masuk rumah kosong, tentu suatu hal yang tidak masuk akal, kerana rumah kosong tidak ada barang yang dapat dicurinya,

Kerana itulah dikatakan kepada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu, bahawa ada orang-orang Yahudi mengatakan bahawa di dalam solat, mereka ‘tidak pernah terganggu’, Maka Ibnu Abbas berkata: “Apakah yang dapat dikerjakan oleh syaitan dalam rumah yang sudah rosak?”

Apabila jawapan anda adalah: “Pencuri itu akan masuk rumah raja.” Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil, kerana tentunya rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentera, sehingga pencuri tidak dapat mendekatinya.

Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para penjaga dan tentera senantiasa siap sedia di sekitar raja?

Sekarang tinggal rumah ketiga, maka hendaklah orang-orang berakal memerhatikan permisalan ini sebaik-baiknya, dan menganalogikannya (rumah) dengan hati,kerana inilah yang dimaksudkannya.

Hati yang kosong dari kebajikan, iaitu hati orang-orang kafir dan munafik, adalah rumah syaitan, yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah rangsangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada di dalamnya hanyalah peninggalan syaitan, simpanannya dan gangguannya? (rumah ketiga).

Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta’ala dan keagungan-Nya, penuh dengan kecintaanNya dan senantiasa dalam penjagaan-Nya dan selalu malu darinya, syaitan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, apa yang akan dicurinya? (rumah pertama).

Hati yang di dalamnya ada tauhid Allah, mengerti tentang Allah, mencintaiNya, dan beriman kepadaNya, serta membenarkan janjiNya. Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati ini ada di antara dua hal. Kadang kala hatinya cenderung kepada keimanan, ma’rifah dan kecintaan kepada Allah semata, dan kadang kala condong kepada panggilan syaitan, hawa nafsu dan tabiat tercela.(rumah kedua)

Hati semacam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. Dan Allah memberikan pertolongan-Nya kepada yang dikehendakiNya. “Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi maha bijaksana.”(Ali Imran:126)

Syaitan tidak dapat menggangunya kecuali dengan senjata yang dimilikinya, yang dengannya ia masuk dalam hati. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata-senjata yang berupa syahwat, syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati.

Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seseorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mengimbangi serangan tersebut, dan kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia akan mampu mengalahkan syaitan. Tiada daya da kekuatan kecuali dari Allah semata.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls