SHOUT HERE

16 August 2011

Agama Batil...Wujudkah???



‘Agama Batil’ adalah suatu konsep yang menolak agama sepenuhnya dan menafikan kewujudan Allah s.w.t.'


Sesetengah pembaca mungkin berfikir bahawa Darwinisme dan materialisme tidak mungkin menjadi asas penting bagi sistem kekufuran disebabkan sebahagian besar manusia tidak langsung menyedari konsep ini dan jauh dari mengamalkan sistem tanpa agama apatah lagi untuk memisahkan kehidupan daripadanya. 


Seimbas pandang, kenyataan ini ada benarnya; di zaman ini manusia cenderung hidup tanpa sebarang nilai kewarasan akal fikiran. Keinginan-keinginan seperti mengejar wang ringgit dan membina gaya hidup yang ekstrem memenuhi setiap aspek budaya dan sosial yang lazim, khususnya di kalangan remaja. Budaya ini mengabaikan kepentingan tarbiyah naluri seperti persoalan, Bagaimana saya wujud? atau, Siapakah yang mencipta saya? Manusia tidak pernah terfikir untuk mempersoalkan maksud penciptaa mereka atau pun pembohongan yang jelas dilakukan di dalam teori evolusi. 


Bahkan, mereka disibukkan dengan pelbagai isu yang remeh-temeh seperti kehidupan selebriti dan gosip hangat bintang pujaan yang sebenarnya mempunyai pengaruh kerosakan yang besar sekaligus menutup mata hati mereka dari memikirkan hakikat penting yang lain seperti soal kewujudan dan maksud penciptaan. 


Apa yang menjadi rutin harian seperti mencari kebendaan dan masalah remeh-temeh terus menerus menguasai akal mereka. Ringkasnya, individu yang meletakkan kepercayaan mereka terhadap Darwinisme sepenuhnya dan secara sedar menganut falsafah materialis bukanlah merupakan bahagian yang besar di dalam masyarakat; majoriti manusia yang hidup jauh daripada pegangan agama adalah kerana tidak menggunakan akal fikiran.


(Harun Yahya, Jihad Menentang Agama  Batil)

*Petikan yang perlu sama-sama kita bincangkan. Jom! Sila tinggalkan komen anda mengenai petikan di atas. 

1 comments:

MOHD MAHATHIR SUGUA said...

Menurut harun yahya di dalam bukunya, apa yang dimaksudkan ialah 'agama batil' ialah,

"yang kami maksudkan sebagai agama batil adalah ideologi seperti materialisme, komunisme, Darwinisme (asas saintifik bagi ideologi tersebut) dan beberapa sistem lain yang berasaskan kepada kemungkaran."

beliau menambah bhwa ideologi2 di atas telah bergerak seiiring dengan peredaran masa sehinggakan para penganutnya mempunyai idola-idola masing2 dan sumber-sumber rujukan tersendir. Sy bg contoh, ada yg menjadikan Karl Marx sbgai idola dll....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls