SHOUT HERE

14 July 2011

SEMUA RAKYAT AKAN MENJADI KAYA & Malaysia akan jadi WORLD RESERVED BANK

Jika pemerintah melaksanakan formula ini SEMUA RAKYAT AKAN MENJADI KAYA dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi WORLD RESERVED BANK.
Beliau menggunakan pendekatan matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak dunia benar benar merugikan negara hingga terpaksa mengurangkan subsidi(WAJIB BACA SEMUA RAKYAT MALAYSIA)


BOLEHKAH HARGA BAHAN API DITURUNKAN?
Ya boleh! malah boleh diturunkan dengan HANYA 30 selitre sekalipun jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang sekaligus boleh menghapuskan kemiskinan.FORMULA INI DITEMUI DALAM TAHUN 2008.
DIPASARAN DUNIA HARGA BAHAN API NAIK DAN TURUN tetapi di malaysia TIDAK pernah sekali turun.
Dengan dengan ini sesiapa boleh faham yg ini membuktikan harga minyak di malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia.Ketika negara kita minyak RM2.70 negara lain ada yg hanya 16sen selitre.



MENGAPA BOLEH DIJUAL BEGITU MURAH SEKALI?
Untuk memudahkan orang awam faham,ambil contoh kelapa sawit.Kita adalah negara pengeluar,kalau dulu harga sawit RM1000 satu tan, sekarang dah jadi RM3000,kita untung atau rugi?Sudah tentula untung 3kali ganda.
Begitu juga dengan minyak mentah.Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum(OPEC).Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong sehari pada kadar USD130 setong(DENGAN KADAR TUKARAN MATAWANG RM3.80 UNTUK US1.00 KETIKA DULU)ini bermakna PEROLEHAN setahun adalah USD 33 BILLION iaitu melebihi RM 126 BILLION setahun.

Dengan anggaran PEROLEHAN melebihi RM 1 TRILLION untuk 10 TAHUN pada kadar yang disebutkan tadi,bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya?Jika benar RAKYAT DIDAHULUKAN sudah tentula jual murah didalam negara tapi yg berlaku adalah sebaliknya.Inilah HASIL NEGARA yg sepatutnya dinikmati oleh rakyat tapi tidak terjadi begitu.

MAKNANYA KENAIKAN HARGA MINYAK DUNIA TIDAK MERUGIKAN NEGARA?
Ya benar! bukan sahaja tidak merugikan negara malah sebaliknya mendapat untung BERGANDA. Seperti kelapa sawit ramai yang tahu tapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak.Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari.Oleh kerana minyak dijual dalam DOLLAR AMERICA,bagi memudahkan perbandingan,anggapkan kadar tukaran RM kepada USD RM3.50 untuk USD1.
 
Harga minyak pada January 2007 adalah USD50 iatu RM175 setong.Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 BILLION,Jun 2008 harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong.Justeru PEROLEHAN setahun hingga Jun 2009 adalah kira kira RM123 BILLION,ini memberikan LEBIHAN UNTUNG RM78 BILLION.Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel.Oleh itu KEUNTUNGAN SEBENAR hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

DENGAN RM78 BILLION LEBIHAN UNTUNG LEBIH BANYAKLAH SUBSIDI?
Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan,APATAH LAGI JIKA ADA SUBSIDI.Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yg KONONNYA kenaikan harga minyak dunia.Ramai yang ingin tahu KEMANA PERGINYA lebihan untung RM78 BILLION ini?Lagila tidak logic kita terpaksa pula mengurangkan subsidi.Kita bukan Singapura dan kita tak boleh ikut Singapura kerana ia negara PEMBELI bukan pengeluar.HARGA DIKILANG TAK SAMA DENGAN HARGA DIKEDAI.

BENARKAH ADA SUBSIDI DAN SIAPAKAH YG MENERIMANYA?

Ketika minyak mentah berharga USD130 setong bersamaan RM455 setong(pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1)kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 dengan subsidi RM0.30sen menjadikanya RM2.70 selitre.JIKA BENAR ADA SUBSIDI,adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas,Shell,Mobil,Caltex,BH​P dan lain lain?Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu pada syarikat asing tersebut MUSTAHIL mereka mahu jual harga sama dengan Pteronas iaitu RM2.70 selitre. 

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat jumlah subsidi(sama ada dari kerajaan atau Pteronas atau kedua dua nya sekali)tentu mereka menjual mengikut harga yg memberikan keuntungan masing masing sebagaimana yang dijual di negara lain.Sebab itu harga Shell di Singapura lebih mahal.Tinjauan saya mendapati pengusaha station minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing.Daripada jumlah itu mereka hanya memperoleh komisyen RM0.095.Ini bermakna pengusaha station minyak bukan penerima subsidi.Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing.Lebih 80% daripada RM33 BILLION SUBSIDI DIBAYAR KEPADA SYARIKAT ASING.

JADI BERAPAKAH SEBENARNYA SUBSIDI MINYAK PADA RAKYAT?
Berdasarkan RM33 BILLION yang dikatakan tadi,kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalan setahun adalah kira kira 110 BILLION litre.Lebih kurang 301 JUTA litre sehari.  

Mengikut laporan pada 2007 terdapat 3,098 station minyak diseluruh negara dengan 40% daripadanya,terutama yang dibandar besar dan lebuhraya beroperasi 24jam.Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap station minyak adalah sebanyak 97 RIBU litre sehari atau hampir 3 JUTA litre sebulan.Suatu angka yg SUKAR diterima untuk sebuah station minyak kerana secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 litre.
JIKA BENAR ADA SUBSIDI maka angka2 angkanya mesti benar dan selari dengan pengiraan matematik tadi,tapi kerana angka angkanya tidak sekata ,maka keputusan ini MENIDAKKAN dan MENOLAK dakwaan kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 selitre atau RM33 BILLION setahun.ADA ATAU TIDAK SUBSIDI MINYAK UNTUK RAKYAT?anda yg menentukan jawapannya.

JIKA TIADA SUBSIDI RAKYAT TERPAKSA MEMBELI DENGAN HARGA YANG MAHAL?
Sepatutnya tidak,salah satu cara TERBAIK untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus KEUNTUNGAN Petronas kedalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual didalam negara.Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual petrol dengan harga lebih rendah.Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan jualan minyak.Tindakan inilah yg sebenarnya menangkis persoalan kemanakan perginya keuntungan Petronas.Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP,Esso,Caltex,Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas.Itupun Petronas tetap MENGAUT KEUNTUNGAN BERBILLION RINGGIT.
Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit.Inikan pula USD138 setong (RM483).Bila untung dua kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

BENARKAH STOK MINYAK KITA AKAN HABIS?
Tuhan jadikan Malaysia unik.Laluan gempa bumi pun tidak perempuh Malaysia.Telaga minyak kita macam telaga air di kampung,DICEDOK BANYAK MANA PUN TAKKAN HABIS.Minyak kita kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong.Saya banyak mendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan dikawasan carigali.Untuk satu jangka YANG AMAT lama lagi dakwaan ini tidak benar.Kalau habis pun saya percaya ketika itu minyak bukan lagi bukan merupakan sumber utama tenaga.

FORMULA INI TELAH PROF CIPTA SEMENJAK 2008,TETAPI TIDAK DITERIMA KERAJAAN APA KOMEN PROF?

Sebagai rakyat biasa yang prihatin,saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu.Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet.Pada pendapat saya,model ekonomi yg digunapakai sekarang adalah betul pada kerajaan tapi SALAH PADA RAKYAT.

AKHIRNYA APA HARAPAN PROF?
Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat.Saya bersedia berkongsi formula ini dengan mana mana pihak terutamanya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini,supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata InsyaAllah,jika pemerintah melaksanakan formula ini SEMUA RAKYAT AKAN MENJADI KAYA dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi WORLD RESERVED BANK.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls