SHOUT HERE

09 June 2011

PARA DA'IE YANG BERADA DI PINGGIR DA'WAH

Oleh: Fathi Yakan

Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat.


Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah.

Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicita-citakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu....!

Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…!
Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!

قدرشحوك لامرلوفطنت له، فاربابنفسك ان ترعىمع الهمل

Sesungguhnya anda sudah dicalonkan unuk tugas itu....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan

‘Amal dalam Islam merupakan usaha, yang bertujuan merombak masyarakat Jahiliyyah dalam segala seginya; kemudian membangun masyarakat Islam dalam segala aspek kehidupan! Jadi, mencabut kebudayaan Jahiliyyah sampai ke akar-akarnya, baik Jahiliyyah cara berfikir, atau Jahiliyyah susunan masyarakat, atau Jahiliyyah budi pekerti! Hal itu bererti, bahawa para da’iee harus berhadapan dengan mereka yang menyiarkan dan mempertahankan kebudayaan, cara berfikir, budi pekerti, dan segala Ajaran Jahiliyyah itu! Tujuan terakhir dari da’wah ialah menegakkan agama Allah di bumi ini, dan meruntuhkan kekuasaan Thaghut....

Jalan yang begini sukar menempuhnya, dan tujuan yang begitu agung, di samping tugas yang begitu berat, tentu saja sukar untuk dipikul oleh petugas yang lemah imannya. Yang sanggup mengerjakan tugas itu hanyalah para penda’wah yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang menegakkan agama Allah...., mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya selain Allah dan Rasul-Nya. Mereka bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup dunia dan segala keinginannya.

Mereka tidak mahu mengarahkan kegiatannya untuk meni’mati godaan dunia ini, dengan segala ragamnya....!

( وََأمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ اْلهَوَى ( 40 ) َفإِنَّ الْجَنََّة هِيَ اْلمَْأوَى ( 41

“Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia melarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang akan menjadi tempat menetap……(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)

Ber’amal untuk Islam belumlah dapat dijangkau oleh para penda’wah yang berda’wah hanya dengan lisan saja, hanya berbicara meyampaikan ajaranajaran Islam kepada masyarakat! Kata-kata yang diucapkannya itu harus disertainya dengan niat yang ikhlas, hidup untuk Islam, mati kerana Islam... tidak pernah lengah kerana berdagang dan berjual-beli. Ia tidak pernah lupa untuk mengingati Allah, dan berjuang untuk menegakkan agama Allah....!

إِنَّ الّلهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ َأنفُسَهُمْ وََأمْوَاَلهُم بَِأنَّ َلهُمُ ا َ لجنََّة يَُقاتُِلو َ ن فِي سَبِيلِ الّلهِ
َفيَ ْ قتُُلو َ ن وَيُ ْ قتَُلو َ ن وَعْدًا عََليْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالُْقرْآنِ وَمَنْ َأوَْفى بِعَهْدِهِ مِنَ
الّلهِ َفاسْتَبْشِرُوْا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وََذلِكَ هُوَ اْلَفوْزُ الْعَظِيمُ

“Mereka bejuang untuk menegakkan agama Allah; akhimya mereka membunuh musuh kemudian terbunuh itulah janji Tuhan yang benar, yang telah termaktub dalam Taurat, Injil dan Qur-an. Dan tidak ada siapa pun yang lebih sempurna menepati janjinya dari Allah. Oleh sebab itu bergembiralah kamu dengan perdaganganmu yang telah kamu iqrarkan. Dan itulah dia, kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 111)

Para penda’wah perlu mengingati bahawa memang sebenarnya jalan ke syurga itu sulit dan sempit. Barang dagangan Allah itu hanya dapat dijangkau oleh mereka yang mahu membayar harganya dan mencukupi perhitungannya! Sungguh tepat penjelasan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam, pada waktu baginda bersabda:

من خاف ادلج ومن ادلج بلغ المنزل. الا اسلعة الله غالية ألا ان سلعة
الله الجنة (رواه الترمذي ولحاآم)

“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga” (Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).

Syadad Ibnu’l-Hadi pernah berkata: “Dahulu ada seorang laki-laki Badui datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu menyatakan Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam bahawa dia beriman dan mengikuti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

Kemudian ia berkata:

اهاجرمعك
“Saya ingin hijrah bersama-sama dengan Rasulullah”

Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menasihatkan kepada beberapa orang sahabat, supaya memelihara orang itu. Kemudian tibalah sa’atnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berangkat ke Perang Khaibar. Di sana beliau berhasil menang dan memperoleh banyak harta rampasan perang.

Beliau lalu membagi harta itu. Beliau sendiri, dan orang Badui itu sama turut dapat bahagian. Lalu orang Badui itu berkata:

ماعلى هذا اتبعتك ولكن اتبعتك ان ارمى هاهنا (اوأشارالى خلقه بسهم)
فاموت فادخل الجنة
“Bukanlah untuk memperoleh harta ini aku mengikuti Rasulullah! Aku mengikuti

Rasulullah kerana ingin kena lempar di sini dengan ini (sambil menunjuk ke lehemya dan ke anak panah) , agar supaya aku mati dan lalu masuk syurga.”

Mendengar kata-katanya itu, RasuluLlah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

ان تصدق الله ليصد قنك الله
“Jika anda berkata benar, kerana Allah, tentu Allah akan membenarkan kata-katamu itu.”

Kemudian mereka tegak kembali, untuk melanjutkan pertempuran.

Akhirnya orang itu dibawa ke hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dalam keadaan ia sudah syahid. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu bertanya:

أهوهم؟
“Benarkah dia..?

Para sahabat menjawab:
نعم
“Ya benar!”

Akhirnya Rasulullah bersabda:
صدق الله فصد قه.
“Dia benar-benar berjuang kerana Allah, maka Allah membenarkan kata-kata yang telah diucapkannya”

Wahai para da’ie! Inilah dia jalan ke syurga! Perjuangan yang terusmenerus, pekerjaan yang tak kunjung selesai! Semuanya disertai keinginan untuk termasuk golongan syuhada’!

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا َلنَهْدِيَنَّهُمْ سُبَُلنَا وَإِنَّ اللَّهَ َلمَعَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)

Retrived from http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6403

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls