SHOUT HERE

03 June 2011

MONOLOG SI PEMUDA

Jiwaku kosong Ya Allah,
Penat sudah ku memikirkan
Nasib ummat yang tiada berkesudahan

Saban hari,
Diri termenung jauh
Mengenang derita ini
Fikiranku menjadi buntu

Sesekali ku tersenyum kembali
Kerana inilah ujian Ilahi
Ujian tanda Cinta Allah kepada hamba-Nya

Kini ku memacak tekad,
Di teratak kecil ini
Pemuda Umar bermonolog kembali
Menyatakan pendiriannya
Untuk berubah kepada MINDA SIASAH

Atas tujuan dakwah,
Demi mengembalikan kegemilangan Islam
Dan Kerana-Mu Ialhi
Ku kembali ke Jalan ini
Dengan cita-cita baru
Menerobos sempadan diri
Biarkan apa orang kata
Kerana ku yakin
Kebenaran itu akan tertegak suatu ketika nanti

Pemuda umar kembali bermadah
Dengan nafas baru
Demi mencapai cita-cita tinggi
Yang diteguhkan dengan jiwa yang besar
Bahawa ku akan terus mara
Menerobos segala sempadan yang menghalang
Melalui medan minda siasah

Ayuh bersamaku sahabat
Kita melangkah dengan keyakinan
Menyulam cinta pada Ilahi
Mengenggam bara perjuangan Nabi 
Membebaskan belenggu kezaliman thagut

Ya Allah,
Berikanlahku kekuatan
Untuk menulis kembali di wadah ini

Ku mahukan ketajaman penaku
Menusuk ke kalbu insan
Biarkan penaku
Setajam pena Syed Qutb
Hingga menjengah ke tali gantung!

Allahuakbar!

~monolog pemudaUmar~
13.07 pm

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls