SHOUT HERE

01 March 2011

Marilah kepada-KU wahai hamba-KU




Marilah kepada KU wahai hamba-hamba KU...
Bersegeralah pulang, ke pangkuan KU...
Aku tetap menerima mu, percayalah pada KU...
Kamu hamba ciptaan KU, lemah dan lalai adalah watak mu...

Aku mahu kau akuilah kelemahan itu...
Setiap kali bersalah kamu datanglah kepada KU...
Mengakuilah bersalah dan menangislah di depan KU...
Tanda penyesalan yang tidak sudah...

Ketahuilah wahai hamba KU rintihan orang yang berdosa...
Lebih AKU cintai daripada tasbih para Auliya'...
Jangan bertangguh-tangguh lagi...

Siapalah yang tidak bersalah, kamu adalah hamba...
Aku suka kepada orang yang mengaku salah, Aku cinta kepada orang yang bertaubat...
Wahai hamba-hamba KU, mintalah ampunan daripada KU...
Aku tetap menerima mu, bukankah aku TUHAN mu...?
Kasih KU kepada mu melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya...

DEMIKIANLAH PESANAN ALLAH KEPADA HAMBA-HAMBANYA MENGIKUT KETERANGAN AL QURAN DAN AS SUNNAH

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls