SHOUT HERE

02 March 2011

Manakah yang menjadi pilihan antum?





Manakah yang menjadi pilihan hati anda?

Bangunan besar berwarna ungu?

Atau kereta mewah berwarna merah?

Atau lelaki daif berjubah putih? (^_^)

Rumah yang mewah, lengkap dengan segala perabot, katil yang mewah, bilik yang luas, bilik mandi yang selesa, dapur yang lengkap dengan segala barang-barang keperluan, televisyen yang besar serta rumah yang lengkapi dengan taman yang indah menjanjikan kehidupan yang selesa. Namun begitu, persoalannya ialah sejauh manakah keselesaan itu? Diri manusia terbahagi kepada dua elemen iaitu jasad dan roh. Kedua-dua elemen ini mempunyai fitrahnya masing-masing. Jasad memerlukan makanan untuk terus bertenaga, air yang mencukupi, rehat, pakaian, tempat tinggal, segala kemudahan yang memudahkan dan lain-lain. Sedangkan roh juga memerlukan makanannya yang tersendiri.

Makanan Roh
Apakah yang dikatakan sebagai makanan roh tadi? Iaitulah solat, puasa, zikir, membaca dan memahami isi al Quran, tazkirah (peringatan) dan lain-lain lagi yang mampu mengisi rohani kita. Ramai yang sering mengadu, "aku rasa macam kosong je", "em...mcm tiada semangat je aku ni", "Seperti ada sesuatu yang kurang je aku rasa ni"....dan mcm-mcm luahan lagi lah. Semua itu berpunca dari rohani yang tidak diberi makan. Pernah suatu ketika sewaktu di UiTM Sabah, saya menjadi tidak bersemangat, buat itu tak kena, buat ini tak kena, asyik lemah je dan nampak lain daripada sebelum itu.  Tapi adalah seorang hamba Allah ni yang saya sendiri x sangka dia perhatikan saya sejak 2-3 hari lalu. Suatu petang yang indah dan tenang, dia berjumpa dengan saya lalu menanyakan keadaan ana, emm...dipendekkan cerita, dia tahu la yg ana tak baca al-quran 2 hari. Kemudian dia pesan, "dik, jangan sesekali tinggal al quran, kalau kita tinggal al quran 3 hari, pasti hati kita akan kosong." Jadi bagaimana kalau tinggal al quran seminggu, sebulan, atau berbulan2...astagfirullah. Betapa pentingnya makanan rohani kerana ia mencorak diri kita.

Oleh itu, pilihlah lelaki da'if berjubah putih ye....(^_^)

1 comments:

abu idris said...

1924 M - 2011 M, Malapetaka 87 Tahun Keruntuhan Khilafah

Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah telah runtuh pada tahun 1924.

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls