SHOUT HERE

15 March 2011

BICARA TENTANG TAWAKKAL


Orang yang kuat tawakalnya,
Dapat menjalankan ibadat dan mengerjakan kebaikan dengan tenteram (khusuk). Sedangkan orang yang tidak menyerahkan diri kepada Allah tidak akan dapat beribadat dengan baik, bahkan tidak sempat sama sekali sebab fikirannya selalu tertumpu kepada rezeki, keperluan2 dan maslahat2 lain. Orang yang lemah hatinya, kemungkinan besar tidak akan dapat menjalankan ibadat dengan tenang kecuali setelah dia mendapat rezeki yang dikejar-kejarnya.

Dia selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Yang Esa. Dia tidak mengabdikan diri kepada Allah, tidak terpengaruh oleh pelbagai fikiran sehingga seolah-olah lapang dadanya dan jauh dari pemikiran yang remeh, sebaliknya terbuka peluang yang luas baginya untuk beribadat kepada Allah.


TAWAKAL, KEKUATAN & KEMAMPUAN VS RINTANGAN & BAHAYA
"sesungguhnya keadaan  yang berjalan di atas bumi ini ada dua, yang bertawakkal dan yang sembarangan."

Orang yang sembarangan mengerjakan sesuatu perkara sesuka hatinya sahaja asalkan dia mempunyai kekuatan dan keberanian tanpa memikirkan rintangan dan bahaya. Sedangkan orang yang bertawakal akan sentiasa menghitung kekuatan dan kemampuannya  terlebih dahulu sebelum dia mengerjakan sesuatu. Dia juga mempertimbangkan keadaannya  dahulu berserta keyakinan yang mantap terhadap jaminan Allah s.w.t sehingga dia mengantungkan sepenuhnya kepada Allah. Dengan itu, dia tidak merasa bimbang, walaupun setelah mendengar ucapan orang yang cuba menakut-nakutkannya, malah dia langsung tidak menghiraukan godaan dan pujukan syaitan.

LEMAH AGAMA
Orang yang lemah agamanya selalu sahaja maju mundur, lelah dan bingung bagai keldai dalam kandang atau ayam dalam reban yang hanya menunggu waktu untuk diberikan makanan oleh tuannya. Jiwanya membeku, tidak pula sanggup untuk berfikir lagi, semangatnya mudah patah, bahkan tidak mampu untuk memikirkan perkara-perkara yang tinggi lagi mulia. Sekalipun  ada, dia tidak akan mampu mencapai tujuan itu dengan sempurna.

FORMULA MENJADI ORANG KUAT
Sabda Nabi S.A.W;
"Barangsiapa ingin menjadi orang kuat, hendaklah dia bertawakal kepada Allah"

Tawakal bukan bererti berdiam diri menanti datangnya rezeki tanpa berusaha sebaliknya tawakal bererti berusaha bersungguh-sungguh dan pasrah kepada Allah s.w.t serta percaya akan pertolongan Allah.

4 JENIS BEKALAN DALAM KEHIDUPAN
1.  Keyakinan bahawa dunia berserta isinya dan akhirat di bawah kekuasaan Allah.
2. Keyakinan bahawa seluruh makhluk adalah hamba Allah.
3. Percaya bahawa segala urusan rezeki dan persoalannya di bawah kekuasaan Allah.
4. Percaya bahawa segala yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi kerana Allah adalah penguasa dan pemilik alam ini.

AKHIRNYA...
Barang siapa yang tidak menghiraukan firman Allah bahawa rezeki datang dari Allah, tidak menganggapnya sebagai janji Allah, merasa tidak tenteram dengan jaminan Allah, tidak merasa senang dengan ketetapan Allah, menganggap sepi perintah dan pahala serta ancaman Allah, maka dia akan merasakan sendiri akibat perbuatannya...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls