SHOUT HERE

16 February 2011

SEBAIK-BAIK PERSIAPAN MENGHADAPI MUSUH & SEHEBAT-HEBAT STRATEGI MENGHADAPI PERTEMPURAN




Ketika hampir meletusnya peperangan al-qadisiyyah, 36 000  tentera Islam di bawah pimpinan Saad bin Waqqash hampir buntu apabila terpaksa mendepani 120 000 tentera Parsi di bawah pimpinan Rustam. Namun yang demikian, Saad telah menerima surat daripada khalifah pada waktu itu iaitu Umar al Khattab yang mana surat tersebut telah menjadi pedoman kepada Saad bagi menghadapi ketumbukan 120 00 tentera Parsi. Umar al Khattab menulis,

"Wahai Saad, aku perintahkan kepadamu dan orang-orang yang bersamamu supaya meningkatkan takwa kepada Allah dalam setiap keadaan. Takwa kepada Allah adalah SEBAIK-BAIK PERSIAPAN DALAM MENGHADAPI MUSUH DAN STRATEGI TERHEBAT DALAM PERTEMPURAN. Aku perintahkan kepadamu dan orang-orang yang bersamamu supaya menjadi orang yang lebih kuat dalam memelihara diri daripada berbuat maksiat berbanding musuh-musuh kalian. Dosa pasukanmu lebih aku takuti daripada dosa musuh-musuhmu."

Surat itulah yang telah membakar semangat Saad bin Waqqash sekaligus memberi kemenangan luar biasa  kepada tentera Islam yang hanya berjumlah 36,000 orang ke atas gergasi Parsi. Ini ditambah lagi dengan pertolongan dari Allah ketika mana tentera Islam menyandarkan segala harapan kepada kebesaran Allah, kemudian turunlah pertolongan Allah secara ghaib. Terjadilah badai pasir yang menyerang pasukan Parsi sehingga dengan pantas mengucar-kacirkan ketumbukan tentera mereka.

TAKWA KEPADA ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERSIAPAN DALAM MENGHADAPI MUSUH DAN STRATEGI TERHEBAT DALAM PERTEMPURAN. Definisi yang jarang kedengaran dalam khutbah jumaat pada hari ini!

-kuasa kePEMIMPINan Al -Fateh-

1 comments:

MOHD MAHATHIR SUGUA said...

takwa sebaik2 persiapan!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls