Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.
Tiada masa dengan Allah?
Kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, "Jangan kita BERKIRA DENGAN ALLAH, nanti Allah berkira dengan kita. Jangan kita TIADA MASA DENGAN ALLAH, nanti Allah tiada masa dengan kita"
PIMPINAN: TANGGUNGJAWAB dan DUGAAN
Setiap manusia mempunyai tugas-tugas kepimpinan dan bidang kepimpinan itu amatlah luas. Pemimpin bukan hanya memimpin sebuah Negara, Dalam Islam, pemimpin adalah mereka yang diberi tanggungjawab mengendalikan sesuatu urusan. Oleh kerana setiap orang mempunyai tanggungjawab maka setiap orang itu mempunyai peranan sebagai pemimpin. Seorang manusia ditugaskan menjaga dirinya daripada terjebak ke lembah maksiat, maka dia adalah seorang pemimpin.
PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN KEPADA PEMUDA DAN PEMUDI
Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Nota hati buat da'ie
Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah 'kebutuhan', bukan sekadar sambilan apalagi hiburan. Aku rindu zaman ketika mambina adalah 'kewajipan' bukan pilihan apalagi beban dan paksaan. Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi 'kebiasaan', bukan sekadar pelengkap pengisian program yang dipaksakan. Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi 'kekuatan', bukan keraguan apalagi kecurigaan. Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah 'pengorbanan', bukan tuntutan, hujahan dan slogan semata-mata.
Kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."



7:43 PM
MOHD MAHATHIR SUGUA

