SHOUT HERE

22 December 2010

SIFAT LELAKI SOLEH



Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.
Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:

“Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”
Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.
Hatinya berbisik,
Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih soleh? “Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.”
Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.
Redha terhadap setiap ujian yang datang. Dia tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Sentiasa yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu dia menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.
Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. Hatinya terhibur dengan mehnah yang datang kerana dia tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepadanya.
Semakin berat ujian yang menimpa diri, sekencang itulah juga ibadahnya kepada Allah swt. Sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat dirasakan bermunajat kepada Allah swt. Dalam sepi malam dia bangun bermunajat kepada Allah swt, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi cuba dilupa-lupakan.
Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana dia tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah swt telah mengingatkan di dalam firmanNya:
“… karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri supaya berbuat jahat seperti hasad dengki kepada jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.
Dia sedar, sekali diri berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan. Rasulullah saw bersabda:
“Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu.”
Sabda baginda yang lain:
“Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya.”
Tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi ibu, ayahnya, jiran tetangganya, sahabatnya sekalipun dirinya sendiri. Patuh terhadap arahan ibu dan ayah dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal.
Bukanlah kehidupannya untuk mencari pangkat dan nama kerana dia tahu di atas dua tiket inilah yang membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, dia menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdhaan Allah swt semata-mata.

Hanya orang yang membawa hati yang tenang dan sejahtera sahaja yang akan selamat menemui Allah di akhirat kelak. Maka berdoalah kita selalu semoga diberi cahaya keimanan, cahaya bagi segala cahaya yang tiada tolok bandingnya yang bakal memberikan laluan lurus untuk selamat menuju Tuhan yang Maha Agung. Aminn…

Kebangkitan Pemuda



Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didokong, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha merealisasikannya. Oleh itu, empat asasnya ialah keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha. Keempat2 sifat istimewa ini semestinya ada pada diri individu bergelar pemuda.

Asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda. Lihatlah bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh yang ketika itu baru berusia 20an telah diangkat sebagai Sultan kerana keimanannya yang tinggi serta kefahamannya yang mendalam terhadap agama. Sultan Al - Fateh pula dalam usia yang muda telah memimpin sebanyak 200 000 tentera muslimin menakluki kota konstatinapel yang gagal ditakluk selama 800 tahun. Sultan Al Fateh juga adalah seorang pemuda!

Dalam semua bangsa di dunia, para pemudanya akan menjadi tonggak kepada kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan pula ada rahsia kekuatannya yang tersendiri dan setiap gagasan ada pendokong panjinya.

"sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk." (Al Kahfi: 13)

PESANAN IMAM HASSAN AL BANNA

Wahai pemuda!

Dengan ini bermakna kewajipan kamu banyak, tanggungjawap kamu berat dan terlalu banyak hak bangsa kamu yang perlu kamu tunaikan. ini bermakna amanah yang kamu pikul adalah berat. Kamu perlu berfikir semasak-masaknya, kamu perlu berusaha lebih, kamu perlu menentukan pendirian kamu, kamu perlu mara sebagai penyelamat. Kamu perlu tunaikan segala hak Ummah dengan segala keistimewaan yang kamu miliki sebagai pemuda!

Ada pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera. Bangsa ini memiliki kuasa yang mantap dan kemajuan yang melimpah ruah. Pemuda yang lahir dalam suasana ini akan lebih mementingkan diri daripada mementingkan nasib bangsanya. Dia akan sentiasa berhibur dan berseronok dengan jiwa yang tenang dan selesa.

Ada pula pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang sedang berjuang kerana bangsanya sedang dijajah. Musuh menentukan segala nasib bangsanya. Bangsanya sedang berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak mereka yang telah dinafikan, khazanah mereka yang telah dirampas, kebebasan mereka yang telah lenyap termasuklah kegemilangan dan kedudukan mereka. Ketika itu, keutamaan pemuda ialah mementingkan nasib bangsanya lebih daripada mementingkan nasib dirinya sendiri. Jika kewajipan ini berjaya dilaksanakan, dia bakal beroleh kejayaan dunia dengan menerima kemenangan di medan perjuangan dan dia akan beroleh kejayaan akhirat dengan menerima ganjaran dari Allah. Mungkin kita bernasib baik kerana kita bersama berada dalam golongan yang kedua. Kita berpeluang melihat sebuah bangsa yang sedang berjuang dan berkorban untuk memperolehi hak dan kebebasan. Bersedialah wahai para pejuang kerana kemenangan sangat hampir dengan orang-orang yang beriman dan kemenangan besar akan diperolehi oleh orang-orang yang beriman dan kejayaan besar akan diperolehi oleh orang-orang yang berusaha tanpa henti...

*Petikan dari Kitab Himpunan Risalah Imam Hassan Al Banna, bab RISALAH BUAT PEMUDA KHASNYA MAHASISWA, terbitan Pustaka Salam, cetakan pertama: Jun 2003.

13 December 2010

Shift Your Paradigm

Ubah paradigma kita!

Ubah persepsi kita!

Ubah segala yang negatif menjadi positif!

"Sesuatu yang negatif jika dipandang negatif maka ia akan menghasilkan sesuatu penolakan. Tetapi jika yang negatif jika dipandang positif akan menghasilkan penarikan."

Sebagai contoh, bagaimana As Syahid Imam Hassan Al Banna boleh saja berdak'wah di kelab-kelab malam. Kalau orang yang biasa-biasa, mana berani pergi ke kelab-kelab malam. Dahlah tempat tu penuh dengan segala macam maksiat. Silap2 dia sendiri yang terjebak. Sesetengah orang tidak mahu mengunjungi tempat-tempat maksiat. Memikirkan bahawa tempat itu tidak sesuat buat dirinya.

Namun, apa yang pernah ditunjukkan oleh Hassan Al Banna merupakan satu bentuk pemikiran yang terkehadapan dan berani. Bagaimana? Dengan mengubah pemikiran yang negatif kepada yang positif dan menjadikan yang negatif itu sesuatu yang bersifat positif.

Ramai orang suka mengajak orang-orang yang ada fikrah islam ini supaya ikut usrah. Tetapi sedikit orang yang mengajak mereka2 yang kosong/cetek fikrah islamnya ikut usrah. Alasannya, mereka ini tidak berminat dengan aktiviti2 bercorak islam. Tapi persoalannya, "bagaimanakah kamu menyentuh hatinya?"

Ada sesetengah orang melihat orang lain yang nakal2 ini sebagai liabiliti, tetapi sedikit dari kita yang melihat ia sebagai peluang untuk berda'wah? Ada pula orang asyik memikirkan berda'wah di masjid2 tetapi sedikit dari mereka yang mahu berda'wah diluar masjid. Yang perlu dilihat ialah mereka yang tak mahu pergi ke masjid/surau, malas mendalami ilmu agama, jahil dalam bab hukum, kehidupan yang bebas melampau.

Ada pula kita orang yang membahaskan perihal nak buat 8 rakaat atau 20 rakaat solat taraweh. Berbahas-bahas sampai naik angin. Menjadi teruk apabila perkara itu dipanjang2kn sampai terjadi permusuhan, bermuka masam, tdk bertegur sapa, ghibah sana-ghibah sni. Tapi mereka lupa untuk bercakap soal khusyuk dalam solat. Berapa banyak imam yang mengimami solat taraweh ibarat berlumba-lumpa nak cepat habis. Kesian dengan ma'mun terkejar2 dibuatnya. Begitu juga dengan mereka2 yang malas datang ke masjid untuk menunaikan solat taraweh. Mengapa tidak dibahaskan masalah itu?

Mari kita lihat cara Rasulullah SAW pula. Ada seorang tua berbangsa yahudi asyik meminta sedekah ditengah2 pasar. Orang tua ini selalu menghina Islam dan Rasulullah. Dia amat berani mempersendakan Rasulullah di khalayak ramai. Namun, orang tua ini seorang yang buta. Ada seorang lelaki yang kasihan melihat nasib orang yahudi ini. Walaupun org tua itu selalu sahaja memburuk2kn Islam dan Rasulullah, tetap sahaja dia ingin menolongnya. Lalu, ditolongnya orang tua yang buta itu dengan memberinya makan hampir setiap hari. Hal itu berlaku sehingga lelaki yang memberi makan kepada si tua itu dipanggil Allah SWT. Apabila Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, maka berita mengenai lelaki memberi makan kpd si tua yahudi itu pun smpai ke telinganya. Lalu Abu Bakar meneruskan amal baik lelaki itu dengan mengantikan tempatnya memberi makan kepada orang tua tersebut.

Apabila Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut orang tua itu, maka orang tua itu menjadi kehairanan kerana cara suapan Abu Bakar tidak sama dgn suapan lelaki yang memberinya makan sebelum ini. Cara lelaki yg sebelum ini lebih lembut berbanding Abu Bakar, lalu orang tua itu bertanya kepada Abu Bakar. "Siapa Kamu?" Abu Bakar menjawap, "Sayalah Abu Bakar".

Kemudian orang itu menjadi terkejut lalu bertanya, "kemanakah lelaki yang sering memberi makan kepadaku sebelum ini?" Lalu Abu Bakar menjelaskan kepada orang tua itu bahawa yang memberi makan kpdnya sebelum ini ialah Rasulullah SAW dan dia telahpun wafat. Orang tua itu menjadi hiba, menyesal dan sedih mengenangkan kebaikan Rasulullah SAW terhadapnya dan keburukannya terhadap Baginda. Lalu, orang itupun mengucapkan syahadah dihadapan Abu Bakar dan menjadilah dia orang Islam.

Maka pengajaran daripada kisah diatas bhwasanya, suatu keadaan yang negatif bilamana disambut dengan cara yang positif akan menghasilkan natijah yang baik. Hatta hal itu mengambil masa yang bgtu pnjg tetapi kebaikan dan hasil yang baik ttp akn muncul. Pertolongan Allah sentiasa mengiringi hamba2NYA yang istiqamah dan ikhlas dalam berjuang.

Ikhlas beerti kosong dari sgla sesuatu yang bersifat sementara. Ikhlas yg sbnr hny utk Allah.
Maka, marilah kita ubah paradigma kita! Jangan kotorkan da'wah yang suci ini dengan sikap buruk kita!!!

07 November 2010

Turun Naik Da'wah kita

"Da'wah ini ibarat roda, kadang di atas, kadang di bawah. Kadang-kadang orang terima da'wah kita, ada pula yang menolaknya, tidak kurang juga yang menentangnya. Itulah jalan da'wah, ianya tidak mudah bahkan sukar dan pahit untuk dilalui, tetapi menjanjikan ganjaran yang tiada nilainya"



Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu. (Surah Muhammad:7)



Sejarah mencatatkan bahawa keimanan dan ketakwaan adalah rahsia kejayaan dalam perjuangan da'wah islamiyyah. Kejayaan para khalifah terdahulu, kekuatan para mujahidin dan mujahidahnya suatu ketika dulu adalah hasil dari ketakwaan dan keimanan mereka yang tinggi. Tidak tergoyah walau sedikitpun hatta berapa banyak musuh sekalipun berada di hadapan mereka. Maka, keinginan dan kesungguhan untuk mencontohi mereka adalah satu proses "kembali kepada kegemilangan".



Apabila berada pada jalan da'wah ini, tidak ada yang perlu ditakuti kerana kita ada Allah yang sentiasa memerhati dan memelihara hamba-hambanya yang ikhlas berjuang dijalan-NYA. Apabila da'wah kita ditolak, maka ambilah semula da'wah yang kita beri itu dengan hati yang lapang dan tenang. Kerana mungkin hari ini dia tolak da'wah kita, esok mungkin pula dia yang mencari da'wah kita semula. Andai da'wah kita ditentang, maka teguhkanlah pendirian saudara. Berbuat baiklah dan ingatlah bahawa Saidina Umar, Khalid al Walid, Ikramah juga pernah menentang da'wah yang dibawa oleh Rasulullah. Tapi mereka adalah insan pilihan Allah yang akhirnya berada seiring dengan Rasulullah.



Jangan takut, berjuanglah untuk kebenaran.

10 May 2010

Don't be a Liar...

Ibu..engkaulah malaikat di rumah ini....



Ibu,
Terlalu besar pengorbananmu,
Tidak dapat aku membalasnya,
walaupun setinggi manapun kemewahan yang ku beri,
walau seluas manapun harta yang ku hadiahi,
sungguh...
Pergorbananmu tidak setanding dengan semua itu.

Ibu,
engkaulah malaikat di rumah itu,
engkau membesarkanku,
engkau jualah yang menjagaku,
saatku memerlukan kasih sayang,
saat itulah engkau hadir.

Ibu,
tiada apa yang mampu aku beri padamu,
yang ada cumalah doa-doaku,
aku titipkan doa buatmu dah juga ayahanda,
agar engkau dimasukan ke dalam syurganya,
agar engkau dijauhi dari azab kubur dan fitnahnya,
dan agar engkau selamat dari azab api neraka,
dan supaya engkau sejahtera di dunia dan akhirat.

Wahai insan yang mulia...
Ketahuilah bahawa anak-anakmu ini menyayangi mu...
SELAMAT HARI IBU, WAHAI IBUKU...

09 May 2010

Keluarkan ia...


Cukuplah hanya kata-kata di atas memberi kesedaran yang mendalam dalam diri kita selaku Hamba Allah SWT.

16 April 2010

Muslim Venture Camp siri 2/2010

Assalamu'alaikum buat rakan-rakan Persatuan Ikatan Mahasiswa Dinamis UiTM Kedah.
Muslim Venture Camp siri 2/2010 bakal diadakan pada semester hadapan (julai-nov 2010). Insya ALLAH...Berikut adalah maklumat program dan senarai tugas beserta PIC(Person in-charge).

PROGRAM:
Muslim Venture Camp siri 2/2010
ANJURAN:
Persatuan Ikatan Mahsiswa Dinamis (IMAN)
UiTM Kedah
BERTEMPAT:
Indah Merbok Resort
TARIKH:
22-24 Julai 2010


JAWATANKUASA PROGRAM:

Pengarah Program
Mohd Mahathir bin Sugua
Timbalan Pengarah Program
Sumayyah binti Noraslam

Setiausaha
Ummu Naqibah binti Ahmad

Bendahari
Siti Nabilah binti Musa

Exco Publisiti dan Penerbitan
Ketua Exco: Mohd Solehin bin Ismail
Nik Mohd Naim bin Ibrahim @ Nik Hanafi
Nurul Hidayah binti Abu Seman

Exco Logistik dan Penempatan
Ketua Exco: Mohamad Aiman bin Ariffin
Sit Narimah binti Musa

Exco Jamuan
Ketua Exco: Abdul Manan bin Abdullah
Norasmidah binti Mohd Azmi
Siti Nabilah binti Musa

Exco Penyertaan dan Pendaftaran
Ketua Exco: Ummu Naqibah binti Ahmad
Mohd Rasydan bin Zakariah

Exco Disiplin dan Keselamatan
Ketua Exco: Mohd Zakaria bin Zulkifli
Nik Siti Mariam

Exco Modul dan Pengisian
Ketua Exco: Mohd Anis bin Muhammad Lutfi
Mohd Mahathir bin Sugua
Nurul Atiqah binti Abdullah
Nur Isnaini binti Saher

Exco Protokol
Ketua Exco: Mohd Mahathir bin Sugua
Ahmad Nasrun Amir Bin Ahmad Turidi
Norhanis

Exco Cenderahati dan Hadiah
Ketua Exco: Sumayyah bini Noraslam
Hidayatul Khairiah binti Ahmad
Nooratiah binti Musa

Exco Peralatan dan Teknikal
Ketua Exco: Muhammad Harith bin Mohd Dan
Mohammad Fadhil bin Rosdi
Muhammad Zaim Hasan Basri
Bagi sesiapa yang namanya tercicir dari senarai jawatankuasa di atas, sila maklumkan kepada saudara Mohd Mahathir bin Sugua (0198967828). Penglibatan anda adalah amat-amat diharapkan. Jom! Beramal kerana Allah...

06 April 2010

Warkah Buat Sahabat

Sahabat..
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..
Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...
Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..
Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Aku sentiasa bersamamu...

03 April 2010

Bertemunya hati-hati ini untuk mematuhi perintah-MU dan bersatu memikul beban dakwah-MU

Bersama Ustaz Mohd Idris bin Yusuf (Presiden GAMIS)


Alhamdulillah, segala puji dan puja buat pemilik dan Pencipta Alam ini saya panjatkan kerana dengan Rahmat dan Kasih-Nya, Dia telah mempertemukan saya dengan seorang insan yang saya kagumi dan hormati. Insan itulah rakan seperjuangan dan juga seorang sahabat. Ustaz tersebut bernama Mohd Idris bin Yusuf yang juga merupakan Presiden GAMIS. Walaupun kami baru berkenalan, namun tautan ukhuwah itu semakin erat. Hati-hati kami terikat dengan ikatan Aqidah dan juga persaudaraan sesama Muslim. Bertemunya kami untuk bersama-sama memikul beban da'wah, bersatu dalam gerak kerja, berkongsi ilmu serta saling menasihati. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat sejati saya, Ustaz Zakariah kerana telah bertungkus-lumus mengaturkan pertemuan kami. Sungguh, saya tidak pernah menyangka dapat bertemu dengan Ustaz Mohd Idris. Setelah Allah mengabulkan hasrat saya untuk menjejaki kaki di bumi Kedah Darul Aman, kini Allah telah mengabulkan lagi hasrat saya yang mahu bertemu dan bersemuka dengan Ustaz Idris. Saya bukan mahu meninggikan beliau, akan tetapi saya mengagumi beliau atas kepimpinan dan gerak kerja beliau dalam Islam.


Ajk dan peserta bergambar bersama...

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan mahasiswa UiTM Kedah yang berjaya mengikui program Muslim Venture Camp 2010 anjuran Persatuan Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN) pada 1-3 April. Semoga, anda semua mendapat 1001 kebaikan dalam program tersebut. Seperti mana yang saya sering katakan semasa program berlangsung, bahawa program ini di buat adalah untuk malahirkan semula seorang individu muslim yang Kefahamannya berunsurkan Islam, fikirannya bercorak Islam, kata-katanya bersifat Islam, dan tingkah-lakunya mencerminkan Islam. Itulah yang kita inginkan. Kita juga mahu melahirkan individu-individu yang mampu dan berani untuk memikul beban da'wah ini. Selain itu juga, dalam program tersebut, kita ingin bina satu kekuatan yang dapat mengentarkan musuh-musuh Allah. Ikatan itu tersimpul padu dan erat dan kekuatannya mampu menepis segala macam ancaman dan serangan dari musuh-musuh Allah. Itulah ia IKATAN UKHUWAH diantara kita.

Sahabat sekalian, saya menasihati diri
saya dan anda semua agar bersama-samalah kita memperbaiki hubungan kita dengan pencipta kita yakni Allah SWT. Dan sentiasalah kita memperbaiki diri kita serba dha'if ini. Semoga Allah merahmati kita semua dan mematikan kita dalam HUSNUL KHATIMAH. Saya juga berharap kepada rakan/adik/mahasiswa yang pernah terlibat dalam program sebegini agar tetap terus istiqamah. Jangan sesekali kalian bersikap lemah. Kita adalah ummat yang terbaik dan tinggi darjatnya. Namun, jangan sesekali kita menyangka bahawa kita akan terlepas dari dipertanggungjawapkan di akhirat kelak dalam soal da'wah. Pasti kita akan ditanya kembali mengenai apa yang kita telah lakukan untuk Islam.


Teruskan Istiqamah wahai adik2/ sahabat2 ku yang disayangi sekalain...Semoga kita bertemu syurga kelak.

31 March 2010

Dia ada mata, tapi dia membuta...Dia ada telinga, tapi dia memekak dan dia juga ada mulut, tapi dia membisu???


Setiap manusia melihat sesuatu kejadian itu dari sudut yang berbeza,
Ada yang melihatnya sudut yang negatif,
dan ada juga yang melihatnya dari sudut yang positif,
Tidak kurang juga mereka yang gemar mencari kesilapan orang lain
Lalu ia memperbesarkannya,
dan orang lain memandang serong terhadap si mangsa itu.
Walaupun hakikatnya si mangsa itu cuba untuk mencegah kemungkaran,
tapi kerana hati orang yang suka mencela itu telah mati
maka, semuanya menjadi fitnah.

Bait-bait di atas hanyalah tafsiran saya terhadap segelintir hamba Allah. Bukanlah diri ini mahu menghukum seseorang itu, akan tetapi, diri cuba untuk memahami cara manusia yang sememangnya pelbagai. Saya tidak menafikan bahawa setiap orang mempunyai kaedah penilaian tersendiri. Saya juga mempunyai cara yang tersendiri. Kadang kala saya menjadi hairan dan sedikit lucu apabila berhadapan dengan beberapa insan yang kurang pemahamannya terhadap sesuatu perkara itu, tetapi dia bersungguh-sungguh untuk membahaskannya. Hal itu mengingatkan kepada saya mengenai satu pepatah ulama, yang berbunyi "orang yang bodoh itu ialah orang yang berdebat tetapi dia tidak tahu yang dia perdebatkan itu".

Terdapat ramai yang mempertikaikan tindakan saya dan tidak kurang pula yang menyokong perbuatan saya. Bagi saya itu adalah satu lumrah dalam kita mencegah kemungkaran. Di manapun kita saya berada, siapapun saya, bila bertindak atas kapasiti surah ali imran ayat 104, pasti akan ada orang mempertikaikan. Walhal Nabi SAW juga yang terkenal dengan sifat Al-Amin di kalangan kaum kafir Quraisy turut mendapat tentangan apabila BAGINDA menyampaikan Islam. Itulah dikatakan sebagai sunnah orang berjuang. Tidak dikatakan da'wah itu apabila tiada ujian dan tentangan.

Apabila saya membahaskan kejadian tempoh hari yang mana bagi saya ia merupakan satu tranformasi dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Percaturan Allah itu cukup sempurna dan saya sebagai hanbanya, sedar akan peranan saya sebagai da'ie. Sebenarnya, untuk menyeru kepada perkara ma'ruf dan mencegah dari perkara mungkar tidak memerlukan lesen dari sesiapa. Allah S.W.T yang memberi kebenaran kepada hamba-hamba-NYA yang beriman agar menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Apa yang penting, perkara yang hendak disampaikan itu mestilah yang benar!

"Abang sepatutnya menggunakan cara yang berhikmah masa tu..."

Itulah luahan salah seorang hamba Allah yang kurang berkenan dengan tindakan saya. Sebelum saya membahaskan termonologi "berhikmah", suka saya bertanya kepada orang lain. Soalan saya, bagaimana kamu mendefinisikan perkataan "hikmah" itu. Mungkin ada yang mendefinikannya sebagai satu tingkah yang lemah lembut ataupun ada juga yang mengatakan berhikmah sebagai tingkah laku yang bersesuai dengan persekitaran. Pendirian saya terhadap "cara berhikmah" itu ialah mestilah bersesuaian dengan persekitaran. Berhikmah itu bukan hanya terbatas dengan kata-kata yang lemah lembut. Akan tetapi, andai kata hukuman adalah cara yang terbaik pada masa itu, maka itulah yang dikatakan sebagai cara yang berhikmah. Hal ini memerlukan pertimbangan yang rapi. Andai kata kita hendak mencegah kemungkaran dengan cara yang berhikmah, kita perlu terlebih dahulu melihat keadaan sekeliling dan siapa sasaran kita. Kata senior saya, "mesti ikut flow".

Namun, yang menjadi persoalan saya sekarang ini ialah terhadap segelintir insan yang suka mencari kesalahan orang lain. Pelik, mereka merasa tidak puas hati terhadap tindakan saya itu akan tetapi pada kejadian tersebut mereka turut berada di sana dan tidak pula mereka bertindak. Boleh jadi mereka juga terlibat/menyokong sama kemungkaran itu. Mereka asyik menyalahkan saya atas tindakan tersebut tetapi mereka tidak memikirkan apa yang mereka patut buat. Allah SWT telah mengurniakan mereka jawatan, akan tetapi mereka seolah-olah menjadi buta, bisu, dan pekak pada masa itu walhal mereka itu faham agama dan tahu halal-haram. Tidakkah mereka merasa takut bahawa mereka akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT mengenai peranan mereka. Sungguh, amanah itu amat berat.

Saya bukanlah seorang yang anti-hiburan dan tidak pula mengharamkan semuanya. Tidak semua hiburan itu haram, dan tidak semua pula hiburan itu halal. Selagi mana hiburan mengikut syariat Islam, selagi itulah hiburan tersebut menjadi halal. Andai kita tersalah pilih bentuk hiburan, maka haramlah jadinya. Hiburan itu mestilah bersifat mendidik jiwa dan rohani, bukan pula meruntuh akhlak dan sahsiah mahasiswa. Itulah penegasan saya terhadap tindakan saya itu. Sebab itulah saya memberanikan diri menuju ke tengah-tengah pentas lalu memberhentikan bentuk hiburan tersebut walaupun pada masa itu terdapat beratus-ratus pelajar lain. Cukuplah Allah sebagai teman dan pelindungku....

16 March 2010

Intelek tinggi ke langit, Akhlak gugur menyembah bumi

Daripada Umar Ibnu Khattab r.a; Bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Segala amal itu tergantung pada niatnya, dan setiap orang mendapat sesuai dengan niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-NYA, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-NYA. Dan barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya"
(HR Imam Muslim dan Imam Bukhari)

Kalaulah mahasiswa itu niatnya menuntut ilmu semata-mata kerana mengharapkan keredhaan dari Allah S.W.T nescaya masalah keruntuhan akhlak itu tidak akan berlaku. Namun, apabila niatnya hanyalah untuk kesenangan dunia yang sementara seperti sanjungan, pujian, agar dipandang oleh orang lain, mahupun semata-mata untuk mendapatkan kerja yang baik maka tidak hairanlah hal itu berlaku di kalangan mahasiswa. Berapa banyak mahasiswa/i yang ditangkap basah oleh pihak universiti kerana melakukan seks luar nikah. Betapa banyaknya mahasiswa terlibat dengan aktiviti merempit, mengedar dadah, dan sebagainya.
Budaya hedonisme rancak menyerang golongan mahasiswa. Mereka diterapkan dengan hiburan-hiburan yang menglalaikan. Budaya coupling menjadi sebati di minda mahasiswa. Berdua-dua sesama bukan mahram, menyanjungi artis-artis, merempit, budaya black metal, semua ini sudah sebati dalam kehidupan sebahagian mahasiswa/i. Bukankah ini satu petunjuk kebinasaan terhadap golongan ini? Menurut saudara Dzulkhari (Mantan Presiden Gamis), beliau menulis di dalam blognya, "Agenda pragmatisme dan Darwanisme yang berorentasikan undang-undang rimba dipraktikkan di kampus-kampus supaya suburlah fahaman-fahaman yang bersimpang-siur dengan kerosakan budi". Ini bererti, fahaman-fahaman seperti sekularisme, hedonisme, liberalisme dan isme-isme yang lain disumbat ke dalam pemikiran mahasiswa agar hancurlah peribadi individu, meruntuhkan unit keluarga dan menghapuskan nilai-nilai yang berkait dengan agama.

Sebenarnya, agenda-agenda ini berkait rapat dengan kospirasi musuh-musuh Islam yang sememangnya sejak dari berkurun-kurun lamanya mereka ingin menghancurkan Umat Islam. Mereka telah meletakkan golongan mahasiswa sebagai salah satu sasaran mereka kerana bagi mereka sendiri, "apabila minda golongan mahasiswa ini berjaya di kuasai, maka dengan itu kita berjaya menghalang dari kebangkitan mereka." Perlukah kita berdiam diri dan hanya berdoa pada Allah agar rakan-rakan mahasiswa/i kita yang telah terjebak diberi hidayah? Jawapannya tidak, kerana Allah memerintahkan kita agar menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar.
Firman Allah S.W.T;
"Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, yang menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada kepada Allah..." (Surah Ali Imran:110)

Satu pelan tindakan perlu dirangka bagi mengurangkan masalah ini dan seterusnya menghapuskannya dari terus dari bertapak di dalam kampus-kampus. Persatuan-persatuan yang bersifat syumul hendaklah melakukan gerak kerja seperti gerakan amar ma'ruf nahi mungkar bagi membendung gejala maksiat di kalangan mahasiswa, duduk semeja bersama pihak pengurusan universiti untuk mendapatkan persetujuan membendung masalah ini ataupun mengadakan program-program yang dapat memberi kefahaman kepada mahasiswa/i akan malapetaka yang yang mereka hadapi sekarang. Majlis Perwakilan Pelajar perlu memberhentikan program-program yang tidak mendidik jiwa mahasiswa. Tidak salah untuk berhibur kerana hukum bagi berhibur itu adalah harus. Sebabnya ia termasuk dalam ketegori kehendak manusia. Dan memang fitrah manusia yang inginkan hiburan dan berhibur. Namun, penulis ingin tekankan di sini bahawa apabila kita memilih bentuk hiburan yang salah maka hukumnya menjadi haram. Kerana melakukan sesuatu yang membawa kepada kemudaratan yang berpanjangan mahupun short term adalah tidak di benarkan sama sekali oleh Islam.

Dalam kita berusaha untuk membendung masalah ini, amat penting untuk kita kembali kepada pokok asas kehidupan kita. Iaitu kembali kepada ajaran Islam yakni menjadikan Islam sebagai cara hidup. Hanya Islam sahaja yang menyediakan panduan hidup yang menyeluruh kepada manusia. Panduan itu bukan hanya melibatkan perkara-perkara yang besar seperti hal-hal berkaitan pemerintahan negara, perundangan atau kehakiman, malah ajaran Islam mencakupi perkara-perkara yang kecil seperti adab masuk tandas, adab belajar, adab bersahabat, adab tidur dan lain-lain.

Mahasiswa tidak memahami sepenuhnya kehendak ajaran Islam. Mereka merasa cukup dengan hanya mengetahui soal-soal ibadah asas seperti solat, puasa, haji dan berzakat sahaja. Tapi sesetengah mahasiswa ada yang masih kabur terhadap tuntutan Islam. Sampaikan mereka sukar/tidak mahu membezakan antara baik dan buruk. Kefahaman terhadap segala tuntutan ajaran Islam perlu ada dalam setiap individu bergelar mahasiswa dan selainnya. Bila mana wujud kefahaman mengenai tuntutan Islam & tuntutan syahadah, pasti mereka tahu apa sebenarnya tujuan mereka diciptakan dan siapakah mereka sebenarnya serta apa amanah yang Allah telah pikulkan terhadap mereka.

"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku" (Ad-Dzaariyyat: 56 )

Ayat dari Al-Quran di atas jelas menunjukkan bahawasanya jin dan manusia itu diciptakan oleh Allah SWT adalah supaya mereka (jin dan manusia) beribadah kepada Allah. Mungkin ada yang terfikir, "Allah menjadikan sehari 24 jam, mana mungkin kami perlu beribadah di masjid-masjid selama 24 jam? Siapa yang akan memberi makan dan minum kepada keluarga kami?"

Menjawab persolan ini, ingin saya mengajak anda semua kembali kepada prinsip-prinsip asas Islam. Terdapat empat (4) prinsip-prinsip asas Islam iaitu AQIDAH, IBADAH, SYARIAT & AKHLAK. Adakah anda semua faham apakah ibadah itu? Adakah ianya hanya merujuk kepada solat?zikir?membaca Al-Quran? atau selainnya. Jawapannya tidak, kerana segala apa yang kita lakukan di muka bumi ini adalah dikira sebagai ibadah sekiranya kita memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Salah satunya ialah pekerjaan yang dilakukan itu mestilah diniatkan hanya semata-mata mengharapkan Redha daripada Allah SWT. Selain dari itu, pekerjaan yang dilakukan itu hendaklah tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan sebaliknya hendaklah memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Keluar dari rumah mencari rezeki juga adalah ibadah, menuntu ilmu itu pun dikira sebagai ibadah, malah tidur pun dikira sebagai ibadah. Asalkan niat yang benar dan memenuhi syarat-syarat yang lain. Islam itu tidak sukar. Kecuali bagi orang-orang yang suka menyukarkan hidupnya dengan melakukan kederhakaan terdapat Penciptanya.

Persoalan seterusnya ialah siapa kita sebenarnya dan apakah amanah yang Allah telah pikulkan kepada manusia sekalian. Allah S.W.T berfirman:

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu(Allah SWT) berfirman kepada para Malaikat,
Sesungguhnya AKU akan menjadikan khalifah di muka bumi (Adam). Para malaikat menjawab: Adakah patut Engkau menjadikan atas muka bumi orang yang akan melakukan bencana dan menumpahkan darah, sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau?"Allah berfirman,"Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak engkau ketahui." (Al-Baqarag:20)

Wahai rakan-rakan mahasiwa/i sekalian, penciptaan kita di muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah dan memakmurkan bumi ini dengan syariat Allah. Andai kita leka, nescaya kita kita akan dipersoalkan dan kemudian akan dipertanggungjawapkan. Adakah kita telah bersedia merasai dasyatnya siksa NERAKA itu?

Renung-renungkanlah...
"Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah dan DIA berkuasa memberikannya kepada mereka yang di kasihi-NYA. Namun hal itu, tidak menjadi penghalang kepada manusia agar sentiasa berikhtiar dan berusaha mendapatkannya. Ingat! Jangan tunggu hidayah Allah datang, tapi kejarlah ia walau sampai engkau merangkak sekalipun"
-Mahathir-

15 March 2010

NUKILAN BUAT ADIK-ADIKKU…

Assalamu’alaikum buat adik-adikku; Putri Purnama bte Sugua dan Suriyana Jaya bte Sugua. Abg berdoa kepada Pemilik alam ini, Pencipta seluruh alam semesta ini, Yang Menghidupkan dan Mematikan, Yang berkuasa memberi Hidayah kpd insan yang dikasihi-Nya dan juga Raja kepada raja-raja yang ada di muka bumi ini dan seluruh alam semesta agar adik sentiasa berada di Rahmat-Nya sepanjang kehidupan ini.

Adik-adiku, abg berpesan kepadamu agar bertaqwalah kpd Allah S.W.T kerana DIA-lah yang menciptakanmu dari setitis air yang kotor. Wahai adik-adikku, abg juga berpesan agar engkau tunaikanlah segala perintah-NYA. Jangan sesekali engkau sombong kepada-NYA. Jangan wahai adikku… abg tidak mampu menolongmu di akhirat kelak kerana abg juga akan diperhitungkan di hadapan Allah. Adikku, ketahuilah bahawa hidupmu di dunia ini bukanlah untuk bersuka-suka ataupun bersenang lenang. Abg bersyukur kepada Allah kerana DIA mengurniakan kita kehidupan yang sederhana ini. Abg khuatir apabila Allah memberikan kita kesenangan akan membuat kita lupa pada-NYA. Lebih malang lagi apabila kita sombong kepada-NYA.

Aduhai adikku, siapalah kita di hadapan Allah S.W.T. Sungguh, kita tak bernilai wahai adikku. Allah tidak membutuhkan kita sedikitpun, namun kitalah yang sangat-sangat membutuhkan-NYA. Bersyukurlah wahai adikku, Allah mengurniakan kita nikmat Iman dan Islam. Tanpa kedua-duanya, binasalah kita di akhirat kelak. Wahai Adik-adikku, engkau telah pun baligh. Semestinya auratmu itu engaku jaga. Jangan engkau biarkan auratmu itu dilihat oleh mereka yang bukan mahram. Ingatlah adik-adikku, siksa pedih menanti bagi mereka-mereka yang suka menayangkan auratnya. Adik-adikku, Ibu bapa kita berhempas pulas bekerja untuk menyekolahkan kita, seharusnya engkau bersyukur atasnya. Oleh itu, salah satu cara untukmu membuktikan rasa syukur itu ialah engkau melakukan menurut apa yang guru-guru kamu ajar. Jika guru-guru itu mengajarmu bagaimana untuk menutup aurat, maka ikutilah. Jangan engkau jadi seperti si malang itu. Iaitu mereka yang ada ilmu tapi ilmu itu tidak memberi manfaat kepada diri mereka sendiri. Kerana apa? Kerana mereka sombong tehadap diri mereka sendiri. Ingat wahai adik-adikku, kita menuntut ilmu adalah untuk manfaat diri kita dan orang lain di samping mendapat keredhaan dari Ilahi.

Wahai adik-adikku, tunaikanlah solat. Kerana solatlah yang akan menghubungkan kita dengan Pencipta kita. Masihkah kamu ingat apabila guru-guru kita berpesan kepada murid-muridnya bahawa solatlah yang akan mula-mula dihitung. Andai baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya. Jika tidak, maka buruklah segala amalannya dan binasalah dia. Jangan engkau jadikan alasan bahawa engaku masih tidak mengerti untuk menunaikannya. Carilah ustaz/ustazah di sekolah yang boleh mengajarkanmu cara bersolat. Jangan engkau takut bertanya, kelak engkau akan sesat.

Adikku, Masihkah kau ingat ketika ibu kita berdoa kepada-NYA agar kita berjaya kelak. Abg bersumpah, tanpa doa dari ibu, abg tidak akan sampai ke tahap ini. Jika dibandingkan usaha abg dengan pencapaian abg sekarang, adalah sangat tidak mencukupi. Tapi berkat doa ibu yang membawa abg sampai ke negeri utara ini untuk menuntut ilmu. Abg sangat-sangat berharap agar abg dapat menuntut ilmu agama di bumi Syiria selepas ini. Oleh itu adikku, hormatilah kedua orang tuamu, taatlah akan segala perintah mereka kecuali apabila melanggar syariat Islam. Tunaikanlah segala apa yang mereka pinta walau sampai memberatkanmu. Ingat adik-adikku, beratmu dalam melaksanakan perintah ibu-bapamu tidak setimpal dengan beratnya ketika ibumu melahirkanmu. Juga tidak setimpal dengan dengan penat lelah bapa kita mencari rezeki buat kita. Jangan sesekali engkau mengatakan “ah” atau “ish” kepada mereka. Kerana itu akan membuat mereka kecewa terhadapmu. Ketahuilah adik-adikku bahawa keredhaan Allah itu bergantung kepada keredhaan ibu-bapa kita. Jangan engkau harapkan keredhaan Allah jika ibu-bapamu tidak redha terhadapmu. Sabarlah atas segala karenah mereka sebagaimana mereka bersabar terhadapmu ketika engkau masih bayi. Mereka sanggup bangun malam semata-mata untuk membersihkan najismu, menyusukanmu, membelaimu dan melindungimu dari haiwan yang membahayakan. Ingatlah adik-adikku, suatu hari nanti engkau akan berada di tempat mereka. Oleh itu, kasihlah kepada mereka agar anak-anakmu kelak mengasihimu. Abg tidak mahu engkau menyesal di kemudian hari.

Wahai adik-adiku, hanya itu yang abg mampu sampaikan kepadamu. Mudah-mudahan engkau dapat mengambil pengajaran dari apa yang abg sampaikan ini. Segala apa yang abg perkatakan di atas adalah luahan hati abg sendiri. Ketegasan abg selama ini bukan bermaksud memusuhimu. Tetapi kerana menyayagimu. Abg apakah itu yang membiarkan adik-adiknya dalam kebinasaan? Abg memohon maaf atas segala kesalahan abg terhadapmu selama ini. Ketahuilah, abg amat menyayagi kamu. Abg berharap agar engkau menjadi seorang muslimah yang bertaqwa kelak.


Yang benar;
Mohd Mahathir bin Sugua
01:21 am, 15 March 2010
Sungai Petani, Kedah Darul Aman.




13 March 2010

Jalan-jalan itu bersimpang-siur, Carilah Jalan yang terbaik buatmu dan Saudaramu...

"Hang tukar character ke? Apsal tak pakai kopiah?"


Aduh! teras diri ini ditazkirah. Itulah ungkapan yang saya terima semasa menghadiri modul pembanggunan dan kepimpinan pelajar anjuran UiTM. Sebaik sahaja kaki melangkah ke kelas iaitu tempat di mana modul dilaksanakan, semua rakan-rakan sekelas terkejut sebentar. Dengan berlapang dada, saya turutkan juga langkah menuju ke sebuah kerusi lalu duduk di sebelah rakan saya yang juga merupakan wakil kelas. Aduhai, hati ini berbisik "betulkah apa yang aku buat nih?!"

Hari itu, saya bertekad untuk tidak memakai kopiah. Saya buat perkara bukan kerana suka-suka ataupun tanpa apa-apa tujuan. Saya ada tujuan sendiri di mana saya mengharapkan agar ada kebaikan di situ. Apa tujuan saya? Sebenarnya, perkara ni dah beberapa hari saya memikirkannya. Selalunya saya akan memakai kopiah apabila keluar dari bilik sama-ada ke kuliah, ke bandar ataupun ke meeting. Tapi kali ni saya bercadang untuk menukar cara saya iaitu tidak memakai kopiah kecuali pergi sembahyang.hehehe...

Antara sebab mengapa saya berhajat untuk melakukan perkara tersebut adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada semua pelajar di UiTM Kedah nih. Saya memikirkan bahawa, pelajar-pelajar lain susah untuk mendekati saya kerana mereka segan atau malu terhadap saya. Biasalah, orang yang berkopiah ni dianggap sebagai orang yang kuat agamanya. Amiin... Bukan mahu membanggakan diri, tetapi pelajar-pelajar tersebut telah membina blok pemikiran sendiri apabila melihat pelajar lain berkopiah. Bukan hanya saya sahaja, tetapi juga rakan-rakan seperjuangan saya yang lain. Macam manalah kita nak sampaikan sesuatu bilamana mad'u jauh dari kita. Saya bukanlah bermaksud kopiah ni menjadi penghalang kepada usaha-usaha untuk mendekati mad'u-mad'u. Akan tetapi, saya bertindak atas waqie' semasa. Kita ubah sedikit kemudian kita serapkan diri kita di kalangan mereka. Dengan itu, mudahlah kita untuk mendekati dan mengenali mad'u-mad'u kita. Mereka juga tidak segan silu bertegur-sapa dengan kita. Apabila kita telah mengenali mereka, kita akan dapat memahami corak pembawaan dan penerimaan mereka. Setelah itu, bolehlah kita guna kaedah yang berkesan bersesuai dengan penerimaan mereka untuk menyampaikan sesuatu yang haq serta memberi nasihat-nasihat yang baik. Bukankah itu satu jalan yang baik? Bukanlah satu dosa apabila seseorang itu tidak memakai kopiah. Tapi memakainya adalah lebih afdal bukan? =)

Namun, saya menasihati diri sendiri dan juga pengunjung yang budiman agar bersiap sedia bila nak praktikkan cara ni. Bukan apa, tapi dikhuatiri kita yang terikut-ikut cara mereka. Untuk melaksanakan kaedah itu, seseorang itu perlu sentiasa sedar akan matlamatnya yang sebenar. Lupalah yang menyebabkan seseorang itu menyimpang. Bukankah begitu? Perlu ada teman yang sentiasa mengingatkan.


Sebenarnya, ini kali pertama saya mempraktikkan kaedah ni. Insya Allah, saya akan mengadakan pilot study(kajian pantas) dalam seminggu-dua dulu. Kalau ada feedback yang baik akan saya teruskan jua! Insya ALLAH...Dengan pertolongan Allah...





"Kadangkala kita perlu cari tarbiyyah itu, bukan hanya tunggu ditarbiyyah"

11 March 2010

ISLAM..dulu, kini dan sepanjang zaman

"Aku rela Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku"


Adakah kita telah menghayati sepenuhnya Kenyataan di atas?
Penulis bukanlah seorang ustaz yang banyak pengetahuan mengenai agama, dan penulis bukan juga seorang yang mahir dalam soal agama. Namun, di hati penulis terdetik secebis kesedaran akan pentingnya kita menghayati makna Islam itu sendiri. Penulis merasa dukacita melihat kebejatan yang dialami oleh saudara seagama kita. Sehingga mereka lupa dan leka dari tujuan hidup sebenar di muka bumi ini. Sesungguhnya, penulis menasihati diri yang lemah ini serta para pembaca yang budiman bahawasanya "dunia ini hanya sementara".

Sejak dari awal lahirnya Islam sehinggalah masa kini, Islam tidak lekang dari penentangan serta ancaman yang sangat hebat dari musuh-musuh Islam. Bukan sahaja musuh dari luar bahkan musuh dari dalam turut dihadapi oleh mereka-mereka yang benar-benar menghayati ajaran Islam. Sungguhnya,tidak ganjil Islam menghadapi cabaran dan penentangan yang bertubi-tubi. Tetapi yang ganjilnya ialah bila-mana terdapat individu/kelompok yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-NYA turut menafikan/menentang ajaran yang dibawa oleh Islam. Walaupun penentangan hanya sebahagian dari aspek dalam Islam tetapi, ini menunjukkan bahawa mereka tidak memahami/menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Bukankah ciri Islam itu ialah syumul. Yang lebih memilukan dan mengecewakan ialah apabila terdapat individu yang sanggup bekerjasama dengan musuh luar laknatullah. Itulah ujian yang pahit dihadapi oleh gerakan Islam dan para mujahidin-mujahidah di seluruh dunia pada waktu ini. Ummat Islam dikepung dari segenab penjuru oleh musuh. Hak ummat Islam dicabul dan dirampas, wanita-wanita menjadi mangsa nafsu mereka, anak-anak kecil yang belum tahu erti kehidupan dibunuh sesuka hati. Hanya kepada Allah tempat ummat Islam mengadu...

Terdapat di kalangan ummat Islam yang bertanya, "mengapa terdapat dikalangan ummat Islam yang aktif di medan politik lebih daripada medan ibadah?" Mereka yang bertanya soalan sedemikian rupa merasa ragu dengan kebangkitan harakah Islamiyyah yang menyeluruh. Mereka berpendapat bahawa gerakan ini tiada hubungannya dengan pengertian Islam. Penulis bertanya kembali, "adakah mereka memahami ciri Islam yang syumul?"

Ketahuilah Islam tidak pernah membezakan orang yang beribadah di masjid sambil mengeluarkan air mata yang khusyuk dan tawadhu' kepada Allah dengan mereka yang mengalirkan dakwat penanya yang menulis kerana Islam, dan juga peluh dan darah yang meleleh dari badan para Mujahidin dan Mujahidah di medah peperangan kerena menegakkan kalimah Toyyibah.

Al Imam Abdullah bin Al Mubarak pernah menulis kepada para sahabatnya yang sering beriktikaf di masjid dan meninggalkan tugas berjihad di medan peperangan. Beliau menulis;

"Wahai sahabat yang sedang beribadah di tanah suci, kalau saudara melihat kami, saudara akan tahu bahawa saudara hanya bermain dengan ibadah, siapa yang pipinya berlumuran air mata, maka leher kami berlumuran darah. Kalau kudamu penat di dalam kebatilan, maka kuda kami akan penat di medan peperangan"

Jangan wahai saudara-saudaraku engkau membiarkan dirimu ditipu oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya mereka, yakni musuh-musuh kita selalu memomokkan ummat islam akan keganasan, terorisme dan fenomena jihad. Sehinggakan ada sebahagian dari kita yang mengatakan jihad itu tidak perlu. Sungguh! mereka telah berjaya.

Sesungguhnya membezakan golongan yang beriktikaf di masjid dan golongan yang berjuang menegakkan masyarakat dan negara Islam dengan mengatakan bahawa yang pertama sebagai pendakwah yang menghayati Islam dan golongan yang kedua pula dilabel sebagai orang politik yang berjuang untuk duniawi, adalah perbezaan yang dibuat sendiri oleh musuh Islam bertujuan mengelirukan dan mengalihkan perhatian ummat Islam daripada berjihad menentang kezaliman dengan menggunakan wasilah politik. Sesiapa yang mengataakan bahawa politik itu bukan sebahagia dari Islam, maka dia telah menganuti fahaman sekular. Berhati-hatilah.

Tidakkah para Rasul merupakan ahli ibadah yang sangat tekun. Di samping itu, berjuang menentang thaghut yang menjadi pemerintah di zaman mereka. Tidakkah Saidina Abu Bakr yang menangis kerana taqwanya itulah yang melancarkan serangan hebat menentang orang murtad yang menentang negara Islam. Oleh yang demikian, jangan sesekali kita memandang remeh soal memahami Islam. Adalah suatu kewajipan bagi kita untuk memahami Islam di zaman awalnya dan zaman kini.

"Perubahan itu tercetus bermula dari kesedaran dan kefahaman kemudian disertai dengan tindakan. "

rujukan: risalah Islam sebagai Ad-Deen, modul MIG, 2010.

Harapanku Agar dapat Menuntut Ilmu di Bumi Syiria


Sesungguhnya, penulis bukanlah pelajar daripada mana-mana sekolah agama ataupun pondok. Sebelum ini pun, penulis hanya belajar agama di masjid kat kampung halaman. Alhamdulillah, mujurlah ada juga seorang ustaz yang sanggup mengajar tetamu-tetamu rumah Allah SWT soal fardu 'ain dan membaca al-quran. Sekurang-kurangnya, dapat juga mengisi minda ini dengan ilmu-ilmu agama setelah sekian lama diselaputi kejahilan.

Namun, bagi penulis sendiri, ianya masih tidak cukup lagi. Terlalu amat sedikit ilmu yang ada di dada ini. Diri ini masih lagi dilanda fenomena kejahilan. Akan tetapi, hal itu bukanlah penghalang buat diri ini untuk terus mencari dan mendalami ilmu agama. Kerana penulis yakin, ilmu agama ini bukan hanya melibatkan soal solat, puasa, zakat, haji. Akan tetapi, Ilmu Islam juga meliputi soal sains alam, sains kemanusiaan, sains politik, pengurusan ekonomi, perbankan, perdagangan, perhubungan awam, perantarabangsaan dan sebagainya. Cuma sekarang ini, dunia keilmuan dikuasai oleh ilmu akal semata-mata tanpa ada rujukan dari wahyu. Ini yang membawa kepada pemikiran sekular dan wujud bermacam-macam ideologi yang mengarut.

Telah timbul sekian lama, sejak penulis melangkah kaki di menara gading ini untuk mendalami ilmu dunia berteraskan/bersumberkan wahyu. Namun, penulis masih dilanda kebingunggan kerana penulis tiada tempat untuk menimba ilmu. Di tempat penulis belajar sekarang pun bidang inteleknya berkiblatkan barat walaupun terdapat sedikit ilmu berkaitan Islam. Kadang-kadang teringat pesan saudari nik nur madihah kepada penulis, "if u want it, u must work for it ". Means that, penulis perlu berusaha keras untuk mendapatkan apa yang penulis idamkan.

Inspirasi ini timbul setelah penulis habis membaca sebuah novel yang bagi penulis amat baik buat pemuda iaitu sebuah novel karya Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, bertajuk "Syabab Musafir Kasih". Bagi penulis sendiri,inilah satu-satunya novel yang terbaik buat penulis dan novel ini berjaya mengetuk dan seterusnya membuka pintu hati dan minda penulis untuk berhajat merantau ke bumi anbiya' iaitu Syiria bagi memperolehi secebis ilmu sebagai bekalan dalam perjuangan.

Penulis berharap pada Allah SWT selaku pemilik alam ini agar diberikan ruang dan rezeki untuk menuntut ilmu di sana. Di dalam hati penulis hanya ada satu tempat yang penulis berkenan untuk menuntut ilmu iaitu Syiria. Penulis memerlukan tarbiyyah akal dan minda dalam menyusuri jalan da'wah ini. Tarbiyyah minda dan akal amat penting kerana dengannya ia dapat melahirkan generasi pengerak yang berintelektual selari dengan kehendak Islam. Semoga harapan penulis tertunai...Insya Allah...

10 March 2010

Mengenali Sifat Lelaki Acuan Al-Quran

Si Musafir Kasih

Kalau dulunya aku hanya mampu berangan-angan agar dapat menjejakkan kaki di bumi KEDAH DARUL AMAN, kini aku benar-benar berada di bumi yang kaya dengan sawah padi ini. Hasrat aku itu akhirnya tercapai walaupun tidak terlalu menginginkannya. Namun, aku tetap bersyukur pada pemilik alam ini atas kurnia-NYA. Aku yakin, pasti ada hikmah Allah SWT meletakkan aku di sini. Sebelum ini, aku mengambil jurusan diploma pentadbiran awam di UiTM Sabah, dan sekarang aku menyambung Ijazah sarjana muda sains pentadbiran di UiTM Kedah. Aduh, aku tidak sangka sejauh ini aku akan merantau. Bila teringatkan diriku sewaktu berada di semester 1 di UiTM Sabah, aku sering berfikir, "adakah aku mampu bertahan di menara gading ini?", "kemanakah aku akan pergi selepas ini?", "Apa nasibku selepas ini?" Sekarang, satu persoalanku itu telah terjawap.

Suasana di sini begitu mendamaikan. Sawah padi kehijauan dan kekuningan luas terbentang sejauh mata memandang membuatku merasa aman dari kesesakan kota. Bagiku, tempat ini mendamaikan jiwa, terasa hati ini sebak bila memikirkan kebesaran Allah menciptakan kedamaian ini. Terasa diri ini begitu kerdil untuk berjalan di muka bumi-NYA. Aduhai, terasa hati ini ditarbiyyah.

Keyakinan aku terhadap kurnia ini semakin meluap-luap apabila aku memikirkan hikmah Allah menghantar aku kesini. Berbekalkan sedikit pengalaman dari Sabah, aku merantau ke Kedah demi membantu perjuangan sahabat-sahabat disini. Ya! itulah yang aku lihat sekarang. Sememangnya kedatangan ku ini dinanti-nantikan oleh rakan seperjuangan. Bermula dengan satu pertemuan yang tidak dirancang, rupa-rupanya Amir itu senior aku. Ikatan ukhuwah kami bertambah erat bila mana aku mengakui statusku sebagai ahli JIK. Bermula dari itulah, perjuanganku di sini bermula...

Setelah dua bulan berlalu, ukhuwah dengan sahabat-sahabat muslimin bertambah erat. Cuma yang buat aku kurang senang apabila mereka amat mengagumi aku dek kerana aku mantan MMP di UiTM Sabah. Aku rasa malu bila teringatkan pengalaman lalu. Entah apa yang telah aku buat untuk Islam dengan jawatan itu. Sungguh, begitu sedikit. Mereka banyak memberi motivasi kepadaku agar menjadi YDP MPP kelak. Aku keliru...Sehinggalah aku dilantik untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Sekretariat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM Kedah. Insya allah, berkat pertolongan Allah SWT akan aku gunakan platform ini demi kepentingan Islam. Walaupun aktivit-aktiviti yang menglalaikan berada disekelilingku, akan ku cuba tepisnya ketepi.

Insya Allah, akan aku teruskan perjuangan di bumi sawah padi ini. Dengan adanya sabahat-sahabiah lain, membuatku berkobar-kobar untuk bergerak kerja demi Islam. Bagiku, di sinilah aku akan ditarbiyyah oleh Allah SWT. Dan disinilah aku akan menghadapi cabaran, ujian dan mehnah yang sebenar sebagai pelajar Islam.

Aku memegang prinsip, "perbaikilah diri, dan serulah orang lain".
Wallahu 'alam...

08 March 2010

Bagiku ia Adalah Satu Keperluan

Aduh! Terasa kaki ini begitu sakit. Kedua-dua tapak kaki aku cedera semasa menjalankan satu latihan yang agak heavy. Pada mulanya aku meresa loya dan nak muntah. Banyangkanlah, baru sahaja melakukan aktiviti memasakan badan, dah terasa loya dan nak muntah. Apa tidaknya, setiap pergerakan disuruh buat berpuluh-puluh kali. Memang basah seluruh badan ini oleh peluh. Ditambah pula dengan rasa nak muntah, pening dan seperti nak pengsan je. Tapi pada saat itu aku kuatkan hatiku. Mana mungkin aku boleh tewas hanya dengan perkara sebegini. Sedangkan saudara-saudara seIslamku jauh di luar sana sedang menghadapi pelbagai penyeksaan dari musuh Laknatullah!

Apa yang aku alami pada malam itu merupakan satu permulaan bagiku dalam mempelajari seni mempertahankan diri. Walaupun sebelum ini aku pernah melibatkan diri dalam beberapa seni seperti ini, namun semua itu tidak menjadi. Aku hanya mendapat separuh jalan sahaja. Mempelajari seni Taekwondo adalah minatku. Lahir dari keinginan hati atas keperluan sebagai seorang pemuda muslim. Ya! satu keperluan bagiku dan pemuda-pemudi lain. Aku tidak mengejar cantiknya pingat, tidak pula banyaknya sijil. Tapi, yang aku kejar adalah sebuah kata-kata Saidina Umar Al-Khatab yang berbunyi:-

"Ajarilah anak-anak kamu bermain pedang, memanah dan berenang"

Ya! itulah yang aku ingin penuhi. Daripada kata-kata seorang yang gagah dan ditakuti oleh manusia dan syaitan-syaitan, juga seorang pemimpin dan seorang sahabat Nabi SAW membuatku merasa itu adalah satu keperluan bagiku dalam membawa imej seorang da'ie. Ia juga sebagai persiapan buatku untuk menghadapi pelbagai situasi dalam jalan da'wah ini.

Ah! kakiku terasa sakit takkala melangkah. Kulit-kulit tapak kaki aku sampai mengelupas dek kerana asyik membuat tendangan bertubi-tubi pada malam itu sehingga tak sedar kaki ini meronta-meronta kesakitan dan kepedihan. Namun, aku cuba untuk tidak mengeluh. Apalah ertinya kesakitan ini jika dibandingkan dengan kesakitan yang dialami oleh pejuang-pejuang Islam suatu ketika dahulu? Aku tidak mahu menjadi seorang da'ie yang manja. Aku anggap segala kesakitan itu sebagai satu tarbiyyah buat ku. Kerana aku tahu, kesakitan yang lebih memedihkan itu menantiku. Ya! aku memang dambakan Tarbiyyah dari Allah!

Mungkin ada bertanya mengapa aku mengatakan memperlajari seni mempertahankan diri ini satu keperluan? Jawapanku mudah sahaja, "untuk perlindungan diri" . Musuh Islam amat bijak dalam memerangi kita, mereka juga membuat persiapan fizikal dan mental dalam usaha untuk menjatuhkan ummat Islam. Jadi, aku juga perlu membuat persiapan sama seperti mereka. Andai mereka menyerang dengan hujah dan kata-kata, maka kita juga perlu selari dengannya. Andai kata mereka menyerang dengan kekerasan, maka kita juga perlu menggunakan cara yang sama. Wahai sahabat dan sahabiah yang budiman, jom tingkatkan kebolehan diri dengan mempelajari seni mempertahankan diri! Jangan biar dirimu dianggap lemah oleh musuh-musuh laknatullah...Takbir!!!

Bagiku, mempelajari seni mempertahankan diri itu adalah satu keperluan...
Wallahu 'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow my page

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls